ADVERTHOLOGY

Monday, June 3, 2013

panduan membeli kenderaan





gambar hiasan : hyundai tucson

Membeli kenderaan bukannya diukur melalui kemampuan membayar bayaran pendahuluan kenderaan tersebut sahaja. Sebaliknya, banyak perkara lain yang perlu diambil kira antaranya, kemampuan membayar ansuran bulanan, memperuntukkan duit minyak, tol dan parking setiap bulan dan juga menyediakan tunai apabila kereta dihantar servis.

Hakikatnya, semakin mahal harga sesebuah kenderaan tersebut, semakin tinggi kos penyelenggaraannya. Dengan harga kenderaan terpakai yang semakin susut setiap tahun dan kos penyelenggaraan yang semakin meningkat, kenderaan adakalanya lebih dianggap sebagai liabiliti berbanding aset.

Oleh itu pastikan sentiasa bijaksana dalam membuat pilihan kenderaan yang ingin dibeli dan memastikan simpanan tunai sentiasa mencukupi.


13 comments:

Mek Onie said...

jap lagi harga kereta pun sama mahal dengan rumah

Anonymous said...

huahua...

bile kereta nk turun harga ni?

ellynadyra said...

Car is not an asset. Asset pun sket je untung. Itupun kalau ada.

Aimacomel said...

kereta adalah liability yg susut nilainya. Jadi memang kena bijak utk mencari kenderaan yg bijak. Sekarang ni dah byk kereta yg free maintainance tapi harga agak sedikit tinggi la

Anonymous said...

Ala..xdetails..kalau male nk beli.apa yang male nilai dan kenapa?

Lelaki said...

aku main belasah jer ...x ambik kira sangat2.

Tinta Lana said...

Salam.

Ini jugalah panduan yg ayahanda saya bagitahu.

Terutamanya, kemampuan bayar ansuran setiap bulan. Kadang2, mungkin ada emergency yg memerlukan kita gunakan duit kearah lain dgn banyak, jadi, fikir2lah kemampuan sendiri.

tehr said...

bagi aku
membayar ansuran bulanan tu yang buat sakit kepala
yang lain2 boleh ditangguh

Unknown said...

lama ya saya tak terjah blog..sorry. terjawab kerinduan pada blog kegemaran saya ni..T M M. tq masih ingat Pesona Blog.

Unknown said...

jumpa di blog, tq masih datang ke laman Pesona ya..

H.A said...

salam..sy pakai kete malaysia je..hehe... sebb pikir bulan2 nk bayar, then byar road tax plus insuran tahunan lagi...aduyduyduy... member sy kononnya nk pakai kete yg tahan lama, honda,,, tapi tak padan dgn gajinye..maka skrg die tengah pening kepala mikir nak maintain bayar tiap2 bulan...

ermmm... belilah ape yg kite mampu byar..sbb duit kite ni bnyak lagi keperluan lain nk guna... :)

skdar pndgn ..

reenapple said...

Hyundai Tuscon... kereta idaman aku. Hiks. :)

Mindaberbisa said...

<<< pakai kereta baru murah. :)