ADVERTHOLOGY

Monday, March 4, 2013

ehhh betul ke ??



Ketika di zaman sekolah menengah dahulu, semasa di form 5 jika tak silap, semua pelajar diwajibkan menghadiri satu seminar ni. Lebih kurang seminar kerjaya la. Saya teringat satu cerita daripada seorang penceramah dalam seminar tersebut. Ceritanya lebih kurang begini :

'Abang dulu datang dari keluarga miskin. Semasa abang belajar di Universiti, keluarga tak dapat membantu sangat dari segi kewangan sebab adik beradik ramai dan ada yang masih bersekolah. Maka, abang terpaksa berjimat cermat terutamnya dalam bab makan. Abang makan 2 kali sahaja sehari iaitu makan tengah hari dan makan malam. Setiap kali abang beli makanan abang ambil nasi dan kuah sahaja. Kalau teringin nak makan ayam, abang akan ambil kuah ayam, kalau teringin makan ikan, abang ambil kuah ikan, kalau nak makan sayur abang ambil kuah sayur. Kuah sahaja. Sebab bila ayam dan ikan dimasak, zat dan khasiat ayam atau ikan tersebut akan keluar dan pergi ke kuah. Maka, walaupun abang makan kuah tetapi zat yang terkandung pada ayam abang dapat jugak sebab ia keluar ketika suhu panas memasak. Jimat pula tu sebab dengan nasi dan kuah yang abang ambil, makcik restaurant hanya caj RM1 sahaja setiap kali abang makan tak termasuk harga minuman la tetapi selaluny abang hanya order air kosong je."

Hebatkan brader tu? Sekarang ni bab kuah tu saya nak tanya pandangan rakan rakan samada brader tu bercakap benar atau sekadar kelentong semata mata. Nak selidik sendiri secara saintifik mahupun secara google-litik rasa malas pulak.

Kalau betul, saya fikir mulai esok saya boleh try praktikkan makan nasi dengan kuah je... ahakssss



44 comments:

Hazmin said...

Adakah sekadar penyedap hati sebab kekurangan duit. Hehe

Sofea said...

ko pernah makan nasi set.. mungkin lain Universiti, lain panggilannya.. aku kalah sengket time belajar dulu.. aku order nasi set.. nasi putih,telur dadar, sup kosong, air kosong..rm2...

Izwa Kamaruddin said...

err mgkn sebab tu org lain suka mkn nasi dgn kuah lebih...biar kuah serap kat nasi..

SuzieLAWAti said...

abang tu memang hebat...!!!

ade info bagitau eyhh.. saya pon nak cubalah... hehehe

My Little Diary said...

perghh...mmg hebat abg tu..!
tapi kan...sy pun makan dua kali sehari tau, makan pagi & mkn tghari.
malam jdk pengemis, takder mknan kt rumah...hehehe

yg benar, saya tgh berdiet, berat dah naik 2kiloss...

aizamia3 said...

psstt: lunch hari ni boleh try tengok camane.. ;)

Ayue Rejaluddin said...

Tak penah pulak AJ dengar pasal zat2 tu meresap kat kuah.. Ke memang betul tapi tak tau.. Hehehhe..
Tapi mungkin betul tu pengalaman dia kot..
Wallahualam....

Chipsmore said...

ehh betul ke? sy xtw lah plak sal2 kuah ni.. hohoho.. xpenah dgr..

Amin A. R said...

macam boleh diterima pakai..

Unknown said...

Mana tak tumpah kuah klw tak ke nasik.... makan nasi panas2 dgn kuah masak asam pedas pergghhhh!!

Hans Hanis said...

hahahaha
abang tu nak bagi budak2 semua terinspirasi dengan dia
:-)

Gdsbnga said...

hmmm . abang tu macam tak betul je -.- eii tak percayalah . apa motif dia kata macam tuu ? hmm hmm

nurdani said...

saya pun tak pasti hal ni

Unknown said...

hah.. Tapi rasenyer ade betul nye jugak.. hehehe

Unknown said...

saya antara yang pernah lakukannya, tapi saya ambil sayur lepas tu tanpa malu segan silu, saya minta kuah kari ayam, kadang kuah ikan ..hummm! sedap.Rasanya ada logik..
Cuba kaji bab berkabung wap air, kan asap tu berkhasiat untuk menyembuh kan demam ke atau sakit kepala.Hebat lah brader tu..tq share

Semut Senyum said...

bagi saya memang betul pun.
kalau kita makan kari ikan tanpa ikan pun tetap rasa ikan, makan sup ayam tanpa ayam tetap rasa ayam.

dan kalau brader tu makan ayam dngn kuah je, saya percaya. sbb saya pun pernah buat mcm gitu.

