ADVERTHOLOGY

Wednesday, January 9, 2013

10 filem terbaik 2012 pilihan 'the malay male'





Memandangkan sepanjang 2012 yang lalu saya ni boleh tahan juga rajin ke pawagam, maka banyaklah juga filem filem yang berjaya saya tonton. Ada yang best gile, ada yang so so sahaja dan ada juga yang macam tahik.

Entry kali ini akan memaparkan senarai sepuluh filem yang telah ditonton oleh saya sepanjang tahun 2012 dan saya anggap terbaik mengikut selera mata dan jiwa saya. Selera orang lain saya tak peduli.



#1
the dark knight rises


Watak jahat 'bane' memang cool cuma masih tidak se cool 'joker' dalam filem yang sebelumnya. Tapi siri batman kali ini terus segar dengan aksi aksi mantap dan mengujakan.

#2
jack reacher


Sebuah filem aksi yang lain dari yang lain. Bukan tunjuk bab gaduh dan tembak semata mata tetapi membawa audien menilai sesebuah crime itu dari pelbagai sudut.

#3
the hunger games


Perkara pertama saya meminati filem ini adalah kerana Jennifer lawrence. Tetapi jika anda ada menonton filem ini, anda pasti tahu bahawa filem ini memang best pun. Permainan puak pemerintah kaya raya yang mewujudkan sebuah permainan untuk rakyat marhaen. Mereka harus saling berbunuhan untuk terus hidup. Selebihnya kerana jennifer lawrence, jennifer lawrence, jennifer lawrence, jennifer lawrence, jennifer lawrence, jennifer lawrence, jennifer lawrence, jennifer lawrence, jennifer lawrence, jennifer lawrence, jennifer lawrence, jennifer lawrence.......

#4
the avengers


Ok, jika saya meminati Batman, tidak semestinya saya akan meminati adiwira adiwira dari Marvel Comics ini. Tetapi siapa yang tidak teruja jika ada satu projek yang menggabungkan lima adiwira di dalam satu filem kan. Filem projek juta juta ni selalunya tidak akan menghampakan. Dan ya, The avengers memang berbaloi untuk ditonton.

#5
the amazing spiderman



Tiada Tobey Maguire dan Kirsten dunst tetapi gandingan baru Andrew Garfield dan Emma Stone juga mampu mencuri perhatian dengan cara mereka sendiri. Oleh sebab saya mengikuti filem filem spiderman yang sebelum ini maka adalah mustahil untuk saya tidak menontonnya.

#6
contraband


Mark Wahlberg ni memang otai bab seludup seludup barang ni tetapi dah bersara. Nak buat kerja halal pulak katanya. Tapi nak dijadikan cerita adik ipar mamat ni terjebak dalam kes seludup dadah dan kantoi pulak tu dengan geng ganster. Mark wahlberg terpaksa slow talk dengan gangster tu supaya adik iparnya tidak diapa apakan dan terpaksa melakukan satu tugasan besar menyeludup dadah untuk geng ganster tersebut bagi memastikan adik iparnya selamat.


#7
the bourne legacy


Dilakukan oleh Jeremy Renner, seorang ejen terlatih sama seperti matt damon di dalam tiga siri bourne yang pertama. Menggunakan segala kudrat dan kebijaksanaannya untuk mengelak daripada di bunuh oleh majikannya sendiri. Sebagai pengikut filem 'bourne', filem ini harus ditonton sebagai kesinambungan tiga filem bourne yang awal.

#8
istanbul aku datang



Miss beautiful sebenarnya yang membawa saya menonton filem ini. Sebagai suami yang baik maka saya pun turutkan sahaja walaupun bukan genre kegemaran saya. Lagipun filem malaysia selalunya cepat keluar TV, tak caya tunggu hari raya hujung tahun ni..hehe. Setelah menonton saya dapati filem ini not bad lah. Plot cerita yang segar dan memberi suntikan kelainan dari filem tempatan yang lain. Pendek kata, semuanya ok kecuali Tomok.

#9
skyfall



Dah nama filem James Bond, haruslah padat dengan aksi kan kan kan. Filem ini tidak kecuali. Saya tak kisah sangat pasal 'M' mati, atau watak jahat yang lebih kejam. Yang penting adalah aksi lagak ngeri dalam filem ini dan juga keseksian berenice marlohe :-p 

#10
lockout


Dan yang terakhir sekali adalah filem Lockout. Mengisahkan sebuah penjara rahsia diangkasa lepas yang menempatkan banduan banduan paling ganas dan kejam yang ditawan oleh banduan banduan tersebut. Salah seorang yang ditawan adalah anak presiden yang kebetulan berada di sana untuk membuat kajian. Dan misi menyelamatkan anak presiden pun bermula.....




ps : gambar credit kepada mr google




34 comments:

abang bro EL said...

wokey thanks..nanti usha citer ni...

