ADVERTHOLOGY

Friday, November 23, 2012

steady tanpa nikotin



Ketika saya berusia 17 tahun, saya adalah pemain bola sepak di sekolah saya. Berlatih setiap petang sebelum kejohanan tahunan bawah 18 tahun diadakan. Saya masih steady.

Sebelum latihan bermula, jurulatih akan mengarahkan saya dan rakan rakan se pelatih yang lain warm-up dengan berlari mengelilingi padang bola sebanyak 15 pusingan. Saya masih steady.

Ketika latihan, jika pemain pasukan lawan menjaringkan gol, pasukan yang melepaskan gol akan didenda pumping 20 kali. Jika pasukan saya melepaskan purata 6 gol disetiap sesi latihan Isnin hingga Jumaat, Berapakah jumlah pumping yang saya lakukan di sepanjang minggu tersebut? Ehhh... Macam soalan UPSR pulak. Maaf, tak perlu cari jawapan dan saya pun malas nak pikir jawapannya kerana matematik saya agak kurang membanggakan. Cuma nak bagitau, dengan hukuman begitu, saya masih steady.

Selepas latihan, pasukan yang tewas akan dihukum lagi dengan lari mengelilingi padang sebanyak 5 pusingan. Dan, saya masih steady.

Tetapi itu semua sebelum saya mengenali nikotin. 

Selepas mengenali nikotin, saya sudah tidak steady lagi.

Sekian.







12 comments:

Ahmad Arba'in Ali said...

berhenti la bro sbelum mati pucuk.. haha

Gdsbnga said...

ketagih ? hahaha

Gillette Flores said...

Kesimpulannya, nikotin mengurangkan stamina kita dan tidak bagus untuk kesihatan.
Sekian terima kasih.

dee said...

sorang lagi. tak payah la smoke tu. bakar duit je. baik beli emas utk bini.

sekian. :p

Khaisya said...

hehe. nikotin mmg kuat penangannya.

Kakzakie Purvit said...

Telah nampak kebaikan hidup tanpa nikotin. So... sebaiknya jauhi dia dari hidup.

khaifaiz said...

jom berhenti...

Iman Nur Aima said...

semmmmpuuut.....!

Nong Andy said...

tau takpe.. :D

Unknown said...

Samo la,jom berhenti sama2,pasti akan lebih steady kan,huhu

Tinta Lana said...

Hahaha, komen ahmad tak leh blah,hatoii. Hehehe.

Abgiwan dah banyk bercerita pasal nikotin.. mesti da ada niat kn dalam hati nak berhenti?

Pelan2 la abgiwn.. niat yg baik, insyaALLAH dipermudahkan n ada jalan..cuma dah tentu perjalann tu penuh kesukaran.

Anonymous said...

harap kamu berpatah balik bro :)