ADVERTHOLOGY

Friday, May 23, 2014

do it myself



sebelum

Saya sememangnya kurang berpuas hati dengan hasil keje electrician yang buat pemasangan water heater rumah saya ni. Selain daripada keadaan dinding yang berlubang lubang, hose yang tidak cukup panjang membuatkannya 'patah' dan hasilnya air yang masuk kedalam agak sedikit. Mandi pun tak puas.

So, kebetulan ambil cuti hari ini dan tahap kerajinan yang boleh diharapkan. Saya pun mengambil keputusan untuk 'do it myself'. Malas nak call electrician tu dan kalau nak panggil electrician baru rasa macam membazir pulak kena bayar upah untuk benda benda yang kecik ni.

Saya ke kedai elektrik membeli water heater hose 48"
dan casing wayar untuk menutup lebihan wayar yang ada. Hose tersebut berharga RM22. Saya tak buat survey harga pun sebab benda ni sekali sekala je beli dan tak nak membazir masa dan minyak kereta. Takut juga kerajinan yang ada menjadi semakin pudar ketika asyik survey harga hose tu.

selepas

Hasil kerja amatur. Faham faham sahajalah. Tak berapa nak kemas. Hose tu nampaknya terlebih panjang pulak. Tapi takpelah asalkan air kuat masa nak mandi.





17 comments:

Azlan Strider said...

untung isteri ko ade suami yang boleh buat keje umah DIY ini...hehehe..

Regards,
-Strider-

EH - Ekslamasi Holistik said...

Mcm tema hari guru tahun ni dah, Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi... Heheeee
Tahniah sungguh kreatif!

aizamia3 said...

gambar sebelum tu memang nampak pendek hose tu sampai bengkok.. camane air nak masuk dengan banyaknya.. part dinding berlubang2 tu yang jadi tak comel.. :(
clap3x.. untuk diri sendiri..

Unknown said...

pasni kene standy pita pengukur, cutter dan ahli keluarga dalam toolobox. utk kerja-kerja dihari kemudian. mm, yg berlubang tu, electrician tu tebuk ke? pasni kalau kerja-kerja pasang ituini, wan kena awasi tgk dia buat kerja barulah sempurna. main belasah je electrician tu..grr

ewanthology said...

@Ha Md : masa ni duk kat keramat lagi, malas nak ulang alik ke enstek nak monitor kerja diorg, just bg kunci dan bg keprcayaan...x sangka plak jadi teruk macam ni. nampak macam electrician profesional, tapi hampeh.

SuzieLAWAti said...

kerja2 DIY sebenarnya memang puas hati.. dan jimat kos... beli barang pasang sendiri.... :)

kadang nak harap penukang ni... kite di tukang nya balik.... ;(

Chot said...

hebakkk. Bole koling2 kalo perlu

bukankosong said...

aku suka xplore tang DIY nih

sbb yg kemas nya umah kita dak?

huhu

JR said...

Panjang pendek masalah kecik aje... Yang penting air mengalir laju dan keselamatan terjamin.

Saya ada benda2 tak berani buat sendiri terutama jika ia melibatkan kerja2 elektrikal...

Sofea said...

apa punya technician yang pasang tu.. ko patut suruh dia buat betul2.. ni melibatkan air dan elektrik. U know what i mean.. bahaya tau..

sobri yaacob said...

jimat bila buat diy sendiri..pling penting puas hati

reenapple said...

kekadang buat sendiri lagi puas hati dari suruh orang lain.

dilabangiWORLD said...

Bahagia isteri camni
sebab suami leh uat DIY cam ghini
tak yah panggil mamat plumber ke
lagi kemas erk uat sendri wan
tapi ingat tu letrik jugek tu
tarif letrik dah naik ni hehehe

Shahrul Yusof said...

Kejuruteraan sendiri jugak puas hati kalau nak repair-repair ni. Kadang panggil orang ambik upah ni pun, bukan semua yang buat kerja senonoh. Kadang ntah mende-mende dibuatnya.

Tapi tu la, nak buat sendiri ni, masa nak buat tu pun kadang takda.

caliph shuriken said...

bole DIY mmg terbaikk ^^

APAN said...

nmpk sngt pengaliran air tersekat di skala 7...
pnjang sekt xpe la...nnti amek cuti lg bro, kasi trim

Anonymous said...

Mandi air sejuk pagi2 bagus utk kesihatan male..