ADVERTHOLOGY
Friday, January 25, 2013
mengubah sikap
Satu sikap masyarakat yang buat saya rasa sangat kecewa, suck dan fak ialah jenis yang tak boleh tengok orang lain senang sikit. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit dari dia.
Bila ada orang pakai kereta mahal, pakai baju mahal, aksesori mahal mahal akan adalah mulut mulut yang berkata macam macam. Contohnya : 'nak buat apa bawak kereta mahal mahal klu nak menunjuk nunjuk', ataupun 'saya pakai baju pasar malam je, beli baju mahal mahal nak buat apa kalau nak menunjuk nunjuk?', 'daripada beli baju mahal mahal, elok sedekah masjid/surau duit tu, dapat jugak saham akhirat.' Biasakan dengar ayat ayat macam gini? Sila rasa fak dan suck sekali lagi.
First, mana korang tahu diaorang beli benda benda mahal sebab nak riak menunjuk nunjuk? Hebat korang ni dapat baca pemikiran orang lain. Benda benda macam kereta, pakaian dan rumah normally dibeli disebabkan keselesaan dan kualiti barang tersebut. Tidak dinafikan barang yang murah pun ada juga yang berkualiti tapi barang yang mahal selalunya kualitinya lebih lagi.
Second, Kalau gaji diaorang RM 3500.00 sebulan. Tolak komitmen semua ada balance bersih RM 2000.00 sebulan plus company tiap tiap tahun tak pernah miss bagi bonus at least 3 bulan, so no wonder dia mampu bawak kereta Mazda CX5, beli jam seiko dan pakai baju Armani. Ini bukan soal menunjuk atau tidak. Tapi soal kemampuan. Dah dia mampu, biar lah. Tak kacau kau pun. Kalau kita mampu kluar duit lebih untuk keselesaan diri sendiri, apa salahnya? Contoh ni saya bagi yang tahap average je ni.
Third, mana kau tahu orang yang beli barang mahal mahal ni jenis kedekut nak bersedekah? Entah entah slip gaji diaorang dah siap potong zakat pendapatan tiap tiap bulan melalui skim potongan gaji BERKAT Lembaga Zakat Selangor. Setiap kali pergi masjid tak lupa nak sedekah dalam tabung masjid. Kau ada?
Last but not least, citarasa kita lain lain. Hargailah perbezaan tu. Dah dia suka beli barang branded, dan dia mampu, biarlah. Kita yang tak mampu ni tak payah nak busuk hati sangat mengata macam macam. Nanti bila sampai masa kita pulak ada rezeki lebih. Kita akan buat benda yang sama jugak.
Aishhhhh.... panjang pulak taipnyer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
33 comments:
Ni tipikal perangai masyrakat kita..selalu berperasangka buruk dgn orng lain..ntak, dah mnjadi drah dging ..sush nak betulkan, unleass ada kesedaran drpd diri sndiri...fuhh
Btw, ada taip taip tahun kat sna :p
*pndai plak aku tegur aku..pdhal aku sndiri besepah typo hahaha
Opss trpnjng plk komen aku..stock lama tak dtng sini hahaha..
Assalammualaikum.
Lebih dari biasa dengaq ni abgiwn,hahahaha
Bagi lana, yang penting, bila buat sesuatu, lana nak ekspresi kan diri. Luar dari tu, terpulanglah camna org nak fikir,nak kata apa.
#sapa la kaco abgiwn ni kan,panjang teruih taip nyer ha,hahahah
manusia memang macam tu, suku buruk sangka..
Baru online....lepas menmonton drama ni..
Setuju dgn entri ni.Konfem2 orang melayu kan bising2 ni.
tulah panjang sungguh taip..hehe..sampai nak taip "tiap-tiap" jadi "taip-taip" hehe...
Kita tak dapat puaskan hati semua orang. Ada sahaja yang tak kena.
bersangka baik, nampak muidah tapi sebenarnya memg susah...
