Sedikit sebanyak ilmu penjimatan tenaga elektrik yang saya dapat melalui pembacaan majalah HOMEDEC.
- Tutup lampu bilik jika tiada orang di dalam bilik. Begitu juga dengan kipas dan aircond.
- Jangan biarkan handphone di charge semalaman.
- Guna 'energy saving' mentol atau dari jenis LED untuk kawasan kawasan yang kerap menggunakan lampu.
- Gunakan pencahayaan natural di siang hari. Selak langsir atau tirai bagi membenarkan cahaya matahari masuk berbanding menggunakan lampu.
- Cuci filter aircond dengan kerap untuk mendapatkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik sekurang kurangnya 15%.
- Turn off semua perkakasan elektrik apabila tidak digunakan dan jangan biarkannya berada di dalam standby/sleep mode. Anda mampu berjimat sebanyak RM 60 setahun.
- Set temperature aircond ke suhu sederhana. Semakin rendah suhu di set, semakin kuat penggunaan tenaga elektrik untuk menyejukkan bilik.
- Jika boleh, beli peti sejuk atau mesin basuh yang mempunyai label 'Energy Star' kerana perkakasan elektrik yang berlabel tersebut telah diakui menjimatkan tenaga.
- Jangan buka peti sejuk dengan kerap kerana udara sejuk didalamnya akan keluar dan akan memerlukan banyak tenaga elektrik untuk menyejukkannya semula.
- Jangan letak peti sejuk di tempat yang terkena sinaran matahari kerana bahang panas matahari akan membuatkan peti sejuk memerlukan banyak tenaga untuk sentiasa berada di dalam suhu sejuk.
- Switch off seterika jika tidak digunakan dan bukannya sekadar menukar suhunya ke mode '0'.
sumber : homedec magazine.
21 comments:
noted..
Noted with thanks.
Gud info ni.. kadang2 kita dah terbiasa dengan standby mode pada alat2 eletrik di rumah, bila sampai bill... nah hamekkk hahaha
yeah... aku take noted bila ada rumah nanti. :P
yeah !
setengahnya diamal , setengah yang lain agak sukar sebab tak dapat control orang ramai sgt .. huhuu
mari selamatkan tenaga demi dunia dan bil kita.
noted! thanks bro
betul-betul kamu minat pada rumah kan?
wah..bagus memudahkan kerja saya utk men war war kan kepada masyarakat.. ;)
Saya pernah baca, malam bila dah tutup suis tv, bukan takat tekan off pada button remote saja..tutup juga suis utama.
Jimat elektrik dan juga utk 'ksihatan' tv tu sndiri..
Stiap kali iron baju, iron byk2..iron skit2 rugi. Letrik pun bnyk pakai. Mana2 perkakasan eletrik yg bersifat memanaskan n menyejukkn, klau bleh kurg2kn pnggunaan, cthnya aircond, pemanas air, seterika..sbb guna bnyk tnga tuk pnskn/sejukkan ia.
hehe....banyak pula yang aku x amalkan.
kat rumah aku ni, kipas je yang berhenti berpusing
huhu
alamak...handphone tu selalu gak ter'charge' overnite!
btw, thanks for the good info
wah..menarik tips nie..baba peti ais terkena sinaran matahari tu belum pernah dengar..that something new for me..hehe..thanks 4 sharing bro.. :D
Regards,
-Strider-
Save selagi bleh ye!
patutlah selalu kena marah buka peti ais lama2..
Yargh!! Undi Malay Male!
harap harap nampak kesannya pada bil elektrik bulan depan. :D
jangan buka peti sejuk kerap tu susah sikit.lagi byk item dlm tu,lagilah kerap budak2 bertuah kat rumah ni buka hahaha....
nice post :)
wah info yg bagus ni,,tq tmm..:))
nice sharing, bro ^^
Post a Comment