minat
Budak budak motor besar ni lain macam sikit caranya. Kerana minat sanggup berhabis habisan. Harga helmet diaorang pun dah lebih kurang harga motor Kriss saya. Belum diorang cerita pasal jaket yang diorang pakai ataupun enjin yang diorang modified. Dan saya kalau keluar lunch dengan member member yang bermotor besar ni memang mati kutu ler. Angguk kan aje lah kepala tu. Sambil melantak nasi campur. Tanpa perasaan. Pancing macam mana pun, saya tetap setia dengan moto Kriss saya.
21 comments:
Loyalty itu penting.
ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ
Taw xpe!
Abg na pun taksub sgt dgn moto dye,
kalau tak bercampur nanti tak tahu tapi bukan bermakna nak kena beli macam apa yang dorang ada.. ;)
barang besar, belanja besar.
minat besar, belanja besar.
:)
lbh kurang bro... angguk ja
huhuhu....brg mahal!
setialah pada aset kita tu.hehe
aku pulak langsung tk reti bawak motor . haha .
gua baru jual motor kriss 500 jer..
lepas ni lepak dengan geng motor kriss pulak. ;p
:)
Best kalau berbual pasal motor berkuasa tinggi ni.
Tak salah kalau naik Kriss sahaja tp kalau punya pengetahuan tinggi pasal motor berkuasa tinggi ni, kongsi saja pendapat dengan mereka :)
hidup kriss:)
tak reti bawa moto :(
p/s: helmet dorang tu boleh beli beras 2 3 bulan :p
moto kena curi dah. klu org cerita psl moto besa ke kecik ke, sy angkat tgn, ckp..
"moto aku kena curi dah."
hehe...mereka nak ajak bro join diorang beli motor besar la tu hehe!
Assalammualaikum.
Janji boleh bergerak dari satu tempat kesatu tempat yg lain kan abgiwan ^_^
lain org, lain minatnya kannn
wow! banyaknya duit diorang ni..pada mereka itu mungkin kepuasaan, tetapi kalau nak fikir banyak benda yg lebih bermanfaat...itu hobi mereka apa nak buat, duit diorang.Cari kepuasan tersendiri selagi hidup.
jacket abg ipar lyla dh nak rm3000 stu set. konon nk standing ngan motor besar dia.. tpi memang smart lh.. dh boleh byr yuran study dua sem dh.. haih..
*x tngok jnis motor. tngok cmna motor tu dgunakan.. haha.. bukan rempit, tapi ketepatan masa dll..
lagi besar motor, lagi byk blanja kuar, huh...
kalau dah minat tu, memang sanggup berhabis duit! haha tu lah, bila lepak dengan orang ngaruk motor besar ni, kadang sampai tak paham apa diorang borakkan.
kalau setakat cerita enjin ex5, tukar cdi ke karburator ke bolehla paham. ni enjin entah part mana diorang borak pun tak tahu.
jenis helmet bagai? lagi zero. haha
Post a Comment