ADVERTHOLOGY
Thursday, December 6, 2012
menjadi angkasawan di atas motor
Pada suatu hari pada ketika balik dari office hujan turun dengan lebatnya. Saya pun memakai rain coat bagi mengelakkan kebasahan. Maklumlah, rider kan kan kan. Sepanjang perjalanan balik hujan lebat hinggalah ke lebuh raya DUKE barulah hujan reda tapi malas la pula nak stop tepi jalan bukak baju hujan semata mata. So saya meneruskan perjalanan hinggalah sampai traffic light simpang empat di setiawangsa. Seorang brader sengih sengih macam kerang busuk tegur saya dan buat lawak "baru balik dari bulan ke? heheeeee baju sheikh muzaffar ni" kata brader moto yang tak sayang mulut tu. Ciss bedebah, dasar mulut longkang.
Saya pun sengih sengih jugak dengan brader tu sambil rasa macam nak hempuk je muka dia dengan helmet. Dalam hati doa doa supaya hujan turun time tu jugak selebat lebatnya. Pandai muka brader tu tak sempat pakai baju hujan...hahahaha
tapi hujun tak turun pun.... kecewa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
29 comments:
Biasalah, akan ada yang berfikiran lucu bila memandang perkara yang mereka fikirkan pelik.
Tapi, hanya kita tahu keadaan sebenar. Sabar yer bro :)
haha..memang x syg mulut la brader tu, sempat lg menegur org kan..haisshhh.
miahaha..xpe, sy pun pernah kena.. tu la nasib penunggang motor mcm kite..
sediakan baju hujan sebelum basah kuyup.
Dugaan jadi angkasawan. Sabar ya? Hehe.
asal tak hempuk je.. kecewa
Salam.
Hamboi, memang tak syg mulot brader tu, hahaha.
Sya leh rasa..betapa kecewanya abgiwn..hahahaha.. tu la, niat doa dah salah..tgk, sapa yg padan muka,hahaha
Hehehe.
Gill dah bayangkan, lepas die cakap baru turun dari bula tu, tiba2 hujan turun lebat.
Ntah2 die pun bloggers jugak, tulis kisah 'akibat mulut longkang - aku tak pasal-pasal basah kuyup'
biar basah janji bergaya.
tu la orang...
memang nak kena hempuk sungguh agaknya
haha. hampakan? petang ni pakai lagi baju angkasawan tu bro. haha
hahaha..siaannn.sabor je laa..
bersangka baik.....insyaALLAH
amboi kemain mulut bro berkata. kan dah hujan tak turun. kakaka
jeles la tu dia tak dan nak pakai haha
hahaha..xpe bang..persedian awal 2 penting..hehe
Alahai..sabar jela eh. Mulut org memang kita tak boleh tutup
Kah kah kah ooo bang.... Dari bulan ke..?
Hahaha
Klau na jwb
"Ye kenapa??? Nk ikut ke next time naik kebulan" heeeeee
haha, asal tak tendang terus kerang busuk tu..
awek dalam kereta selalunya cepat merasa simpati berbanding kaum lelaki. aku yakin tu... tak caya? esok lusa bila hujan lagi kau try...
[pisang kaki]
dia melawak tu, dia menegur sebenarnya..tapi sepatut dia fikir juga mengapa kita pakai kan...itulah normal sesetengah hambaNya. Mulut tak bertulang...tapi kena kebal agar berhemah.."budi bahasa budaya kita"
kalau hujan padan dgn muka brother tu hahahaha.. dia saje ko nak bermesra mesra alam..
janji ada feel jadi angkasawan..
hahahaha
hahah.
bro. rain kot kaler putih ke?
eh, chelsea dah out UCL.
huhuhu
nak gelak jap hahahaha.. eh okay la tu..sediakn payung sebelum hujan.. cuma bukn rezeki hang nk tengok brader tu lencun
hahahahaha....
cakap je la, ni la fashion seketeri yang baru...
lain kali ngaku jaa baru balik dari bulan.. biar org tu blur2 dgr jawapan bro, hukk...
ini baru betul-betul lelaki.
Post a Comment