ADVERTHOLOGY

Tuesday, May 7, 2013

dan diakhirnya kita sedar semuanya harus bermula dari diri sendiri.



Kita asyik dengan keinginan mengubah kepimpinan sehingga kita lupa untuk mengubah diri sendiri. Berjaya atau tidak diri kita sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Pemimpin sekadar cuba mempertahankan kestabilan. Dan kita menggunakan kestabilan tersebut untuk memajukan diri ke tahap yang terpuji di dunia dan akhirat. 

Kita asyik melaungkan pahala dan dosa. Ke syurga atau ke neraka kita bukan ditentukan oleh pemimpin tetapi diri sendiri. Memilih pemimpin itu satu hal. Menyelamatkan diri dari azab api neraka itu satu hal yang lain. Pemimpin tidak mampu membawa kamu ke syurga kerana pahala dan dosa kamu dicatit oleh Raqib dan Atid mengikut perlakuan dan amalan diri sendiri. Undi kita tidak akan menjadi 'imunisasi' terhadap solat solat wajib yang tertinggal sebelum ini. Tidak akan menjadi tiket pantas untuk ke syurga jika amalan diri tidak seberapa.

Manusia yang paling menyedihkan ialah manusia yang mana dalam kehidupan mereka hanya terlihat hal hal yang negatif dan penuh kebencian. Bukan tidak ada yang positif dan baik baik, cuma diri mereka sudah terbiasa melihat setiap perkara yang berlaku melalui sisi negatif. Dan sikap ini menghalang mereka untuk memperbaiki diri sendiri kerana kecenderungan mereka lebih kepada mencari kesalahan orang lain apabila terjadi sesuatu hal yang tidak menyebelahi mereka.



ps : entry ini tercetus apabila saya melihat perkongsian perkongsian di wall FB saya sejak akhir akhir ini yang penuh dengan unsur kebencian dan hasutan, bergaduh sesama sendiri, label melabel dan tuduh  menuduh.








15 comments:

Ahmad Arba'in Ali said...

saya setuju dengan keseluruhannya kecuali apabila saudara berkata "Pemimpin tidak mampu membawa kamu ke syurga." Pemimpin memainkan peranan samada membawa rakyatnya ke syurga atau ke neraka. Tidak banyak, sedikit. Lebihkan lagi mengkaji dalam soal itu. Dan tak. saya bukan orang PAS. Cuma mahu betulkan yang itu. Maaf. Terima kasih.

Teacher Basariah said...

saya setuju!!(^_^)

Sofea said...

setuju..

Mek Onie said...

yesss,semua tu dari diri kita...

Tinta Lana said...

Salam.

Entry ni patut dijadikan renungan..

Saya juga ingin menulis perkara sama..tapi tak tertulis..

Dan.. suasana masih 'panas'.

Ayue Rejaluddin said...

"Manusia yang paling menyedihkan ialah manusia yang mana dalam kehidupan mereka hanya terlihat hal hal yang negatif dan penuh kebencian"...

Memang menyedihkan.......
Tanpa sedar ade yang bersorak dan bertepuk tangan disebalik pertelingkahan ni...
Wake up! wake up!~ wake up!

Chereta Chenta said...

Bukan senang bila kita jd ketua.. byk kepala di bawah, dan byk jugak ragamnya.

Unknown said...

setuju dgn entri ni.. mmg betul pun sejak PRU ni smua dok berbalah.. alahaii..sadis la melayu sesama melayu pun berbalah... ;(

whitecappuccino said...

bila baca status yg dipost ke wall FB rasa nak terminate account..terlalu banyak msj spt yg disebut diatas..tp rak tutup pn...

Iman Nur Aima said...

tmm - i'm the silent minority...rasa nak jerit dekat all the facebookers - 'shut up' tapi apakan daya...

Anonymous said...

Dan post pada wall FB itu ada sumber inspirasi kepada penulisan kami..kami..dan kami..

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

entahnya... krn politik nak berbalah... rugi2... Islam tak suruh bermusuh hanya krn politik. Pemimpin yg baik adalah pemimpin yang boleh membimbing rakyatnya ke arah kebaikan seterusnya mengajak kpd kebaikan dan menghindari kemungkaran

ellynadyra said...

Aku setuju ngan apa ko utarakan. Setuju sgt2.

intanfirdaus247 said...

sebab itu saya dah delete fb personal.sebab tak sanggup tgk orang2 ISlam mengaibkan sesama sendiri demi fahaman politik. Diri sendiri tidak berubah tapi pong pang pong pang tunding jari pada orang. Saya setuju apa yg TMM cakap n..:))

aizamia3 said...

pertelingkahan boleh dielak sebenarnya bila tiada yang membangkitkan unsur2 yang tidak baik..