Anonymous said...

hunger game. aku tonton cd hari tu.

buat aku marah dengan pemerintahan yang kejam. hahaha.

tiba2,

Ayue Rejaluddin said...

Takde 1 pun yang AJ tengok...
Hehhehehehehe.......
Istanbul Aku Datang pun, asal nak beli tiket mesti asik dapat seat depan......

Evagurl said...

plg suka jennifer lawrence. pergh. cite plg best. tp ending dia mcm frust sbb kesian lelaki yg kt kg tu tunggu dia.. tp dia ngn mamat yg join game tu skali. huk2

a n said...

jambu ar bang tengok citer istambul aku dtg..hehek..

anyway citer2 yg abg review mmg bez2..

dania said...

madagascar polkadot2 afro xmsuk senarai?

Fareto said...

Semua certa dah tengok kecuali Jack Reacher dan Contraband. Anyway good choices! :)

AkuMuzikFilem said...

skyfall je tak tengok lagi

AdinataGus said...

Yang saya sempat tengok di pawagam the dark knight,hunger games dan the avengers.Wow,malay male kaki wayang

Aimacomel said...

Semua pun saya tak tengok lagi.. lgsg xde kesempatan nk pergi tengok kt pawagam tu.. hehe, tp saya mmg peminat action movie org putih punya =)

MizzTina said...

seb baik ada filem melayu.. hehehe..

are_lin@yu said...

ala 1 pn tak tgk lg..hihi

Unknown said...

Dalam 10 felem itu NR cuma menonton the avengers sahaja..huhuhu

Sofea said...

biar betul skyfall bawah filem istanbul aku datang..

khaifaiz said...

ada beberapa filem yg tak tgk lagi.. kesiannya aku

Mrs Velentine said...

hanya IAD je dh tengok

Lyaa Suriany said...

ala tak tgk lagi jack reacher
pakat kata best
ni yg jealous

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ada byk lg filem yg xtgk hehehe

Gdsbnga said...

Dalam 10 cite ni cuma 2 cite je yg sy tengok ; istanbul aku datang dgn skyfall dan deduaa ni mmg masyuuukk gila !

Unknown said...

Boleh masuk dalam senarai filem yang akan download minggu ni...kot.. hehe

Niza Romli said...

Dlm 10 tu, 1 je tgk...The Avengers.

Tie HT said...

semua saya tak tengok lagi :)

Unknown said...

banyak lagi rupanya cerita best den tak tengok lagi...huhu

ghost said...

aku pilih the avengers. ia memang filem yang dinanti-nantikan. puas dan penuh humor.

Hafizin Jamil said...

the bourne legacy is the best..aha

Jna marcello said...

Dan Na follow kemua nyaaaa!!
5starrrrrrr utk smua MOVIE diatas!

SuzieLAWAti said...

dalam banyak2 tu...
satu ja saya tengok the avengers kat panggung...

tang laen2 tu saya tengok papan tanda iklan jaa... ehhee...

Anonymous said...

Malay Male..dah tau genre favourite malay male apa. Dezee kipas susah mati batman..semua movie termasuk yang tahun 1966 pun Dezee ada which is dumb. And yarr..Jennifer Lawrence tu milik orang bujang seperti Dezee sahaja,..hahaha

Asrul "iLham" Sany said...

skyfall for me :)

Korn Ahmad said...

jack reacher tu aku bru tgk bbrapa minggu lpas... not bad lah.. walopon agak ngantuk..

Unknown said...

satu pun den xtgk lagi -.-

Syazwan Che Deraman said...

semua aku tak tengok lagi bro..kecuali contraband.

yang tu terbaik kot.
aku tak minat sangat filem superhero ni.
aku lebih suka movie yang buat kita "fikir"..macam Bourne..yang Bourne Legacy pun aku tak tengok lagi.

susahlah nak cari movie baru sekarang.
kat Besut ni mana ada panggung wayang.

dulu aku tengok movie pun sedut dari laptop member.sekarang ni takda lagi dah.

caliph shuriken said...

the avengers tu mmg menarik ^^

Unknown said...

Yes....Filem Istanbul Aku Datang tu best kalau tak ada Tomok hahaha! Dan lagi best kalau Lisa Surihani digantikan dengan Fazura hehe :)