Nature pekerjaan saya ialah perlu ke sana sini sebagai staff pengganti mana mana cawangan yang kekurangan staff. Dalam erti kata lain saya tidak tetap disesebuah cawangan dalam jangka masa yang lama. Kadangkala di Kajang, Bangi, Semenyih, Bandar Tasik Permaisuri dan kadang kadang di area N9 seperti di Nilai.
Cumanya sekarang ini saya perlu relief staff di cyberjaya selama 3 bulan kerana ada staff yang cuti bersalin. Sekarang baru 2 bulan berulang alik ke sana tetapi kebosanan mula melanda.
Keluar kerja, melalui jalan yang sama tiap tiap hari. Parking di tempat yang sama. Jumpa pak guard yang sama, staff yang sama dan sudah tentu environment kerja yang sama. Even, lunch pun di tempat yang sama dan menu yang sama.
Barulah saya tahu yang saya ni cepat jemu orangnya.
Rakan rakan lain tak bosan ke buat benda yang sama tiap tiap hari? Hehehehe.
15 comments:
kalau hari2 bt benda yg sama je memang bosan..tapi kalau dah tugas nak bt macam mana...hehe
Aku pun melalui rutin yang sama setiap hari, kecuali hari ponteng. Cara kurangkan rasa bosan, aku akan target sorang guard yang ngam sikit. At least bila balik tu boleh la sembang sekejap...
Fyi, aku ada masalah follow blog ni. Takde update dalam bloglist. Rasanya elok kalau letak widget 'follow by email' tu.
Oh patut ada gambar kat semenyih :)
@smbotak : done tuan, maaf atas kesulitan :-)
memang terasa bosa apabila melakukan rutin yang sama setiap hari.. nak tak nak kena hadapi juga..
nak buat camno.bosan2 pn dah kerja..layankan je hehee
setakat ni okay ja. Tapi tetap nak benda baru jugaklah.
Bosan juga. Sebab tu aku cuba cari sesuatu yang lain. Ahaaa
terpaksa redha dengan perkara yang sama
aku ni sejak darjah satu pergi sekolah
sekarang dah tua bangka masih juga ke sekolah
huhu
sy pun sama mcm botak. tak perasan wan dah updated blog sbb tak update kat bloglist.
tak bosan, sbb kerja pelbagai. jumpa org pelbagai. cuma bosan part mkn je. sbb kedai kat sini menu yg sama.. nak keluar, takut buang masa lunch hour..
bosan gak bro...kena plak macam aku bekerja dengan proseduer..benda yang sama buat tiap2 hari..sib baik lain projek lain problem..rasa laa skit perbezaanya..hehehe
Regards,
-Strider-
kt cyber eik..mne? xnmpak pun?
Salam.
Lambatnya abg iwan sedar yg abgiwn jenis cepat jemu.
Saya mmg tahu saya jenis mcmtu,hahaha
Saya dah bosan menulis diblog. Nak bercuti jap.
Bosannya sangat..rasa mcm duduk dekat District 13,panem!! Pengaruh Hunger games;-)
Aku rasa kalau kau jadi interrior designer mungkin kau xjemu buat benda yg sama male.
Post a Comment