ADVERTHOLOGY
Tuesday, November 12, 2013
mewujudkan, mengawal dan merancang bajet keluarga.
Well, rasanya sudah sampai masanya saya ambil serius dengan isu kewangan keluarga. Banyak perkara yang dirancang untuk masa depan. Dan, sesuatu perlu dilakukan.
So, saya sudah mempunyai buku nota perbelanjaan harian. Atas inisiatif diri sendiri untuk melihat pola perbelanjaan dan mengawal sebarang ketirisan dan ke'terlebihan' belanja....ehhh.
Buku nota tersebut merekodkan segala perbelanjaan harian dari pembelian petrol di Shell/Petronas, susu formula baby aina hinggalah ke pembelian barang dapur yang selalunya saya lakukan di hujung minggu samada di Giant ataupun MyMydin. Cold Storage dan Jaya Grocer saya tolak tepi dulu walaupun 'end product' mereka nampak lebih berkualiti serta servis yang lebih baik tetapi buat masa ini saya belum bersedia memperuntukkan bajet keluarga saya di tempat seperti itu.
Di hujung bulan saya akan 'accumulate' segala perbelanjaan tersebut dan saya bandingkan dengan income yang saya perolehi pada bulan tersebut melalui gaji bulanan dan 'mileage claim' memandangkan kerja saya yang kerap 'outstation' dan diberi elaun tambahan untuk itu.
Apabila income ditolak expenses setakat ini selalunya income akan melebihi expenses, maka itu satu petanda positif dan untuk bulan berikutnya saya akan cuba memastikan positif growth tersebut terus meningkat. Mungkin dengan cara berjimat cermat melalui penggunaan air dan elektrik. Memastikan corak pemanduan dan keadaan kereta terutamanya angin tayar sentiasa pada tahap yang baik bagi memastikan penggunaan petrol yang menjimatkan. Juga mengurangkan 'makan luar' dan lebih kerap masak di rumah.
Apabila langkah pengurangan perbelanjaan seperti di atas berjaya. Langkah seterusnya pula ialah langkah penambahan pendapatan pula. Saya belum sampai lagi ke tahap ini kerana buat masa ini saya masih bergantung kepada pendapatan sedia ada. Tetapi perancangan itu tetap ada. Mungkin melalui pendapatan melalui blog, mungkin juga melalui peniagaan part time, yang mana mediumnya ialah melalui internet. Masih dalam perancangan tetapi saya cuba untuk menambah saluran kebergantungan pendapatan saya kepada pelbagai saluran.
Sebagai permulaan, buat yang simple dulu dan buku nota perbelanjaan tersebut dirasakan yang paling ideal untuk dilaksanakan diperingkat ini. Fasa seterusnya menyusul kemudian.
Hopefully its work :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
Mmg prlu kira budget dan menyusun perbelnjaan ni.klu tak mmg tak berduit la tgh bln..mcm sya..hehe
salam..
perkongsia yg baik.. yup.. kadang2 kita kena kawal pembelanjaan.. kita subaya tidak terlebih.. langkah yg terbaik... buat perancangan kewangan.. setuju tu bro kita kena tambah cra income msuk.. mcm buat part time bisnes.. :)
Betol. saya rasa sekarang kenaikan harga barang sentiasa mendahului kenaikan gaji. So kena pandai bajet dan jimat apa yang patut
Berniaga itu indah..ia sunnah juga..jomm bisnes!!(^_^)
p/s: Sunnah suatu kebanggaan..hehe
suka lah dengan cara kau...
rasa nak tiru :)
juga simpanan untuk si kecil...hehe
simple takpe bro..asalkan kita paham tentang apa yang kita tulis tu..kalau bujang mcm aku mungkin senang nak rancang perbelanjaan bulanan tapi kalau dah bekerluarga mesti lain skit kan??all the best bro...
Regards,
-Strider-
buat catatan segala perbelanjaan keluar memang aku amalkan sedari sekolah menengah lagi. kalau tak tahu duit tu pergi mana, hati rasa tak tenang. even kalau duit tu hilang sekali pun, aku akan tulis, "Hilang! Antu curi!"
Bila adanya perancangan kewangan dan setiap bulan kita laksanakan, maka takde sebab untuk kita tidak cukup duit..
aku ada tapi selalu miss.lupa tu alasan yang selalu aku guna.haishh
kena komited dan kuat!!trimas kerana ingatkan aku yang aku ada buku perbelanjaan bulanan :)
awal2 sem biasanya sy rncg bajet, tapi kebiasaannya gagal. hahaha. xper, usaha tangga kejayaan! gudluck mengawal dan merancang bajet MM. :D
Saya selalu budget macam macam.. buat kiraan.. belanjawan.. tapi mmg byk bocor sana sini.. merancang itu mudah.. menepati rancangan yg sgt sukar sebab perlu kawal kehendak2 yg biasanya ter..ter..ter.. hahaha. Terlanggar plan asal. Nafsu la tu.. haha
Ada kalanya, kalau berfamili kecil macam kau, makan di luar lebih jimat...Jimat wang, jimat gas kat rumah, jimat air tak perlu basuh pinggan...jimat masa...tapi bukan sepanjang masa..ada kalanya..:)
Good luck..aku pun tgh plan..hehe.
MJ pernah buat sebulan 2, lepas tu mai mood malas terus stop smpai kini.. hohoo
Nak kena buat balik ni ;D
Assalamualaikum.
Saya juga ada buat perkara sama, tpi saya menggunakan excel.
Saya save document ni ditempat kerja juga. Total duit yg saya guna untuk lunch dioffice misalnya, saya masukkan juga, lepas makan terus update,hehe.
Kan saya ambil tempahan design kan? Sebelum ni, lebih kepada minat. Bila saya belek2 balik, boleh dtgkan pendapatan lebih kalau saya betul2 serius ttgnya.
wahhh...bagus2..nak jimat elektrik, ada juga tips, tp maybe ramai dah tahu.... jgn biarkan 3pin plug melekat ke dinding sekiranya tdk digunakan. cabut dan pastikan suis dimatikan.
nak buat kira2, kena move side dulu wang yg rasa2nya nak simpan...
hihi....good luck menabung
perancangan yg sgt2 perlu.. pernh dulu buat stp kali beli brg tulis.. tp hanya bertahan tuk beberapa ketika.. lps tu buku nota entah ke mane..
Dalam famili, yang rajin buat calculation ni isteri saya. Saya malas just copy data je, kemudian convert jadi graf. So, senang nak evaluate total budget. Haha. Tapi, dengan kenaikan harga barang sekarang ni, obvious sangat belanja harian kita terpaksa dikurangkan.
buku nota perbelanjaan harian?
orang dah pakai apps la...
hihi
pegi kat agensi kauseling dan pengurusan kredit kalo nak dapat nasihat camne nak manage expenditure..huhu
Jimat berbelanja.. Tapi jimat sangat pun bkn langkah yg bagus sgt... Ia lebih kpd merancang perbelanjaan secara bijaksana.. Alah membeli menang memakai..
selamat merancang perbelanjaan.. ayat2 cm org finance jer..
Saya jg sdh smpi ke fasa ini, perlu merancang per belanjawan :)
sejak sya mula kerja tahun lepas sya dah cuba buat list mcm ni every month. Bila ade list perbelanjaan insyaALLAH kita dapt kawal duit kita dari pembaziran.
Post a Comment