ADVERTHOLOGY
Sunday, February 3, 2013
jika anda tahu apa maksud saya.
Jika anda makan di fast food restaurant adakah anda akan membersihkan sisa makanan anda dan mengemas meja makan tersebut sebelum beredar?
Pernah suatu ketika saya menjamu selera di McD The Curve dan ketika itu seorang wanita inggeris bersama anak lelakinya berusia lebih kurang 5 hingga 7 tahun makan bersamanya di meja berhadapan saya. Selesai makan mereka berdua bersama sama mengemas sisa makanan mereka. Kotak burger, bekas sos, bekas air dan tisu dikumpulkan di dalam dulang dan dibuang di tempat mengumpul sampah yang disediakan. Dalam erti kata lain, apabila mereka selesai makan dan bangun untuk beredar, meja yang mereka gunakan sudah pun bersih dan pelanggan yang lain boleh terus menggunakan meja tersebut tanpa perlu pekerja restaurant mengemasnya.
Polisi ini sudah lama diguna pakai di barat terutamanya di restaurant restaurant fast food. Apa namanya saya tidak tahu tetapi polisi ini lebih kurang menggalakkan pelanggan mengemas sendiri sisa makanan mereka di atas meja sebelum bertindak untuk beredar. Polisi ini tidak 100% berjaya di sana tetapi peratusan yang membudayakan polisi ini agak tinggi juga. Bukan masalah berjaya atau tidak yang menjadi ukuran tetapi motif perlaksanaannya yang memupuk sifat murni dan nilai tambah dalam diri masyarakat tersebut yang harus diberi perhatian dan sokongan.
Di Malaysia, saya ada nampak yang budaya ini menjadi ikutan. Tetapi agak sedikit. Mungkin kerana tiadanya kempen besar besaran yang diadakan. Kalau tak silap saya, restaurant makanan sweden di IKEA ada menulis notis seperti polisi ini di dinding restaurant mereka. Tetapi berapa kerat yang membacanya apabila 'meat ball' sudah terhidang di depan mata dan berapa kerat pula yang mempraktikkannya. Ada, cuma tak ramai. Dan ianya bukanlah satu kesalahan pun. Sekadar satu nilai tambah dalam diri yang tidak semua orang memilikinya.
Dan sekali lagi, jika anda makan di fast food restaurant adakah anda akan membersihkan sisa makanan anda dan mengemas meja makan tersebut sebelum beredar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
53 comments:
btol..budaya yg kurang disemai di sini
Salam.
Sejujurnya, saya sekadar kemas. Kumpulkan saki baki kedalam tray. Tapi buang ke bakul sampah belum pernah dibuat lagi.
30hb jan, saya makan di McD The Mall sebelah PWTC. Saya pun berdepan peristiwa sama abgiwn.. 3 sekawan dari Barat. Saya sorang time tu. Terlintas juga sbnrnya.. ^_^
Abgiwan buat tak? :)
Good entry.
kemas jugak tapi tak la sampai bawa ke tong sampah...tapi kalau sos tumpah, confirm lap.. OCD :)
Jujur x pernah buat male..in fact xtau pun boleh buat sendiri.tapi normally Dezee memang bungkus n susun elok2 sekali dengan kerusi.cuma xhantr dalam tong tu la.
bila makan di restoran anggap je kita makan dirumah,kemas lepas makan..cuma basuh pinggan tu tade la
ye..biasanya sy kemas meja saya sebaik mungkin kalau dah lepas mkn...asal tak sepah sngt & memudahkan kerja org yg angkut sisa itu nnt
Rajinnye dorg.. kalo sy ngn kwn2 setakat kemas2 cmtu je ngn susun kerusi.. hohoho..
