ADVERTHOLOGY

Saturday, March 30, 2013

jika anda tahu apa maksud saya : extension version



Jika rakan rakan perasan, saya pernah menghasilkan entry dengan menggunakan tajuk 'jika anda tahu apa maksud saya' sebelum ini. Ianya bukan berkisar hal tajuk yang saya pilih tetapi lebih kepada hal isi yang mahu saya ketengahnya. 

Melalui entry ini saya cuba untuk menjadi lebih serius, kritikal dan mungkin juga sinis. Bergantung kepada siapa yang membacanya. Mengetengahkan isu melalui pemerhatian saya terhadap kehidupan sekeliling yang sedang saya hadapi. Mungkin tidak ramai pembaca gemar membaca entry seperti ini. Kerana selalunya entry sebegini agak panjang, agak serius dan agak membosankan. 

Tetapi ianya relevan kepada saya kerana saya memerlukan ruang untuk memuntahkan pandangan saya terhadap sesuatu perkara. Dan sudah pasti inilah (blog) medium yang paling sesuai.

Kita tidak menulis panjang lebar di Status Facebook dan adalah janggal apabila kita melihat seseorang menulis panjang lebar di instagram padahal instagram adalah jelas medium bergambar.

Saya melakukannya bukan kerana saya beranggapan saya sentiasa betul manakala yang lain lain semuanya salah. Bukan. Saya melakukannya untuk kita sama sama berkongsi sesuatu isu yang kadangkala kita tidak sedar akan wujudnya perkara perkara baik dan sihat disebaliknya. Isu yang kita terlepas pandang dan perlu  diingatkan semula. Isu yang kita anggap kecil dan remeh tetapi amat besar maknanya kepada orang lain.

Platform untuk berkongsi.


17 comments:

nurdani said...

blog memang tempat yang baik dalam memberikan pandangan/buah fikiran.selalunya dekat facebook ada note yang boleh kita taip panjang2. instagram pulak tempat share gambar2 menarik

aizamia3 said...

ilmu yang baik tak salah dikongsi bersama.. ;)

Telor Power said...

Sokong....bergantung juga pada apa yg kita mahu dikongsikan.

fadh leyanie said...

di medan blog kita boleh tulis panjang2..

ghost said...

silkaan ketengahkan isu yang lebih serius, bro.

suesue said...

know that? the ability to write and express yourself in words is a gift..

Anonymous said...

saya suka segmen tu :)

Tinta Lana said...

Salam.

Saya suka discussion. Ia akn buat saya berfikir dan berfikir.

Saya tak suka pada jwpn, sy suka persoalan. Dari situ bnyk perkara leh bincang, tahu dan perkembangkan.

Teruskan. Saya suka jika anda tahu apa maksud saya..sudah tentu bergntng pda topiknya ^^

dee said...

noted.

Nick Nashram said...

aku suka baca entri yg berunsurkan pemerhatian..sebab kadang2 entri yg org tulis tu tepat kena pd batang hidung kita.

Aieda Adnan said...

ya, jika anda tahu apa maksud saya...

whitecappuccino said...

bebas untyk berkongsi apa yg difikirkan perlu.

Anonymous said...

Xper..yg diketengahkan pun terkawal.. X)

Azlan Strider said...

sya paling suka "jika anda tahu" sebab isinya ringkas tapi mendalam..hehehe..

Regards,
-Strider-

intanfirdaus247 said...

saya pembaca setia blog awak..:))

ellynadyra said...

Tersurat dan tersirat. Itulah suratan. Jom anto surat.

Iman Nur Aima said...

ye, saya baca dan saya suka...tq.