ADVERTHOLOGY

Thursday, October 17, 2013

HOMEDEC kembali







Kebanyakan barang elektrik di dalam rumah pertama saya ini dibeli di expo HOMEDEC. Televisyen, peti sejuk dan mesin basuh semuanya di beli di booth LG ketika HOMEDEC yang lepas. Malahan wadrobe pakaian pun saya tempah ketika di sana.

Pendapat saya, expo seperti ini memberi ruang dan peluang kepada pengguna untuk memilih keperluan rumah mengikut citarasa yang diingini dan dengan harga yang berpatutan. 

HOMEDEC untuk bulan oktober nanti mungkin saya tak pergi pun sebab masih tiada keperluan untuk pergi kerana saya sudah pun berbelanja membeli kelengkapan rumah pada expo HOMEDEC yang lepas. Tetapi itu bukan halangan untuk saya rekomen kan expo ini kepada rakan rakan yang di dalam proses mencari barangan kelengkapan rumah untuk mencuba survey barang barang yang ingin di beli di sini.

Selamat berbelanja.





12 comments:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

terbaik..salam blogging.

4feet8 said...

sy pernah pergi pameran hartanah kat MVEC. Semangat nak pergi booked rumah, okey. Mmg nak beli on the dot. Tapi, sorg pun tak layan. Tak layan, tahu? geram betul. Ingat sy student IPT gaknya..

intanfirdaus247 said...

Salam TMM...apa khabar.? maaf baru nak singgah...betul tu...dalam masa yang sama kita bole buat pilihan di tempat yang sama sebab di situ pelbagai brand ada dan pilihan harga juga berlainan kan kan

t.a.t.a said...

antara sebab aku tak tengok The Apartment adalah kerana aku jeles dengan orang yang rumah nya cantik dan pandai dalam hal deco.

dah aku tak boleh tengok perabot rumah, nanti aku nak beli walaupun tak perlu.

ewanthology said...

@4feet8 : saya memahami perasan anda itu :-) sy pun pernah mengalaminya, sebab masa tu pakai selekeh sgt kot... huhu

Unknown said...

belum ada rumah sendiri. tapi rekomen sebegini sangat digalakkan. siapa tahu ada yang memerlukan maklumat ini dalam masa terdekat :)

4feet8 said...

jeans dan tshirt pun kategori tu ke wan..? sobs.

ewanthology said...

@4feet8 : saya ckp penglaman saya dulu, lg satu sbb saya pajai selipar je..huhu

diorg x lyn awak sbb awak awet muda...nmpk cam budak ipt lg .. huhu

Nick Nashram said...

aku rasa kebanyakan barang letrik kat umah aku beli kat tesco ngan mydin..haha

Azlan Strider said...

expo yang menarik..aku pun ade terpikir nak make over bilik aku..tapi malangnya expo nie macam dah lepas jer...

Regards,
-Strider-

Anonymous said...

Kena tunggu tahun depan..utk life as a husband.

Unknown said...

cool la...