ADVERTHOLOGY

Wednesday, December 4, 2013

mendidik pelanggan bank menggunakan 'electronic banking'



Perubahan adalah suatu keperluan. Dan perlu disokong jika ianya membawa manfaat yang sangat baik. Namun tidak semua daripada kita gemarkan perubahan. Samada ianya baik atau tidak. Kebanyakan dari mereka lebih gemarkan 'comfort zone' yang sedia ada walaupun perubahan yang ada bakal menjadikan mereka lebih 'comfort' Mereka tidak sedar kerana mereka tidak mencuba. Malahan tidak mahu ambil tahu. Cenderung dengan cara yang konvensional.

Automatic Teller Machine (ATM) dan Cash Deposit Machine (CDM).

Berapa ramai daripada kita yang tahu fungsi ATM selain daripada melihat baki akaun dan mengeluarkan tunai?

Mostly ATM yang disediakan oleh bank mempunyai pelbagai fungsi dalam memberi kemudahan kepada pelanggan menjimatkan masa untuk melakukan transaksi yang diingini tanpa perlu melalui kaedah konvensional iaitu beratur di kaunter. Daripada pengeluaran tunai dan pemindahan dana sehinggalah kepada pembayaran bil dan menambah nilai kredit telefon bimbit anda. Malahan ketika ini pemindahan wang dari satu bank ke bank lain juga boleh dibuat melalui ATM dengan charges yang lebih rendah dan pengkreditan serta merta. 

Jika anda pemegang kad debit bank islam dan bank rakyat, anda juga boleh link kan kad anda dengan akaun tabung haji. Dalam erti kata lain, pengeluaran tabung haji dan pendaftaran haji juga sudah boleh di buat melalui ATM. Lebih fleksibel dan menjimatkan masa anda bukan? :-)

Sebenarnya banyak channel telah diwujudkan oleh pihak bank untuk membantu pelanggan mengelak dari kesesakan di kaunter. Selain daripada ATM, CDM dan Cheque Deposit Machine (CQM), pelanggan juga ada option lain iaitu internet banking dan mobile banking.  Diakhirnya, pilihan tetap ditangan pengguna samada mahu menggunakan kemudahan elektronik yang disediakan ataupun tetap menggunakan cara lama iaitu beratur menunggu giliran di kaunter. Tepuk dada, tanya selera.




19 comments:

Nong Andy said...

Ya... byk perubahan... contohnya. Transaksi online kini 10sen saja.. kalau dulu rm2

4feet8 said...

sy prefer bayar loan kereta di kaunter sbb tulisan resitnya takkan hilang drpd di atm baru beberapa minggu sudah kosong kertasnya. hehe.. maaf ya org bank..

khaifaiz said...

aku byk guna online banking

whitecappuccino said...

akak guna kemudahan atm n internet banking sepenuhnya...takde dah q kt bank tu :) jimat segalanya.

ma ❥ said...

cuma bila masa nak guna CDM kene standby duit lebih. selalu bukak katop mesin tu reject duit kita. orang belakang beratur panjang asyik terjengah2 dari belakang. kalau kata nak beli barang harga RM 71?? adakah patut lebihkan RM9? kalau sen2 memang boleh pejam mata ler...lagi satu ink pada slip bank macam senang kabur tulisan nya... kalau setakat bayar barang terus dapat takpe simpan slip paling lama seminggu je. kalau bayar hutang? statement sampai setengah tahun sekali? nak mintak statement pon kene bayar skarang ni.... hahaha err ni kaunter aduan bank kan? haha saya pilih cara kaunter :)

aizamia3 said...

jarang gunakan mesin untuk selain dari keluarkan duit.. biasanya lebih senang dengan internet banking tapi ada jugak sesekali gunakan perkhidmatan kaunter dorang.

t.a.t.a said...

aku tahu semua fungsi di ATM itu. tapi aku tak pernah guna dan tak nak guna. kalau bayar bil atau topap phone lebih baik bayar atau beli di tempat lain.

kenapa?

