ADVERTHOLOGY

Tuesday, May 28, 2013

tips pemilihan wallpaper rumah





wallpaper pilihan saya


Menjawab pertanyaan saudara smbotak dalam entry saya sebelum ini mengenai tips pemilihan wallpaper. Saya berpendapat pemilihan corak vertical atau horizontal walpaper tersebut tidak akan terlalu mempengaruhi keadaan ruang dalam rumah. Pemilihan corak hanyalah mengikut kepada citarasa tuan rumah sahaja. Walaubagaimanapun saya berpendapat, pemilihan warna cerah dan lembut akan membuatkan ruang rumah kelihatan lebih luas manakala pemilihan warna gelap akan membuatkan ruang rumah kelihatan lebih kecil.

Ada juga yang bertanya mengenai ketahanannya. Bab ni saya tak boleh jawab sebab saya pun baru pertama kali menggunakannya. Tetapi berdasarkan pemerhatian, wallpaper di rumah bapa mertua saya masih elok walaupun sudah hampir lima tahun dipasang. Perihal ketahanan ini saya rasa lebih kepada cara kita menjaganya. Elakkan terkena air. Jika terkena air pastikan lap cepat cepat. Sentiasa memerhatikan aktiviti anak kecil anda bagi memastikan mereka tidak terconteng dinding tersebut. Dan pada pendapat saya, gam wallpaper tersebut agak kuat dan tidak akan mudah terkopek melainkan anda beria ia ingin mengopeknya :-)

Jika rakan rakan ada pengalaman dan ilmu berkaitan pemilihan dan penjagaan wallpaper, sila jangan segan segan berkongsi dengan saya diruangan komen. Saya pun 1st time guna wallpaper. Banyak perkara yang mungkin saya belum tahu lagi terutama bab penjagaannya.





22 comments:

Nong Andy said...

Ada rezeki lebih saya pun berkira nak pasang juga

aizamia3 said...

bila ramai yang berkongsi tips penjagaannya.. tak mustahil akan datang ai pulak nak buat kat rumah.. ;)

bukankosong said...

kelakar;

'melainkan anda beria-ia ingin mengopeknya'

huhu

Azlan Strider said...

setuju dengan bab pemilihan warna...warna yang cerah mampu membuatkan rumah nmpak luas..aku tambah skit, pada sesiapa yang nak pasang wallpaper pasti installer anda adalah orang yang dah biasa pasang bagi menjamin kualiti bila dah siap nanti..itu jer..sekian..hehe

Regards,
-Strider-

Niza Romli said...

boleh bgtahu tak kos utk wallpaper ni

ellynadyra said...

Warna tu sesuai ngan ruang umah ko!

Anasyg said...

nak quote mcm bukan kosong jugak :) saya tak beria-ria nak kopek wallpaper sendiri :)

Nazerah Yahya said...

oh ..konsepnya mACAM cat dinding gak noh ...

tapi kalau bilik untuk prmpuan cemana ?? apa yg sesuai ? bercorak cemana ?
bebunga ka apa ???

okay ka ?

fadh leyanie said...

warna gelap mmg buat ruang nampak sempit

ewanthology said...

@nazeera : wallpaper tidak mengira jantina :-) asalkan sedap mata memandang. citarasa berlainan. ada juga perempuan yg tak suka bunga kan.

ewanthology said...

@niza romli : depend pada kualiti dan keluasan yg mahu di'wallpaper'kan :-) jgn risau, mampu milik.

Anonymous said...

Yang mahal sentiasa berkualiti..yang mahir sentiasa hasilkn yang terbaik.nk bagus beli wallpaper yg berkualiti dan biar pakar yg psangkan.:)

nurdani said...

pernah jugak teringin nak pasang wallpaper untuk feature wall, tapi masih tak pasang2 sebab mungkin dari segi harga kot

Chipsmore said...

xpenah lg gna wallpaper kt rumah, gna cat jer.. hohoh.. warna pink bleh tenangkan minda... sesuai tuk bilik tdr... :D

whitecappuccino said...

rumah akak guna cat je tak de wallpaper.

reenapple said...

huuu. aku suka kelabu.. :)

Unknown said...

bersiap sedia bila anak dah besar sikit mereka akan pamerkan kreativiti di atas wallpaper tuh...hehe

Anonymous said...

betul tu, warna gelap/terang atau corang besar/kecil akan mempengaruhi ilusi mata kita berkenaan saiz ruang tu.

dan corak pulak memang berkait rapat dengan susunatur perabot serta konsep ruangan secara keseluruhan. kalau konsep minimalis, tak perlu corak yang terlalu fancy. kalau konsep moden pulak, lebih kepada simple. supaya tak terlalu kontra. ni cuma pendapat aku je la.

(pergh, macam ayat majalah deco!)

intanfirdaus247 said...

cantiknya corak wallpaper n..tapi sy x pernah pasang pon kat rumah..hehe..sebab bukan rumah sendiri

Tinta Lana said...

Paling asas, ikut citarasa individu. Saya rasa, pemilihan corak wallpaper konsepnya mmg tak jauh beza dgn nak pilih corak baju.

Wrna cerah spya nmpk lebih luas, gelap nampak sempit dan kecil. Wrna cerah juga bnyk mmbntu pencahayaan. Gelap kan serap cahaya. Sebab tu nmpk gelap.

Mcm abgwan, psg wallpaper dulu, baru ltk perabot kan..mayb takda mslh sgt rsanya nak sesuaikan dua2 tu? Yg pasang kemudian, slps perabot dah penuh dlm umah..mayb kena pilih dgsn betul2..spya ngam dgn perabot.

Abgwan, boleh tak nak tahu, harga psgnya brapa? mcm abgwan, dia kira mcmna, aaa, lana fhm,bergantung pda keluasan. Ikut brapa kaki eh? meter?

ewanthology said...

@tinta lana : ikut squarefeet. jgn risau, mampu milik :-)

Aimacomel said...

byk sgt pilihan wallpaper skg ni. Memang kena pilih betul2 supaya jangan rasa terkilan pulak nanti