Skop tugasan kerja saya menuntut saya ke sana ke mari seantero Selangor. Dari Rawang ke Semenyih, Dari Shah Alam ke Putra Height.
Dan saya pun bukannya arif sangat area2 Selangor. Tak semua tempat saya tahu. Dalam erti kata lain kalau 1st time pergi tu memang tak sah kalau tak sesat. Kalau dah sesat tu confirm dah membazir masa sebab terpaksa pusing pusing cari jalan yang sepatutnya. Satu lagi hal kalau terpaksa lalui jalan yang sesak. Buang masa lagi. Ishh.
Mujur tak lama lepas tu saya 'celik' sikit dengan aplikasi aplikasi pemetaan yang terdapat di pasaran. Nak guna Garmin dan PapaGo tu takdelah cuma masa zaman guna Handphone Nokia X6 dulu adalah download aplikasi Ovi maps. Alhamdulillah, banyak membantu mengurangkan peratusan kesesatan saya mencari tempat yang ingin di tuju.
Dan sejak ada Ipad ni saya download pulak aplikasi Waze ni. Dari segi graphic lebih cantik la. Disamping dapat berkongsi maklumat trafik dengan pengguna Waze yang lain secara online. Waze ni boleh download free je kat application store untuk pengguna Ipad dan Iphone.
Untuk anda yang kurang mahir dengan jalan jalan di bandar besar mahupun bandar kecil ataupun jenis yang rajin/terpaksa kerja outstation, seharusnya aplikasi macam ni perlu ada bagi memudahkan perjalanan anda.
23 comments:
bro!
lama tak singgah sini.
hari tu, naik kereta dengan member.
dia pakai waze.
tempat yang ada AES pun dikongsikan.
Salam.
Abgiwan..ada tak aplikasi untuk yg dirasuk k-pop macam sya ni? erkk, out of topic, hehehe. Tiba2 suka k-pop plak. Payah camni. Cari jalan pun lagi senang.. -_-
jalan kaki daki gunung guna benda tu bole tak
haha
Download jgn x download. Penting ketika sesat.
menda berguna baik dikongsi.. ;)
pasni balik share dengan en. suami pulak.. hehehe..
aku ada guna tiga aplikasi gps (google map, sygic & waze), tapi bukan serentak. cuma bergantung pada keadaan la.
err.. sy mmg standby garmin dlm kete. tapi pemalas nak guna. salu google map je dan print arah laluan.
Build for android as well rigt?
aku pun guna waze.
ke mana-mana, kalo tak sesat lah...
:)
penting sangat2 sebab kerja saya pun kena bergerak sana sini. area KL lagi la saya tak mahir. setakat tahu area tertentu je.
penting sangat2 sebab kerja saya pun kena bergerak sana sini. area KL lagi la saya tak mahir. setakat tahu area tertentu je.
Wah.... bnyak juga3 aplikasi3 berkaitan ni.. :)
aku guna gps je..hahah
yes!!!! waze :P
waze paling mesra pengguna,hik
orait.
tmm thanksss!!!
mode google search on!
Sy ada ipad, tp xde internet, just online by wifi kt uma jer. Zaman sekarang telefon canggih mana tp kalau xde internet memang sangat tak guna kan.
kadang line slowly sangat..so sure ramai yang terkebil2 ..so di sini kena lepaskan ..jangan terbazir terus masa kita melayan line slow tu..
waze kene pakai internet kan? alamak..
dill.
saya bergantung kat GPS kat phone nokia saya tu aje lah...nak nak kat tempat orang ni kan. Heheh~
owh, app ovi ni.. tapi waze ni sy x pnah guna, huh...
ya, saya pon gunakan servis ni..memang best
Post a Comment