ADVERTHOLOGY

Monday, December 2, 2013

mengenai cyberjaya



  • Hartanah
Nilai hartanah di sini agak tinggi dan bakal terus meningkat tinggi pada masa masa yang akan datang. Jika anda ingin membeli rumah di cyberjaya, samada untuk bermastautin di sini atau sekadar aset untuk dijual semula, ianya sangat berbaloi. Cuma pastikan anda benar benar mempunyai duit yang mencukupi atau lebih dari mencukupi kerana kos hidup di sini juga agak tinggi. Shopping complex yang mempunyai Jaya Groceries, bowling dan panggung wayang sedang dalam pembinaan.

  • Masjid
Saya agak terkejut apabila mendapati tiada masjid di Cyberjaya buat masa ini kerana ianya masih dalam pembinaan. Untuk hari hari biasa mungkin tiada masalah kerana bagi yang bekerja di sini boleh mengerjakan kewajipan mereka di surau tempat bekerja tetapi masalah timbul apabila ingin bersolat jumaat. Kawasan tumpuan ialah di masjid multimedia universiti dan surau bomba cyberjaya yang mendapat kebenaran menganjurkan solat jumaat buat masa ini. Keluasan kawasan yang terhad. Datang lambat, siap siap bawa sejadah sendiri. Kebarangkalian untuk bersolat di atas tar sangat tinggi.

  • Internet coverage
Saya tidak pasti jika hanya saya yang mengalaminya. Saya pengguna data internet celcom dan coverage celcom di sini amatlah mendukacitakan. Internet provider yang lain saya tak pasti pula macam mana penerimaannya. Mungkin kena tengok area juga. Ada tempat OK, ada tempat KO. Tapi area saya confirm KO. Kadangkala terfikir adakah saya benar benar berada di 'cyber'jaya. 

  • Makanan
Takkan pernah kekurangan pilihan apabila berada di cyberjaya. Restoren Arab merata rata. Saba Restaurant yang paling terkenal untuk hidangan makanan arab. Peminat steambot boleh ke 'shabu shabu' di shaftbury square. Perbagai kedai makan ada di 'domain' dan medan selera stesen bas cyberjaya. McD, kfc, pizza hut dan starbuck pun ada. Mamak? mustahil takde.




ps : Entry ini adalah hasil pemerhatian dan pandangan peribadi saya ketika bertugas di cyberjaya. Bermula minggu lepas hingga februari 2014 saya akan lebih kerap bertugas di sini.




20 comments:

t.a.t.a said...

Sabtu ahad sahaja di sana atau hari-hari biasa juga?

ma ❥ said...

selamat menjadi warga cyberjaya err warga 'sementara'

Anonymous said...

rasa macam lambat sangat cyberjaya ni nak membangun (tahap matang). rasanya la...

aizamia3 said...

Moga cepatlah siap pembinaan masjid di kawasan itu hendakNYA.

khaifaiz said...

aku tak pernah jejak ke sana... nanti kalu ada masa nak layan nasik arab kt sana

ewanthology said...

@tata : weekdays

intanfirdaus247 said...

Selamat menjadi warganegara Cyberjaya...hehe..segalanya mahal..zaman akan datang entahlah camner

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Selamat .....

Anonymous said...

Satu hari nnt male..aku akan berada disana..kerja..masa tu kita boleh minum sama?

budakbandunglaici said...

dah lama tak pergi cyberjaya. last pergi hari trip ke limkokwing

Mijie said...

Masjid tu tapaknya dah ada tp tak tahu bila pembinaan nak dibuat

Cyberjaya mmg kalau nak beli rumah utk buat aset or invesment mmg berbaloi

Segala kelengkapan ada..kedai mkn mmg byk pilihan

4feet8 said...

tentang coverage celcom, boleh buat aduan di website celcom dgn nyatakan nama kawasan tersebut.

ewanthology said...

@daniel hakim : boleh je tp takut nnt bila ko mula kerja sini, aku pulak yg dah ke tempat lain, task kt cyberjaya ni on temporary basis je,,, huhu

reenapple said...

Tak pernah jejak kaki ke situ pun

Aimacomel said...

maaf, saya org kampung jadi tak tahu cyberjaya tu kat mana =)

Azlan Strider said...

cyberjaya masih tiada masijid yang dibina??ya allah..info ini baru aku tau bro..sepatutnya kumudahan sebegitu seharusnya di sediakan dahulu tanpa mengira ade orang ataupu tidak...

Regards,
-Strider-

APAN said...

point pasal celcom tu macam x percaya lak. x cyber sngt la kalau mcm tu

ch000tz said...

sebeb dah terlalu cyber sangat lah jadi mcm tu kot....sebab tu ramai terlalu ramai warga asing kat sana tu esp kat MMU tu .....>_<

Ooh Deo said...

Belum pernah ke cyberjaya, melintas pun tak pernah.. jd xleh bayangkan macamana cyberjaya..hehehe

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Banyak kali juga saya berulang alik kesana..salu ke bangunan TM tu. Sebelah saja pun dgn putrajaya..

Dari segi hartanah, apa yg tertulis diatas betul. Internet coverage ko..ok, mmg tak cukup cyber rupanya,hehe.

Masjid mmg takda..saya pun awal2 dulu, terkejut juga. Tapi ikutkan, cyberjaya awalnya, mmg takda penduduk. Tiada kwsn perumahan, kecuali kuarters bomba. Harapkan org dtg bekerja disitu saja. Dulu boleh kata mcm bndr koboi juga. Dan bru bbrpa thn kebelakangan ni je, pembangunannya agak rancak. Dari rumah sya ni pun, boleh nmpk bangunan tinggi bnyk naik.

Makanan..bagi saya mahal sedikit dri putrajaya..sya bandingkan antara kedai mamak jela,hehehe