Kawan saya pernah ajar.Tapi org Malaysia dia punya sombong,kata nanti so cleaner nak buat kerja apa.Aduh!
pernah buat sekali 2 tapi mostly tak buat la =)
tempat sy mmg ramai mat saleh yg makan kt fast food & bersihkan meja sebelum beredar..
alhamdulilah sy juga pernah terlihat di langkawi..sejak dari itu sy dan rakan2 try prektis bnda yg sama..
assalam bunda kembali lagi
bagus jugak klu kita praktis...
bukan susah pun..sy biasanya setakat kumpul2 dlm dulang je.
pernah. tapi dalam setahun adalah 2 3 kali je. lepasni nak praktikkan lagi lah tiap2 kali :)
kat kantin tempat keje slalu praktik amal mcm nih
kira didik untuk buat kt tmpat lain
takyah fast food laaa..kedai makan biasa pon aq akn kemas..sbb dh biasa.. bkn laa tros anta ke dapoq ka apa..tp dah siap kemas, yg waiter bley tros angkat je..
benda mcm ni common sense sebenarnya..kat rumah kte buat mcm tu, why not at the public too?
salam. sy penah tgk rakan2 daripada bangsa lain buat. yang sebangsa je blom pernah lihat lg.
mungkin kamu dan kamu dan kamu atau saya akan jadi orang pertama? :)
dulu lecturer aku ada cakap pasal budaya ini..dia nampak kat fast food orang jerman lepas makan,diaorang kemas semula sisa makanan tu. Aku pun tengah cuba amalkan budaya ini. Lepas habis makan, susun pinggan dan gelas atas meja.
sejujurnya aku tidak pernah mengemas walau sedikit pun...
*terima kasih atas teguran ini.. mulai sekarang kena semai nilai ni dalam diri :)
bila la nak praktikkan.hehe
Sy cuma kemas buh dlm dulang je.. xpulak msukkn dlm tong sisa makanan tu.. huhuhu
faham
kemas juga tp xda la pula g buang dalam tong
As Salam selalunya akan buat bila keluar makan bsama husband :) sbb dia akan tegur dan ingatkan
Dan akan mula bercerita budaya di amalkan Barat
penah jumpa kat Korea dulu, makan fast food then berjemaad dorang kemas balik. Saya terikut sekejap la kat sana. dah balik Malaysia, hampeh. haha :D
dah praktikkn kt kantin sek.
habis mkn terus letak pinggan dlm sink..mudah tuan kantin nk basuh.
ye, saya akan sebab hanya orang yang pernah bekerja di fast food tahu menghargai pekerja fast food yang penat nak bersihkan bagai lagi-lagi sekiranya pelanggan makan macam ada bocor-bocor di dagu masing-masing. apetah lagi dengan fast fod yang tidak cukup pekerja. beliaulah cleaner, beliau jugaklah cashier. penat tahu. eh ter emosi pula.maaf.haha
assalam, bunda kembali lagi..
Di Malaysia tak banyak yang macam ni.
intan selalu tgk senario ni..dan intan dah selalu follow cara yg baik ni bila pi makan di fast food walaupun x selalu tapi cuba amalkan sikap ni...
* kalau blog tu ada virus kita kena unfollow ke? dan lepas dah pulih kita baru follow back ke? takut blog kita pon dijangkiti
ada yang makin menyepahkan makanan..
harapnya kita tak macamtu..
ohh...budaya gini memang bagus...masa g jalan jalan ke negara lain ada yang mempraktikan. menyenangkan,bersih dan disiplin.
:)
lepas makan bekas2 makan tu letak elok2 jer nanti pekerja restoran senang nk bersihkan...xla kemas mcm wanita inggeris tu
Bro, kempen ni mungkin akan berkesan kalau masyarakat diingatkan dengan service charge. Maknanya, kalau kemas semula meja, service charge tak dikenakan...
jujurnya den akan kemas masuk balik dalam tray, tapi tak pergi buang...insya-Allah lepas nih den ubah yer bro...;)
sy pnh kje mcd taipan,usj subang jy bermula sbg cashier hg naik pgkt sbg floor mgr ^^.pglm di sana sy terapkan kpd anak2.
