Sampul raya sudah ada isinya. Terpaksa dibezakan sampulnya sebab takut tersalah bagi pulak nanti. Biru untuk mak ayah, hijau untuk 2 orang adik dan kaler coklat kekuningan tu untuk anak buah. Fuhhh, dah ada 17 orang anak buah rupanya.
Tiap tiap tahun bajet duit raya bertambah sebab hampir tiap tiap tahun anak buah bertambah, huhuhu. Tapi takpe, bukan selalu. Setahun sekali je bagi 'angpow' kat anak buah ni dan saya niatkan untuk bersedekah dan menggembirakan hati budak budak ni.
Untuk mak ayah tu pulak memang wajib bagi. Masa saya kecik kecik dulu mak ayah tak pernah 'miss' bagi duit raya. So, bila dah kerja ni rasanya giliran saya pulak memberi mereka duit raya.
16 comments:
Assalamualaikum....
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga bergembira disamping keluarga tercinta. Maaf zahir & batin =)
nak duit raya :P
Salam Aidil Fitri dari bunda...
Aku pun tahun baru dpt beri lebih.alhamdulillah bonus dpt sebelum raya..
wahhh ...duit raya..... kami tak dak ka ???
takpalah , .... orang kata Islam ni semua saudara .. takpalah kami tak dapat ...
>tetibe touching< haha
haha btw .. selamat berbahagi duit raya .. :3
adik 2? lega.
saya ada 6 adik. campur anak buah 9. sobs..
Selamat Hari Raya :)
Nak duit raya jugak~
Selamat Hari Raya :)
aah,boleh tak nak sikit duit raya
Nak duit raya jgk :) hehehe
nak.
Sama la..
Lain packet.. lain jumlahnya.
Setakat ini anak buat 14 orang semuanya.
Memberi duit raya sebenarnya adalah kegembiraan..
terbaik laa, bro ^^
ada note yg kaler purple x kt dalam tu? hukk...
sama la. kena letak sampul beza2. kalau tak nanti nak bagi singgit silap bagi 10 hengget. kann dah rugi. haha
memang kena asingkan cenggitu.. kalau tak buat.. alamatnya tersengihlah mereka yang dapat lebih dari sepatutnya tu.. ;)
tahun ni tukar duit raya dekat bank smpul dapat sikit je.. so, sampul yg adik and ank buah dapat tu sya guna balik utuk bg kat org lain haha
Post a Comment