sebab bagi aku ia nya melewatkan waktu untuk orang belakang nak guna untuk keluarkan duit. kalau masa tu memang tak de orang, okay no hal. tapi kalau ada orang baik la cepat².

aku tak tahu kenapa kalau pergi ATM atau CDM aku nak cepat blah aje. itu la tempat yang aku tak boleh nak lepak lelama. lepak sebab tunggu giliran pun aku risau. risau kekalau tengah dok menunggu tu ada orang masuk acu senapang. huhu.

office aku dekat dengan bank. turun tangga belok kanan terus masuk pintu ATM. aku turun tengok lebih dari sorang aku naik balik.

also bila bayar bil memang depa akan print-out slip kan? tapi slip itu ada kalanya tak keluar sebab slip dah habis, orang bank lupa nak inform dan lupa nak masukkan baru atau dakwatnya pudar masa itu juga atau lama-lama akan pudar. satu hal lagi nak fotostat kalau nak difiling. so lebih baik bayar bil guna online banking sahaja.

apa pun itu cuma pendapat peribadi aku je, tiada kena mengena dengan yang lain.

t.a.t.a said...

4feet8, aku bayar loan kereta guna maybank2u. transfer pada Giro. bayar extra 10sen aje. slip boleh terus print, clear mlear lagi. haha

Anonymous said...

saya pentingkan slip bembayaran , mesti ada ...

Aimacomel said...

ada pro, ada kontra nya.
yg penting ikut kesenangan masing2 dan tak menyusahkan org lain. kalau org tu prefer utk berbaris di kaunter, siapa kita nk paksa dia utk ke mesin kan. tapi kalau mmg dia dah terbiasa utk memudahkan, just go on.
Cuma setuju sgt dgn bro sbb seseorang tu ppayah nak buat perubahan sebab dah selesa sgt berada di comfort zon. jadi, utk dia buat satu gerakan perubahan tu mungkin agak payah. tak cuba dia takkan pernah tahu kan.
tapi ada juga seseorang tu takut nak buat perubahan sebab takut buat salah. Contoh mcm saya, saya mmg taakut kalau terbuat salah sbb kesilapan tu pasti akan menghantui hidup saya selagi sy tak perbetulkannya.

Adriannasyaz said...

Sya tau keluar duit kt atm je..yg lain sya x tau..huhu..nk kna blajar jgk sikit2 menda yg pnting ni :)

miranadia said...


pendaftaran maybank 2u saya masih tidak sempurna. uwarghhhh.

Azlan Strider said...

so far electronic banking yang aku selalu gunakan ialah maybank2u..itupun untuk membayar semua kemudahan bil utilities...

Regards,
-Strider-

APAN said...

guna ATM or CDM selalu tp just utk keluar or masukkan duit...
urusan lain lebih selesa guna online banking. kalau kat ATM rasa lama la pulak, kesian ke orang yang beratur kat belakang. melainkan mesin yang disediakan banyak, so xde la segan sngt nak gunakan fungsi lain yg ada kat ATM tuh

Ujie Othman said...

Saya pengguna online banking. Dok dlm rumah tapi boleh buat mcm2..termasuk top up kan hp mak kat kg nun. Senang..

ch000tz said...

online jerrrrr habis citer...teknologi kan ada nowadays

Amaliena Ros said...

sekarang bayaran yuran pengajian dan pendaftaran boleh dbuat d cdm atau atm..memang jimat masa..tak perlu nak beratur.tapi bg yang kurang mahir atau dah biasa di kaunter, risiko kerugian wang yang d tranfer memang tgi..dah ada pelajar yang salah masukkan amaun yuran..terlebih masuk katanya,,haishh rugi juga..dan bg saya guna machine lagi senang..kalau kat kaunter, bank islam mostly, diorang akan mintak komisyen 70 sen untuk setiap urusan..

Anonymous said...

Aku suka g counter lg sbb mls duk office..hahahahah

Tinta Lana said...

Salam.

Abgiwan, topik ni menarik. Komen2 yang ditinggalkan pun, seronok plak saya membacanya,hehe.