ADVERTHOLOGY
Sunday, November 18, 2012
k-pop atau bollywood? sekadar menghargai perbezaan
Setiap manusia dilahirkan dengan citarasa yang berbeza beza. Mereka unik. Maka tidak peliklah jika kecenderungan minat masing masing terhadap sesuatu perkara adalah berlainan.
Sekalipun terasa agak pelik dengan citarasa remaja sekarang (terutamanya perempuan)yang menggilai artis artis K-Pop hingga sanggup berhabisan duit membeli poster, tiket konsert dan CD. Paling mengagumkan ialah mereka juga pandai menyanyi lagu korea walaupun saya 96% pasti mereka tak faham sepatah haram pun lirik lagu mat mat dan minah minah korea tu.
Samalah juga semasa musim bollywood dahulu sampaikan ada anak dara yang berimpikan bersuamikan shah rukh khan, salman khan, amir khan dan pelbagai khan lagi. Dan masa itu saya ingat lagi bahawa mat bangla yang jual karpet dan mesin rumput ketika itu mempunyai nilai yang amat tinggi di pasaran awek awek malaya.
Tapi itu minat mereka. Adakah minat mereka mampu memudaratkan diri mereka? Itu saya malas ambil tahu. Lantak pi lah. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah perlunya sikap tolak ansur dan menghargai perbezaan di antara kita. Jika kita tidak minat tidak mengapa tetapi janganlah dikutuk kutuk sangat orang yang minat kepada sesuatu perkara tersebut.
Saya? saya minat telenovela latin.. hurmmmmmmmmm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
hahaha. aku tak suke K-Pop. tapi aku tak amek port bab-bab kutuk tu. hahaha
Salam.
Tergelak saya,hahahaha.
Saya ingatkan, abgiwan akn pilih ant dua, kpop or bollywood. Tgk2, telenovela latin,hek3.
Memang, setiap org punya citarasa lain2. Saya ingt lgi diawal kmnculan kpop, time tu sy masih study. Sy tak phm knpa rmai sgt yg mint..roomate saya,jgn citerla. balik kelas je, tgk cerita korea.
Skrg, saya rasa, saya yg terkena tempiasnya. Tidak setaksub mereka, tpi kenal juga la artis2 kpop ni.
Yg bollywood tu, hadoii, entry ni bikin terkenang zaman sekolah. Gi mydin, smata2 nak beli cd lagu2 citer hindustan. hahahaha, sy dgn adik minat betoi 3Khan tu,hehehe. >_<
aku suka kpop
aku suka bollywoood
dedua aku layan
kalau tk best aku tinggal
hahaha
nice entry bro. yang part
"saya minat telenovela latin." tu kelakar gila kot sampai terguling bace entry ni, hahah
btw iy singgah ye :)
hahahaha, betul2...
tapi bagi aku ~ apa2 pon yg kita minat, bersederhanalah... :D
saya x suke kpop..hindustan minat la, cite tamil lagi layann. hehehe :)
begitulah ragamnya kita berbeza kecenderugan masing2. eh! akak juga minat telenovela latin..minat spanish.
walaupun sy pempuan sy tidak suka kpop mahupun bollywood. lagu bollywood ja suka itupun sikit sikit
Minat yg tak terlalu obses..ok ja...x salah nak minat sesuatu..
minat itu tidak salah, asal tidak taksub. A berbeza dengan B, apa kata berkongsi perbedaan itu.
ok, terasa. but so whatt? semua orang ad preference sendiri. and telenovela latin. again, so whatt? haha
alangkah baiknya jika para remaja lebih dekat kepada kegiatan sosial yg lebih mengundang banyak pahala dariNya..kalau asyik kat hiburan ja.alangkah ruginya ..banyak pengaruh luar yg merosakkan...entahlah
aku layan dangdut... cam ne tu?
haha
hak masing2 kann
Betul tu. Hargai perbezaan antara kita. Menasihati boleh tapi tidak sampai mengutuk orang lain.
Sebenarnya perbezaan buatkan dunia kita makin indah. Bayangkan jika semua orang atas dunia hanya punya satu rupa, satu warna dan satu cara - Bosankan?
Setuju.
Perlu hormat minat dan perbezaan orang lain
Yang penting benda tu tak mengganggu dan menyusahkan kita lah :)
Setuju.
Perlu hormat minat dan perbezaan orang lain
Yang penting benda tu tak mengganggu dan menyusahkan kita lah :)
Dua-dua saya layan. Janji menghiburkan.
Tapi tidaklah sampai ke tahap yang 'fanatik'.
Post a Comment