Ada jugak orang spesis sama ngan saya. ehheh

Unknown said...

hehehe...bole lah..tapi kalau dapat makan isinya sekali kan lagi berkhasiat...sebab kuah tu dah tambah perisa2 dan bahan2 lain dah....apa pun okey jer...janji kenyang !ahaks

iKhRam said...

boleh tahan ker..??
kalau saya.. tak tahan.. tak tahan..

hahaha..

Telor Power said...

Tak pasti pula. Kena beri yg pakar nutrisi yg menjawabnya

Unknown said...

Mana betul, solid food la tempat zat-zat makanan tu ada. Sebab mustahil boleh 24 gram protein dalam 300 gram dada ayam tu boleh distribute ke 1 liter kuah kari contohnya. Kalau minum semua kuah tu memang betulla dapat semua zat tu tapi majoritinya masih dekat daging. Zat ni bukan macam pintu senang masuk keluar.

Unknown said...

Mana betul, solid food la tempat zat-zat makanan tu ada. Sebab mustahil boleh 24 gram protein dalam 300 gram dada ayam tu boleh distribute ke 1 liter kuah kari contohnya. Kalau minum semua kuah tu memang betulla dapat semua zat tu tapi majoritinya masih dekat daging. Zat ni bukan macam pintu senang masuk keluar.

Aieda Adnan said...

agak kisah menyayat hati untuk motivasi kot..haha

dee said...

cerita mengharu.
oh ye ke? tak tau plak. brader tu dari food tech kot?

4feet8 said...

err..pasal zat tu serius tak tau.

wahida said...

wow!! mmg hebat betul brader tu...itu betul2 menjimatkan...

Hafizin Jamil said...

brader tu buat cerita je tuuu..haha

aizamia3 said...

menjawab dari dalam blog:
nak pusing balik pun laluan terdekat dah nak sampai kat off.. huhuhu..

EH - Ekslamasi Holistik said...

Hidup memerlukan pengorbanan semasa belajar di alam universiti termasuklah mengikat selera makan...

Lyaa Suriany said...

Hahaha
betul betul saving niii

Nick Nashram said...

skng pun even dah keje tetap jimat jugak..sebab nak beli vios trd..huhu

Chic Na said...

errr biar betul. huhu..

Anonymous said...

Dia cakap macamtu sebab nk kuatkan semangat dia supaya sabar utk berjimat ko male..

Akhelaken said...

klu tnya pndpt, sy kurang bersetuju.. dah makcik tu masak ayam mmg le kuah dia rasa ayam, takkan rasa kambing pulak. Habistu klu makcik tu msk guna kiub ayam maggie kan ke rasa dia sama ayam jugak..
Klu adapun zat ayam tu sikit la yg ke kuah tu..
Tp apapun, mmg termotivasi dgr cerita abg tu kan :')

intanfirdaus247 said...

Salam TMM..emmm..mungkin betul..mungkin tidak..hehehe...motivasi tu yg penting..:)

Kamsiah yusoff said...

betul..sbb kalaulah seseorang yg ada alergi,contohnya udang..makan gulai udang(kuahnya saja) dah cukup memberi kesan...sayur2an..jika dimasak melebihi masa,takde apa lagi yg tinggal kat sayur tu..semuanya keluar kedalam kuah.

Unknown said...

bukan senang nak berjaya dan bukan senang nak makan ayam...

Iman Nur Aima said...

mmm... tak betul tp klu betul dia buat mcm tu, semangt dia jer yg betul...hee

Unknown said...

mungkin point brader tuh lebih kepada berjimat cermat , skrg nih den yakin brader tuh dah tak makan dengan kuah jer...skrg tentu dah berjaya dan boleh makan mewah2...hehe

inche hlovate said...

ish kalo aku praktikn ni kompem boleh kaya haha..sebulan belja tak smapi RM 200 untuk mkn

*AFTER 1 BULN TERUS MAKIN KERING AKU

yongpropaghandi said...

hehe... lojik je tu. ade orang yang makan nasik dengan garam je.

caliph shuriken said...

x pasti.. tapi ada logik sikit laa, huh...

LiNda said...

maybe btul kot..kalo msak lame sgt, zat2 lauk pauk tu meresap kat kuah...tp kan dlu kalo sengkek sgt mase study, order nasi bujang je kat cafe, nasi putih, telur dadar n sup kosong...jimat sebb rm2 je...hehe

Ooh Deo said...

nk praktik makan nasi dgn kuah je? hehehe brape lama la buleh tahan tu..hehehe

ellynadyra said...

Muak tu. Mungkin sesekali kot. X hari2 kekdahnya