Acap kali terdengar berita mengenai kadar kebankrapan yang semakin meningkat dikalangan generasi muda hari ini dan penyebab utamanya cenderung kepada penggunaan kad kredit yang tidak berhemah. Ramai dari kita tersalah anggap terhadap penggunaan kad kredit yang dianggap sebagai medium untuk berhutang. Walhal, kewujudan sebenar kad kredit adalah sebagai medium pembayaran dan mengurangkan kebimbangan pengguna dari terpaksa membawa tunai yang banyak jika mahu keluar membeli belah.
Salah tanggapan ini harus diperbetulkan bagi membendung permasalahan kebankrapan ini. Malahan jika anda benar benar 'berduit' sekalipun. Masalah tersebut tetap akan menghantui jika penggunaannya tidak diurus dengan sewajarnya. Oleh itu, di sini saya kongsikan tips penggunaan kad kredit secara bijak dan berhemah sebagai panduan pengguna pengguna kad kredit sedia ada.
- Jika anda memiliki lebih dari satu kad kredit, pastikan ianya tidak melebihi dua (2) kredit kad.
- Anggap penggunaan kad kredit sepertimana anda berbelanja menggunakan tunai - track when and where you use it.
- Jangan 'swipe' jika anda tidak mampu membayar penuh jumlah penggunaannya apabila mendapat gaji.
- Jika masih tidak mampu membayar secara penuh. Sekurang kurangnya bayar lebih daripada 'minimum payment' yang tercatat di penyata bulanan anda.
- Elakkan mengambil 'cash advances' kerana caj yang dikenakan adalah tinggi.
- Sentiasa semak penyata bulanan kad kredit anda dan pastikan tiada sebarang penggunaan luar biasa (fraud)
- Jika ingin berbelanja secara 'online', pastikan ianya dari laman web yang boleh dipercayai.
- Berbelanjan mengikut kemampuan, bukan keinginan.
credit : www.akpk.org.my
21 comments:
saya pelajar, saya tiada kredit kad.hehe
Kalau xperlu..jgn gatal2 pakai walaupun layak..buruk padahnya.haha
ya btul! gud tips.
Totally agree :)
Credit card memudahkan hidup anda, tapi ada limit nya.. Make sure ada duit to pay whatever u bought by credit card.
Masih belum menjadi tuan sebarang kad kredit.
Sebab utama, bila guna debit card pun da rasa terseksa poket lepas beli barang..agagaga~
satu sebab aku tak pakai kad credit sbb aku tak yakin ngan spending control aku..hehe..tapi kad kredit kalau digunakan dengan cara yang betul memang menguntungkan..
Regards,
-Strider-
pujuklah.. rayulah.. memang NO to credit card.
gud3x advice....
sy tak memiliki kad kredit...
jdk sy berbelanja bila perlu..errmm maksudnya bila berduit lebih...hehe
-,-
buat masa ni tkde kredit card.. rasanya tak salah kot nk guna kredit kad tu cuma ikut la cara penggunaan yg betul ni.
betul! sentiasalah semak your expenses. baru² ni call HQ BHP sebab nak trace balik the last transaction minyak. bila representative tu tanya kenapa, jawab je saya nak buat akaun perbelanjaan saya.
Kad kredit... elok janganlah, bila dah ada, tips2 ni pun xteringat dah. Elok guna kad debit saja...
sebenarnya aku teringin nak ada kredit card. tp aku takut...
hahaha! mgkin aku akan perlukannya satu hari nanti...
One of the reasons kenapa saya tidak mahukan kad kredit. Takut hari-hari tertentu saya tidak mampu nak bayar kesemuanya, atau dibelenggu dengan hutang.
Nisa'
Saya kalau ada credit card, shopping tak ingat dunia laa nampaknya...
buat masa ni belum pernah apply. dan InsyaAllah, harap takkan apply sbb tak percayakan diri sendiri yg suka membelibelah.. bhahaha..
menabung demi masa dpn anak2 hehehe
tips yang berguna. saya pun malas nak bawa tunai ni. selalunya guna kredit kad je. senang. nak berbelanja pun memang tak pernah nak lebih2. kena berjimat
kredit kad yang penuh baik dan buruknya hehehehehehehhehe
tapi to tell u the truth aku bayar downpayemnt umah aku pakai kredit kad tau....alhamdulillah sudah settle itu utang kihkihkih....pokok pangkalnya kena tau disiplin itu penting
nak tunggu cash aku cukup nak beli umah mmg la tak beli2 gak umah, so kredit kad adalah jalan tercepat tapi dengan penuh disiplin sila buat repayment dengan kadar segera!
Kalau xyakin..jgn ada terus.
pnah terkena skrg dh slow down, huh...
saya sekarang hanya guna debit card. sesekali terasa macam mahu kembali guna credit card yang sebenarnya berguna untuk book tiket flight atau hotel atau apa saja kecemasan, tapi sekarang saya lebih berfikir panjang.
jawapan saya sentiasa 'no way'. dan kembali gunakan duit yang saya ada sahaja dalam debit card.
:)
dah berhenti guna kad kredit
sebab tak pandai berhemah
Post a Comment