Memandangkan hanya tinggal lebih kurang dua minggu lagi sebelum isteri saya mula bekerja, pencarian pengasuh bayi harus dimulakan. Dan sekarang ini sudah survey dua pengasuh tetapi pilihan masih belum dibuat. Satu mahal sangat (RM380 sebulan) dan satu lagi terlalu ramai budak yang dijaga (10 orang).
Memandangkan kami masih baru di area ni maka memang tak tahu sangatlah orang orang yang buat keje pengasuh ni. Yang sebelum ni pun dapat contact number dari anak kepada kawan isteri yang duduk di area berdekatan.
So, sementara ada masa lagi ni kami usaha juga la cari kot2 ada terjumpa suri rumah yang buat keje pengasuh baby ni dan boleh tawarkan upah yang lebih relevan dan tak terlalu ramai baby yang dijaga. Yelah, jaga baby ni kena pemerhatian yang lebih. Bila ramai sangat yang dijaga takut takut terlepas pandang pulak baby aina ni.
21 comments:
betul. biar pengasuh fokus pada anak kita je. takut kalau ramai sangat lagi2 bab susu
kalau kau kat tempat aku, sah3 aku boleh suruh aku punya step mum jaga sebab dia asuh budak juga. Tapi negeri kita tak sama :3
:) selepas ini, saya juga seperti anda mulakan pencarian.
Aku biasa nampak orang tampal iklan bilik/rumah untuk disewa kat 7eleven. Rasanya praktikal tak tampal iklan macam ni kat situ?
jiran-jiran suri rumah takde?
Tak mahu hantar anak kt nursery ke?nursery walaupun ramai, baby akan diberi perhatian lebih..
Kakak n abg ipar aku 2 2 doktor.mak ayah aku yg dtg jaga.
pergh biar betik.. area sana enstek rm380, area rumah aku gang baby sitter charger (350-370), dan aku rasa awal tahun depan, rega boleh cecah 400 untuk baby kecik 0-2 tahun..
mahalnya harga mengasuh anak ye skrg?huhu..syukurla cikgu kwsn kampung je..semoga dapat bertemu pengasuh yang baik utk aina..
boleh tahan rege kat sana.. agaknya sebab belum ramai orang lagi kut.. sbb kat PJ xdelah semahal tu..
err..mahal juga eh..?
sy pun tak berapa percaya nursery.. carilah yg terbaik utk anak awk..
dulu den sebelum anak lahir dah sibuk cari bakal pengasuh , ada masa lebih sikit nak selidik serba sedikit berkenaan bakal pengasuh...
abg saya pun sedang mencari pengasuh dan bro jangan terkejut kalau ade yang mintak salary smpai 900 sebulan and dorang bukan orang tempatan pun..pape pun hopefully bro jumpa pengasuh yang sesuai...
Regards,
-Strider-
banda tu ktne? kalo putrajaya mmg makcik sy jaga budak 2org je
semoga cepat jumpa pengasuh, Aamin.. kalau hantar anak kat taska, sesekali dtg spot check taska tu.. same goes kalau hantar kat pengasuh.. mmg kita percaya tapi simpan sikit keraguaan.. :)
macam anak saudara amani, kita hantar kat kawan baik, tapi suami kawan baik tu selalu bawa kawan-kawan (lelaki) dia dtg rumah. last2 ank buah amani tu kena sexual harrasment.. sedih kalau ingat balik... apa2 pun doa pada Allah yg anak sesuai dengan pengasuh and pengasuh senang jaga anak.. :)
kalo sy tak keje lagi bro boleh lah hantar dekat sy tapi jauh la di bangi
Saya kenal beberapa org disini..tapi tulah..diputrajaya.
Tinggal rmai2, penyakit pun sng berjangkit abgiwn..
macam mana MM,dah jumpa ke?semoga pengasuh tu baik dan cekap buat kerja :)
Mak aiiii! Mahalnya rm380?
hoho! cri y just utuk sorang je lagi slmt... hoho.. perhatian sepenuhnya utk anak bro MM...
hantar jer kat bunda...zarif umar pun dah besar, dah 3 tahun.. hehe :)
Post a Comment