- Sebelum pergi kerja, kejutkan baby aina, bagi minum susu dan tukar diapers. Hantar ke rumah pengasuh. Barang keperluan lain spt stok baju, diapers dan solid food mama aina dah sediakan.
- Balik kerja, perlu ambil baby aina 10 minit sebelum maghrib. Kalau tak sempat kena ambil 10 minit lepas maghrib. Baby tak elok berada diluar rumah waktu maghrib.
- Baby aina minum susu lebih kurang 3 jam sekali dan 4oz untuk setiap sesi.
- Baby aina makan solid food 3 kali sehari iaitu pada pagi, awal petang dan malam. Satu daripadanya ialah buah buahan (betik/pisang/tembikai susu/pea) yang di 'steam' dan dikisar halus.
- Barang keperluan baby aina seperti diapers, susu, wet tissue dan sabun mandi perlu dibeli 'double'. Satu untuk stok dirumah dan satu lagi untuk diberi kepada pengasuh.
- Botol susu dan bekas makanan baby perlu dibasuh dengan sabun cucian yang dikhaskan untuk baby. Begitu juga dengan pakaiannya.
- Tidak bertolak ansur dengan tahap kesihatan baby. Dapatkan rawatan segera dan beri ubat mengikut jadual yang disarankan. Jika perlu mengeluarkan wang lebih untuk kesihatan baby. Lakukannya tanpa ragu ragu.
- Pada usia dibawah 1 tahun, kerap keraplah dukung baby. Ianya mampu merapatkan hubungan dengan baby. Lagipun nanti bila dah semakin membesar tak larat pulak nak dukung dah.
- Cuba sedaya upaya untuk menggunakan sepenuhnya cuti tahunan yang ada bagi memastikan masa baby lebih banyak diluangkan bersama ibu bapa dan bukannya pengasuh. Ini penting bagi memastikan baby lebih rapat dengan ibu bapanya berbanding pengasuh.
- Lakukan segala tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh dedikasi. Tidak perlu melakukannya dengan sempurna kerana tiada yang sempurna di dunia ini. Cuma cukup sekadar melakukannya dengan baik.
ADVERTHOLOGY
Tuesday, March 11, 2014
how to be a good dad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
37 comments:
So sweet.... untung baby aina ada ayah yang penyayang dan boleh bagi perhatian penuh pada dia
wah... byk belajar ni.. tq
Good job dad!
pernah juga stress jg anak buah yg terlalu bijak.. pening2..rasa nak meletup rumah. esok2, kalau susah2, hantar kat ayahnya tuk take over.. hehe
wah..ni mmg good daddy ni. siap tulis list. tahniah!
these are some great tips for daddy-to-be kat luar sana :) thanks wan.
bila semuanya lengkap confirm tak kelam-kabut nak uruskan baby aina.. ;)
Yess!! memang dah layak jadi papa yg thumbs-up! Siapa yg belum tahu sila baca N3 ini.. kakak suka:)
point no tujuh tu sangat bagus bro...kesihatan kanak-kanak sepatutnya tak boleh nak kompromi sebab imunisasi badan mereka tak macam kita yang dewasa nie...
Regards,
-Strider-
Shoo shuitt. gud job dad!, heewww
setuju 200%.
Kepada yg hantar anak ke pengasuh, cari masa at least weekend / malam lepas balik kerja, utk spend QUALITY time with kids
seorang bapa yang bagus.. harus menjadi contoh kepada bapa-bapa lain juga.. untung baby aina dapat ayah yang baik..
terbaiklah..
nt nk suh suami baca.kot2 nt dh ada bby sng
Thums up
Alaaa..salah eja.malunya..
yeah...a good dad... ^_^
bangga baby aina punya ayah terbaik macam ni... (y)
gud daddy...bertuah baby aina..:)
baby Aina mesti ingat jasa ayah ini.
wahhh ! kene belajar nie...ahaks...tiada yang sempurna melainkan melakukan tanggungjawap itu dengan baik..ok tq...
comel2 barang susu baby aina...huhuhu
yup ! lakukan dgn ikhlas bkn sekadar tanggung jawab .
waa bagusnyer...bertuah aina dapat daddy yang terbaik...betultu kita kena melakukan tanggungjawab dengan ikhlas dan terbaik...
thanks bro. walaupun aku tak kahwin lagi, at least tip2 macam2 ne dah bole prepare sikit :)
wah bgus..good daddy :P
singgah malam :)
singgah malam :)
well done daddy...!!!
alllooooo comelnya daddy ni.. so sweetttt...
bagusnya ayah baby aina..semuanya dilistkan..btw, good job, anda sedang berusaha untuk jadi ayah yg cemerlang..
bagusnya ayah baby aina..semuanya dilistkan..btw, good job, anda sedang berusaha untuk jadi ayah yg cemerlang..
alhamdulillah ayah yg baik..;-)
banyak jugak yer tanggung jawab bila dah ada anak ni.. hmm.. macam mana la keadaan saya nnti bila dah ada anak sendiri..
mana gambar baby aina??
wow.
complete barang aina...
nota yang baik
:)
Alhamdulillah kehidupan setelah mempunya ahli keluarga ketiga yg comel.. Moga hidup lebih berseri dan poenuh dengan kecerian :D
Salam Kenal juga :D
alhamdulillah
untung miss beautiful
untung baby aina
syukur!
mesti miss beautiful sayang berganda2
kudos la daddy!hehe...keep up the good work!beruntung aina dpt daddy mcm awak.
nice sharing, bro.. be a gud daddy ^^
Post a Comment