ADVERTHOLOGY

Monday, February 10, 2014

mengenai kursus




klcc pedestrian tunnel

Jumaat yang lalu saya menghadiri kursus di Head Office di Jalan Perak, Kuala Lumpur. Kursus yang selalunya saya dapat concentrate untuk 2 jam pertama dan 'lost' untuk jam jam yang seterusnya. Tinggal badan je kat situ. Fikiran melayang entah ke mana.

Menjadi kebiasaan apabila perlu berkursus saya akan memilih menaiki tren daripada melayan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur yang kejam. Dari ERL Salak Tinggi ke KL Sentral. Kemudian naik tren RapidKL ke KLCC. 

Yang saya nak highlight kan di sini ialah,

Dari KLCC (baca: city center) saya akan berjalan melalui pedestrian tunnel ke KLCC (baca: convention center). Kemudian berjalan lagi melalui pedestrian bridge hingga sampai ke Head Office. Pergi dan balik saya jalan melalui route yang sama. Berat badan saya turun 2 kilogram.

Cuba bayangkan kalau saya kursus 2 hari, maka saya akan kehilangan 4 kilo. Cuba bayangkan pulak jika saya kursus 5 hari, hilang 10 kilo. Cuba bayangkan pulak...... kemudian cuba bayangkan lagi.... kemudian dan kemudian lagi...


Haaaa, cuba bayangkan.





15 comments:

Unknown said...

wah.. berpeluh tu nak berjalan. cuba kalau pakai heels..rasa nak patah buku lali..

HeNRieTTa JoSe said...

Uiks...terbayang bayang rietta...wah....kurus kedeking jdinya....hehehe...

Zaza Abdul Latif said...

cuba bayangkan... cuba bayangkan.. cuba bayangkan... tiba2 tinggal tulang je kalau sebulan kursus di HQ ;P hahahhaha

ellynadyra said...

hahahhahah pastu tinggal bayangan aje

Azlan Strider said...

fuh..memang jauh bro..tapi lalu dalam tunnel tu rasa laa sejuk sikit..hehe..kalau ikut luar mau bermandi peluh sampai opis..hehehe

Regards,
-Strider-

t.a.t.a said...

Tapi kalau lepas berjalan dan berjalan dan berjalan itu, kau singgah di mamak, rembat roti canai 3 keping, teh ais gelas besar 2 cawan, dan kau ulang yang lebih kurang sama waktu lunch dan dinner supper lagi, kg kg itu tak kan hilang. malahan akan bertambah lagi.

Nong Andy said...

Kalau macam tu saya teringin menganti kan kamu pergi kursus selama 5 hari dan dengan harapan berjaya menurunkan 10kg berat badan saya hehehe.. :P

whitecappuccino said...

habis kursus terus kurus!

APAN said...

amek protein bro...katang terus nanti. haha...

tehr said...

tahniah, bro

cuba bayangkan kalau
tak ikuti sebarang kursus
tak buat sebarang senaman
selama beberapa tahun

cuba bayangkan...

EH - Ekslamasi Holistik said...

Seronoknya kalo berat badan berkurangan kalo mcm tu x pyh la g London Weight Management...

Pha Is said...

cuba bayangkan dalam masa setahun plak.. x dapat nk bayangkan.. hahaha

Unknown said...

bayangkan bro tinggal tulang ... hehehee

Unknown said...

haha..ok xterbyg...mkn byk2 sblm bergerak..lepas tu , balik makan lagi..lepas tu mkn lg..bole x klo mcm ni..eheh

Anonymous said...

Tgh bayangkan apa yg kau akan makan pula male.hahaha