^^
haha typo... sori dan sudah diperbetulkan :-)
panjang luahan hati ni ye :)
biasalah manusia. bila hati tak bersih sangat mula lah nak fikir negatif pasal orang lain. nampak luaran je terus nak judge.
kita datang nak nyanyi ni...
aku suka singkong kau suka keju..... lalalaalaaa....
tetiba...
dah tu jaa...
suka sangat nak mengadili orang.. bila suruh jadi pengadil buat kontroversi plak...
lantak pi dgn pikiran manusia camni
saya pakai or beli brg2 mahal, bila saya rasa, saya patut bagi reward pada diri sendiri. kepuasan diri sendiri.hehehe
sabar je la...
rmbut je sm kaler
hati lain
Kakak pernah terkena bila ada yg kata kenapalah nak pergi umrah berkali-kali. Kalau banyak sangat duit baik bagi org yg belum pernah pergi Haji lagi banyak menfaatnya. Kalau TMM ada tempat kakak apa nak jawab. Kakak senyum aje..
nie memang jadi penyakit segelintir masyarakat kita..juga judge without knowing the truth..mungkin sebab mereka jeles tak dapat apa yang orang tu dapat kot...hehehe
Regards,
-Strider-
jenis macam ni memang ramai..
semangat nak jatuhkan orang pun ramai..
ehehehe
hehe..biasela kite...slalu pikir mcm2 psl org...
aku setuju dgn pepatah ingeris, less is more! Tapi apa yg ko gariskan ni ada point jugak, hargai perbezaan individu..
~ negara kita ni kecik aje..huhu
malay male, teringat masa duduk asrama dulu. bila beli kasut crocodile buat pergi kuliah je, minggu depannya, terus nampak budak bilik depan beli kasut yg sama, brand yg sama, okeh? tu baru kasut kuliah. belum kasut sport dan brand jeans. semua nak tiru sbb tak puashati.. pening betul..
kalau encik suami saya baca ni, comfirm dia setuju 120% ! dia pun selalu keluarkan topik ni kat saya. itu lah, dlm masyaratkat kita ni masih ada lagi yang sifat hasad ni. bagi saya terpulang pada diri sendiri. nak pakai apa, nak beli apa. kalau tujuan dia menunjuk2, mesti baru beli barang dah mai kat kita tayang2kan... heheheh... apa pun, pakai lah apa sja, kalau kita selesa. murah atau mahal ukurlah di badan sendiri. ye dak...
Susah nak ubah mentality orang.
Susah nak tutup mulut orang.
=)
Setuju!!!!
Dah tu rezeki masing2...
Kalau kita nak pun boleh...
Asalkan USAHA......
Kalau duk busuk hati pun tak kemana arah tuju nya.... =D
sebenarnya ia lebih menjurus kepada masyarakat melayu amnya...
biasalah manusia mana bisa melihat org lain lebih...
meluahkan perasaan nampaknya bro...
sabo je la kan..
bukan senang nak puaskan hati orang..ade je benda x kena.huhu
kita boleh ubah dgn tunjukkan terus menerus sikap yg baik..mugkin satu hari ppl out there kat luar sana mula menginsafi uhuk2
ahaha. tipikal malay memang begitu.
buat dek je...
Dengki satu hal...
Yg paling tak menahan, ukur tahap islam org tu.
Sah-sah dapat dosa kering
aku suka entry ni broohhh,
dah lama nak cakap. tapi x tercakap.
dah lama nak luah, tapi x terluah.
Best entry ni, aku suka! Ni namanya cemburu sosial!
susah nak puaskan hati semua orang ni....buat dono jer la
Hahaha..menaip ketika emosi memang panjang..hahaha..Dezee xkisah apa orang tu nak buat sebab asalkan dia guna duit dia sendiri..kalau dia mampu biarla..dengki tu..ni kes dengki.
Post a Comment