Kunjungan ke Port Dickson buat kali kedua dalam jangka masa tak sampai sebulan. Cuma jika ke grandLexis adalah untuk ber'cuti cuti malaysia', kali ini ke waterfront PD adalah atas urusan kerja. Sengaja memilih hotel ini kerana lokasinya yang tidak jauh dari tempat kerja dan harganya yang lebih murah.
Jika memilih untuk menginap di hotel ini pastikan anda memilih bilik
yang mengadap laut kerana selain daripada mendapat view yang menarik, biliknya juga lebih luas dan mempunyai balkoni yang
mengadap laut. Range harga dalam RM150-RM250 semalam. Mahu yang lebih murah boleh memilih bilik deluxe queen yang mengadap pekan dengan keluasan bilik yang lebih kecil tanpa balkoni. Since saya datang bersama keluarga, saya memilih bilik yang lebih besar untuk keselesaan mereka
Tiada sarapan percuma disediakan di hotel ini tetapi jangan risau kerana lokasinya sangat berhampiran dengan pelbagai resoren seperti
paparich, restoren arab oasis, kenny rogers, mcD, starbuck dan banyak lagi.
21 comments:
I need a vacvation !!!huwarrr
takde breakfast pun takde hal la kan, tempat makan banyak. (kalau aku, mesti dah bawak joran sekali)
bagus jugak eh..
kot2 kalau sesat2 nak ke PD nnt boleh stay kt sini.. murahhhhhh
luas ek..hmmm..boleh dipertimbangkan utk cuti2 pasni..hehe
nampak ok selesa... dengan harga pun ok :)
Kalau g PD, blh jgk stay kt hotel ni.
Yg Ptg blk menghadap laut.
Seronok tu!
botak, pancing awek kah?
adehh..bila dpt bercuti ni.wekend dh xda..keje manjang
aik? your wife pun sekali cuti?
besaqnya hall dia..
seronok kerja sambil bercuti... dapat bawa family
Dah lama tak ke PD...kali terakhir berbelas tahun dulu....
Oh maii... vacation lagi. even pergi atas dasar kerja. hehehe
Aku cemburu.
murahnye kalo range harga tu..cuti sekolah dah dekat ni..boleh la booking awal2..hehe
wan, pergilah try bercuti di Pantai Timur pula jika berkelapangan. InsyaAllah, pantainya sedikit ok dari Pantai Barat.
@Ha Md : ada plan nak ke belah sana, tapi bajet belum ada :-)
wah seronoknya mnghadap laut..lama xpi PD
aku tak pernah sampai lagi ke PD. haha
Memang luas..
Sekali sekala dengan keluarga amik yg luas untuk keselesaan .. memang berbaloi pun :D
http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/sehari-di-kawasan-pendalaman-termeloh.html
tempat ni baru lagi kan bro? sebab masa pergi haritu ada banyak lg building dalam pembangunan.. serius tmpt ni cantik..
Post a Comment