ADVERTHOLOGY

Tuesday, April 29, 2014

bising bila jalan sesak, pelik bila jalan lengang


Isnin dan selasa baru baru ini saya sekadar menghabiskan masa di office di bandar kinrara sebelum memulakan tugas di semenyih dan port dickson sehingga minggu hadapan. 

Bila kena masuk office ni satu satunya perkara yang paling malas nak tempuh ialah kesesakan lalulintas di area stadium bukit jalil dan technology park yang selalunya sesak pada waktu pergi dan balik kerja. Itu laluan yang biasa saya lalu kerana saya datang dari arah MEX highway.

Tapi berlainan pulak sepanjang dua hari ni, perjalanan lancar walaupun petang isnin tu hujan lebat. Rasa pelik pulak. Yang baiknya ialah boleh sampai office dan sampai rumah lebih awal. Tapi tertanya tanya jugak kenapa jalan yang selalunya sesak tu boleh lengang dua hari ni. 

Ramai yang cuti ke?
Dah ada laluan alternatif lain ke?
Semua yang kerja area situ balik lewat buat OT ke?

Hurm...nampaknya saya perlu berhenti memeningkan kepala memikirkan benda benda remeh macam ni.




11 comments:

reenapple said...

Ya betul Tak ada kaitan pun dengan kau., Yang penting, kau tak terlibat dalam kesesakan lalu intas utk 2 hari ini. Muehehehe

Time Traveller said...

Hahahaa.. betul jugak tu... bila dah lengagng tu jgn fikir apa pun.. syukur saja lah :D

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Selalu juga jadi macam ni.

Sofea said...

wa cuti setiap isnin.. untuk u all pergi kerja dengan tenang.. hehe

Anonymous said...

Sehari berapa jam habis masa dlm kereta male?

ewanthology said...

@daniel hakim : klu masuk office, 1 jam la average sehala

Unknown said...

org ambil kesempatan cuti selit ni agaknya..

t.a.t.a said...

Manusia ni kan suka memelikkan diri. Jakun. Tengok benda asing sket aje, dah jakun. Siap masuk suratkhabar lagi. Huhu.

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

sama dgn saya haritu pelik ngan PV blig saya. hehe... memang pelikkan?

Bitt (double IS) said...

ramai cuti tuh...hehehhee

APAN said...

kalau kene kat aku pun, boleh pelik kot...
mende hari2 jam, tiba2 lengang