Nak dekat seminggu baby aina hidap selsema. Setiap malam 2,3 jam sekali confirm terjaga dan menangis sebab hidung tersumbat. Sudah diletakkan dalam posisi tidur yang betul untuk mengelak dari hidung tersumbat tetapi budak kecik ni apa yang dia tahu, asyik nak berguling je dan tak suka tidur atas bantal.
Solution? Nasal spray. Paling efektif walaupun kurang selesa pada mulanya. Even kalau hidung saya tersumbat pun kalau boleh saya tak suka guna benda ni tapi since tiada pilihan lain yang ketara pada masa ini maka itulah yang terpaksa dibuat. Baby aina tidak selesa apabila hidungnya di spray tetapi tak lama selepas itu mulai selesa dengan keadaan hidungnya yang tidak tersumbat lagi. Bagi susu dan sambung tidur.
Anyway, mencegah lebih baik dari mengubati. Mungkin saya perlu vacuum rumah dan bahagian dalam kereta dengan lebih kerap since habuk boleh menjadi penyebabnya. Yup, dengan kepenatan bekerja dan kekurangan tidur, saya masih boleh melakukannya. Ianya di dalam kawalan saya.
Bagaimana pula dengan perkara yang diluar kawalan? Misalnya jangkitan virus dari kanak kanak lain di rumah pengasuhnya. Untuk sebab yang itu, nothing much i can do.
28 comments:
sesetengah baik utk imunisasi dan mencegah lebih baik kan
aku nak bagi pendapat, aku anak pun takde lagi..kalau nak bagi idea jemur carpet kat luar umah pun tengah tak sesuai pasal jerebu sekarang nie..hehehe
Regards,
-Strider-
sekarang ne musim panas sangat.banyak budak2 yg demam..semoga cepat sembuh baby aina.
bahaya untuk anak2 kecik tambah pulak keadaan cuaca yang buruk.. semoga baby aina sihat.
Sejak ada anak ni, saya jadi lebih rajin mengemas rumah. Sebabnya, anak saya ni alergi pada habuk. Memang kena bersihkan rumah selalu untuk elakkan debu dan hama.
baik, mencegah lebih baih dari mengubati. baby Aina..copek sembuh ye!
Pray your speedy recovery baby aina..
Harap Baby Aina cepat sembuh
Cuaca sekarang ni juga yang penyebabnya...atau ada alahan lain2..
insyaallah..moga aina cepat sembuh.. :)
dah cuba Miracle Refreshing Spray...ada pati mint yg melegakan hidung yg tersumbat...sapu kat belakang leher bayi..
Betul tu... kalau dirumah sendiri bolehlah nak kawal sana-sini tapi bila berada dlm asuhan yg ramai anak-anak memang susah. Jgn kata anakanda Aina yg masih kecik, kalau di tadika tu bila satu budak dah selsema nanti tak lama satu-dua-tiga akan kena sebab itu tak sudah asyik selesema memanjang... bila dah sekolah kebangsaan barulah lega sikit. Antibodi dah kuat...
seminggu skali, jemur tilam dia, kerap basuh alas tilam, tuala dll
jgn berkongsi barangan dgn baby aina
musim2 jerebu ni lagi la tambah masalah
tinggikan bantal time dia tido
kalau ada penapis udara kat rumah lagi bagus
saya sewa dari coway RM100 sebulan
alhamdulillah ada perubahan utk keluarga!
eh ni bukan promo coway
saya tak jual
tapi byk brand lain gak
cubalah survey ye!
oh lupa
lagi satu
jgn basahkan kepala dia
itu petua aku selalu amalkan
jadi selsema dia cepat baik!
busuk sket la rambut tu kan hehehehhee
tu dia aih, pesanan khidmat masyarakat dari elly nadira.
fuhh..various comments yang menarik.....
Regards,
-Strider-
cuba guna Sterimar Nasal Spray..
tak pun, cuba inhale wap yg dah mix with habbatus sauda..
Saya pun guna spray atau ubat titis jika perlu. Budak2 dan selsema tidak dpt di pisahkan...
letak dalam peti ais ok sikit kot...
semoga aina cepat sembuh...
bnyk tips dikongsikn kt sini.. dr entri, smpilh ke komen rakan blogger.. nice sharing :)
semoga dak kecik ni cepat sembuh :))
@daddy ziyad : sememangnya sterimar nasal spray tu yang baby aina guna sekarang. so far, memberi kesan yang cepat untuk melegakan hidung tersumbat.
aiza yang dewasa ni pun tak tahan dengan habuk, mesti bersin kalau rumah banyak habuk.. semoga baby aina cepat sembuh..
heeeee...
something new here ;)
thank s for the info..
ne nak taw...ade anak 1 ari nanti kan? ;)
cuaca tak menentu skrg ni... usahkan kanak2... orang dewasa pun sama gak
yeah..mencegah itu lebih baik..=)
macam adik saya pun demam sekarang, dan saya selesma. maybe sebab keadaan cuacayang sangat terik kot :)
Jgn sampi kena resdung..
Post a Comment