ADVERTHOLOGY

Thursday, August 29, 2013

mengenai pak guard



Saya kira kita semakin lalai dan sering terlepas pandang mengenai isu keselamatan. Ketika saya melalui sebuah kawasan perumahan, saya ditahan dipintu masuk kawasan perumahan tersebut oleh seorang pengawal keselamatan, berbangsa nepal mungkin. Bertanya itu dan ini dalam bahasa malaysia yang tunggang langgang hingga adakalanya saya yang memang rakyat malaysia ni pun amik masa untuk memahami soalan yang diajukan. Dengan bicaranya yang tidak fasih saya dapat mengagak jika diberi buku panduan bahasa malaysia mengenai skop kerja pengawal keselamatan pasti mereka gagal memahaminya. 

Maka, bagaimana mereka menjaga keselamatan? 

Sekadar menahan kenderaan yang keluar masuk dan bertanya 'mahu ke mana?', 'mahu pergi rumah nombor berapa?', 'nombor jalan berapa?'. Saya pasti mereka ini mungkin tidak mengenali pun semua ahli rumah kawasan tersebut. Bertanya sekadar memenuhi syarat. Kadand kadang angkat tangan sahaja dah boleh lepas masuk. Kemudian mereka kembali berbual bersama rakan rakan sebangsa mereka yang lain di pondok keselamatan yang disediakan. Dan mungkin 2 jam sekali akan meronda disekitar kawasan. Mudah dijangka.

Mungkin suatu ketika dahulu kehadiran pengawal keselamatan memberi kesan psikologi kepada penjenayah untuk menghindari kawasan tersebut. Tetapi kini penjenayah semakin bijak. Malahan rasanya penjenayah lebih mengetahui selok belok kawasan perumahan tersebut berbanding pengawal keselamatan yang ada.

Kadangkala saya tertanya adakah masih relevan kewujudan palang dan pondok keselamatan yang dikuasai oleh warga asing tersebut apabila ianya dilihat seperti 'asalkan ada' dan tidak banyak memberi faedah dan kesan positif kepada penduduk setempat.


Ye tak ye jugak....ada ke orang tempatan yang nak jadi pengawal keselamatan?









17 comments:

Unknown said...

Betul la bro. Aku tgk ni kelemahan organisasi tuh sndr la even bank pun sama. Letak org yg ntah betul2 certified ke tak kita pun xtau. Sebab tuh penjahat tak takut wat rompakan. Siap leh bunuh2 lagi. Apa nak jadi ngan malaysia pun xtau. Soal keselamatan wat tak tau jerk. Nak tggu jadik huru-hara baru nak take action.

Perempuan Patah Hati said...

entry buat aku terpikir . . dan kemudian melupakan *mkn kuaci

t.a.t.a said...

i said, kau makan kuaci jgn lupa baca bismillah.

t.a.t.a said...

kenapa bila sebut guard aje, terus imagine yang taraf depa ni rendah. bukan ke guard tu kebanyakan pesara polis atau tentera? terus jatuh saham mereka.

ewanthology said...

@tata : jgn salah konteks, guard yg saya maksudkan ialah di area perumahan dan selalunya mmg mereka employ warga asing.

t.a.t.a said...

bukan di kawasan perumahan sahaja, di kilang-kilang pun ada juga yang foreign guard.

Skull Writers said...

Ya tak ya.. maha la ada local nak keja jadi pak guard.. lagi2 di kl tu. Kalau sini sabah.. masih ramai la pak guard local.. kalau nda pun pilak.

Amin A. R said...

ada pak guard, orang tempatan. tapi berusia. tolak sekali rasanya dah rebah.....
~guard kat opis saya, pendatang asing. bahasa melayu sepatah tak paham....

nurdani said...

pernah terfikir setiap kali nampak perumahan ada kawalan macam ni.

saya pernah cuba u-turn dekat depan guard house ni, guard tu terus naikkan palang. dia ingat saya nak masuk padahal nak u-turn je.

bahaya kan? takda kawalan ketat. huhu.

Lya Amie said...

mcm tak perlukan pengawal keselamatan dah tapi mereka jugak yg tolong kita bila kita susah. tak selalu lah. erm *tutup muka
anyway, jgn pandang rendah, jangan dikeji kat guard, kat makcik sapu sampah semua. mereka tetap manusia :)

Encik Gaara said...

aku pernah jadi guard bro hujung tahun lepas..walaupun ada degree..sehari rm40..kerja 12 jam..jadi la buat duit kocek sementara takde keje tetap :-)

ewanthology said...

@alia azmi : siapa yang keji?

Unknown said...

skolah ja yang banyak guna orang tempatan.. hmm. mungkin..

*aku tak nak jadi makcik guard

reenapple said...

Yaaa... entri ini buat aku terfikir. Terima kasih atas pandangan ini. :)

Aimacomel said...

perasan kan kebanyakan org kita yg jadi guard ni adalah pak-pak yg memang dah tua. Mana de org muda skg ni nk jadi guard pun kan

Anonymous said...

Nak buat macamana..yang mahu pun dah berumur.yang masih bekerja untuk tampung sara hidup Tinggi zmn moden.yg muda pula.kerja nak senang..gaji nak mcm boss.

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Ada yg mcm tak fhm je apa abgiwn tulis,muehehe.

Saya pernah ke sebuah kwsn perumahan yg pakai sistem pengawal keselamatan mcm abgiwn cerita ni..tpi sistm mereka lebih baik. Setiap penduduk ad kad khas, ala2 smart tag tu.

Tapi mcm org awm yg,mmg kena berhenti, tulis nama n butiran lain dipondok pengawal, pastu baru bagi masuk.

Kalau sya..saya rsa pihak syarikat pengawal kslmtn kena lebih bertnggungjwb. Jangan kaut untung saja..penduduk setempat pun, kena juga jalankan tanggungjwb bersama.

Harapkan sorg dua mengawal keselamatan satu taman? Memang tak terkawal saya rasa.