ADVERTHOLOGY
Wednesday, April 3, 2013
salah anggap pengguna terhadap kad kredit
Kad kredit sebenarnya bertindak sebagai medium pembayaran dan bukannya sebagai medium untuk pengguna berhutang. Kegusaran membawa wang tunai dengan banyak menjadikan penggunaan kad kredit begitu relevan sebenarnya.
Membawa kad kredit berbanding tunai yang banyak ketika keluar berbelanja meminimakan risiko kerugian jika malapetaka seperti diragut menimpa. Pelanggan hanya perlu menelefon pusat kad kredit untuk membatalkan kad kredit yang hilang/diragut tanpa risau akan kehilangan wang tunai.
Kad kredit juga boleh digunakan jika mendapati perlu membeli sesuatu atau membuat pembayaran atas perkara perkara yang mustahak yang tidak boleh ditunda tunda sehingga gaji masuk. DENGAN SYARAT, setiap amaun penggunaan kad kredit tersebut haruslah dibayar semula apabila gaji sudah masuk tanpa gagal. Ini bagi mengelakkan pengguna terpaksa membayar caj lewat bayar yang dikenakan oleh institusi perbankan.
Inilah yang dinamakan penggunaan mengikut keperluan dan bukannya keinginan. Jika penggunaan kad kredit dibuat mengikut keperluan sudah tentu tidak menjadi masalah untuk pengguna membayar semula amaun yang telah digunakan apabila gaji sudah masuk. Malangnya, penggunaan mengikut keinginan hanya akan menyukarkan kemampuan pengguna membayar semula amaun yang telah digunakan. Membuat pembayaran minimum bukanlah satu langkah yang bijak kerana amaun selebihnya akan di caj oleh institusi perbankan.
Harus diingat, pihak bank selalunya memberi tempoh selama sebulan dari tarikh penggunaan kad kredit untuk pengguna membayar semula amaun penuh penggunaan sebelum ianya di caj. Terdapat sesetengah bank mampu melanjutkan bayaran balik sehingga sebulan + 14 hari.
Penggunaan kad kredit sepatutnya menjadi aplikasi memudahkan urusan perbelanjaan harian dan bukannya merumitkan lagi keadaan. Tidak salah menggunakan kad kredit asalkan berhemah dan tahu 'mengukur baju dibadan sendiri'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
35 comments:
betoi...guna laa sebaiknya agar kelak takkan merana..
tak pernah ade kad kredit
err.. setakat ini belum pernah ambil kad kredit sbb sy tahu tahap kebolehpercayaan diri menghadapi shopping mall.. Jadi, utk elakkan membeli membuta tuli, insyaAllah semoga tidak ambil. Tapi satu masalah yg selalu timbul adalah bila nak outstation n booking hotel. sbb ada hotel yg perlu booked guna kad kredit..
for me, C/card ni ada pro & contra nya..
nway thanks for sharing :)
for me, tak salah pun nak guna cdt card ni . tapi kena limit lah sebab interest dia tinggi. kalau nak beli barang dapur harga biasa2 tu takyah la guna cdt card.hehe. unlesskalau beli laptop ke, handphone ok..patut lah guna.:)
yg penting ada limitnya :)
jangan tahu nak swap pastu tak reti bayarkan
terpulang pada hati untuk jimat berbelanja kan?
aku yakdak kad kredit...
sbb medium aku belanja tak memerlukan tu...
hehe.
Kalau kita tau had takpe....
Ni selagi tak limit swipe sana sini..
Tu yang susah tu...
Tak pasal ada CTOS la bagai...
nak buat urusan lain dah susah....
AJ memang tak penah nak apply cc ni......
Takut jadi salah guna...
kalau jenis yang tak pandai nak menguruskan kewangan dengan sempurna, rasa tak perlulah guna kad kredit.. nanti menjerat diri..
kad kredit berhantu kalau tak pandai guna..
aku tak puas hati.. sbb aku bayar awal sblm bil sampai..tapi bank tetap kenakan intrest.. tak patut betul..
Second point tu betul. Ni first hand experiencela, kalau dekat negara Eropah memang ramai yang kalau keluar, dalam dompet diorang cuma ada kad kredit je, langsung tak bawak ang tunai sebab macam abang cakap senang nak deactivate kad kot-kot ada kerugian, memang win-win situationla.
Satu lagi kalau guna kad kita boleh manage budget kita sebenarnya, sebab semua akan dicatit. So tahu la bulan ni berapa RM beli barang dapur, beli minyak, bayar tu bayar ni. Boleh kita budgetkan perbelanjaan.
Tapi dalam dunia sebenar harapan la benda camni berlaku. Maybe sebab kita tak diajar cara penggunaan wang dengan betul kot, stigma sekarang kad kredit ni untuk beli benda yang mahal-mahal.
for me, slagi aku bukan brgelar traveler, masih belum mahu memakainya :)
Bila guna kad kredit then bayar balik mengikut tempoh, takdak masalah...
Cuma amsalah penggunaan melebihi pendapatan tu yg bahaya
nanti2 lah kot baru nak guna kad kredit.sebab lom keje lagi.ehehe
betul tu kena bijak guna kad kredit ni
tp yg buat mereka muflis tu yg tak bijak
terlalu boros, lepas time kena bayar ngelat
so hutang pun bertambah. tu yg bahaya
guna bla btl2 perlu ;-)
tepuk dada tanya selera la yer
skrg nih lebih prefer debit card plak
kalau pandai guna, ianya tak membebankan...
sangat betol..apa2pon, ia masih berbalik kepada kesedaran pemilik tu sendiri..
jika wang plastik diguna sebagai medium pembayaran, lebih baik guna kad debit.
kena berpada2 kalau guna kad kredit huhuuu
belum cukup umur utk pakai kad kredit..eh? :P
assalam, bunda tak pernah pakai kad kredit..
Pokoknya displin..displin..and displin..
setuju 100%
kunjungan perdana,
salam kenal..
Aan Shared
tapi ramai yang menyalah gunakan penggunaan kad kredit...syok berbelanja tanpa had...pastu muflis...hikhik..
konsep yang disalah fahamkan.. bahaya betullah duit plastik ni
agreed sy ade kawan yg pandai menggunakan card credit sehingga tiada masalah langung walaupun kad kredit dia banyak..
Regards,
-Strider-
aku setakat ni tak berani nak guna credit card utk shopping..maklom la kaki shopping..huhu
tak pernah ada kad kredit sbb mmg tak percaya dgn diri sendiri bila bershopping. hihi.. kad debit sudah.
ada kad kredit..banyak guna utk isi minyak ..hehe
pakar kewangan kate ley gne 2 kad je
itupon kasi limit
nnti xmmpu bayar semula
pastu bnkrap
Setuju sgt2!
Post a Comment