tiap kali hbs mkn di mcd atau kfc,mesti kemas,kutip semua tisu n pembalut mknn,susun elok dlm tray n buang smph.tray ssn balik atas rak yg disediakan.
bg sy dh mkn kemaslah blk meja tu,jgn sshkan pekerja yg akn kemas meja tu,dr situ nmpk sikap kebersihan kita di rumah.
mmg sy akui customer mat saleh terutamanya,dorg mmg akn buang sdri smph.x mcm customer tmptn dahlah berkecah,tulang ayam sana sini ats meja.kan bgs kalau mls pun nk buang at least kutip semua sisa2 tu letak ats tray ^^
aku biasa tapau... hahhaa
biasanya nya
gua kemas beb. lap2. letak setempat,
AJ takdelah sampai pegi buang sampah tu....
Tapi lepas makan memang letak semua sisa dalam tray...
Even kat gerai biasa pun, lepas makan tu mesti susun pinggan makan tu elok2 supaya senang orang tu nak angkat...
budaya barat memang begitu...
dulu masa kat UK...
siapa yg mkn, dia la kena bersihkan...
Malaysia susah skit nak nampak mcm ni
hehehee
Slalu tinggalkan tisu for the last (nklap meja0, sbb dh set dlm minda, kalau lepas makan xkemas bimbang org yg nk duduk lepas tu pikir kita ni selekeh n xde adab.. kerusi pun kena sorong masuk balik.. kita akan buat org lain happy sbb tempat tu dh kemas dah bersih..
Sejujurnya kalau kakak memang tak kuasa nak buat tapi abang memang dari dulu sejak kami bercinta lagi kalau lepas makan mesti dia nak bersihkan sampai kakak selalu kata kenapa tak bawa terus pinggan ke dapur mereka dan tolong cuci... tak baik kakak ni kan.
wan, sy jenis akan pastikan meja bersih sebelum duduk. sy akan cari juga tisu untuk lap sendiri meja tu tak kira dimana sy makan. lepas makan memang saya akan susun cawan semua atas pinggan, setempat. entahlah, sbb dah terbiasa dari kecil mcmtu. makan, kemas.
same goes to tidur di hotel.
biasanya sebelum check out, sy akan kemas katil dan pastikan semuanya seperti sepermula sy masuk hotel..
kat utm ni pun, arked meranti ada buat benda tu...kita yang baru datang situ nak makan pun takjub tengok tong2 yang disediakan...tapi sedihnya, sorang pun tak buat ape yang dikempenkan...kita yang baru datang pun jadi blurr...kempen ni ade ke tak ek? hurmmm
Insyaallah saya mahu amalkannya satu hari nanti :)
tk prnh buat pun... bersihkan makanan yang perlu diangkut balik je... hihi.
pernah terjumpa mcm ni..pelancong asing bersihkan tempat dia makan..(**kat mcd juga)
saya dalam kategori tu. terbiasa sejak zaman belajar.
bila kita exposed dengan budaya baik dari luar (walau kita tak ke luar), apa salahnya kita ikut kan?
Ikut mood hahaha
Ikut mood haha
agreed..ramai yang terlepas pandang benda2 macam nie sambil mengharapkan pekerja restoran kemas meja..mungkin klu kempen yang sama dijalankan kat kedai tomyam dan nasi2 campur hasilnya mungkin berbeza..hehehe
Regards,
-Strider-
saya dengan ahli keluarga memang dah bbiasa kemas meja lepas makan. ramai jugak mata memandang sebab mungkin bagi diorang nampak skema or pelik. tapi kitorang ni tak kisah, janji kitorang kemas meja dan memudahkan pekerja. bukan susah pun nak buat kan? tapi terpulang kepada individu.
kemas kan letak setempat supaya senang pekerja dia bersihkan .
Aku mmg kemas,
Cume tak buang je kt tong die.
Mgjin pasni aku buang yeee..
Ehhh, lpk mcd the curve, aku asal saneeee..,
Ehhhhh
Post a Comment