ADVERTHOLOGY

Thursday, June 5, 2014

seni memfokus



Kerja saya tidak menentu lokasinya. 'Route'nya berbeza hampir setiap hari. Jika perlu masuk office di bandar kinrara, lain jalannya. Jika perlu ke Semenyih, lain jalan yang perlu dilalui. Jika perlu ke cyberjaya, putra height, bukit jelutong, kajang, bandar tasik permaisuri, lain pula jalannya. Oleh kerana selalu sangat bertukar lokasi kerja, kadang kala pagi pagi dah confuse nak pergi mana, bila teringat arah tujuan, dah tersalah ambil simpang pula.

Selalunya confirmation yang di buat awal sehari sebelum bertugas adalah sesuatu yang banyak membantu saya untuk fokus mengenai apa yang perlu dilakukan keesokan harinya.

Contoh :

Bos email hari ini dan memaklumkan untuk saya ke semenyih pada keesokkan harinya. So, saya dapat merancang di dalam minda saya mengenai jalan mana yang perlu dilalui pagi esok, pukul berapa saya perlu keluar dari rumah, tugas siapa yang bakal saya galas esok, bagaimana keadaan 'workstation' staff yang bakal saya ganti esok, bagaimana persekitaran kerja di cawangan tersebut, siapa lagi staff yang bakal saya ke temu esok, jika sampai awal di mana saya akan lepak minum teh tarik, di mana port lunch yang menarik di semenyih, bagaimana selalunya keadaan pelanggan di semenyih, pukul berapa saya boleh/patut balik, bagaimana keadaan trafik disana dan macam macam lagi.

Itu cara saya merancang. Cara saya memfokus kepada kerja.

Tapi andainya pagi pagi esok sudah sampai ke semenyih tiba tiba bos call dan cakap, "Ada staff bandar tasik permaisuri EL/MC hari ini, saya rasa keadaan di bandar tasik permaisuri lebih kritikal, awak pergi cover di sana."

Kan dah hilang fokus kat situ. 




16 comments:

JR said...

Banyak kali juga pernah terjadi dah rancang sejak dari rumah nak ke sesuatu tempat, tapi terikut jalan lain, menuju ke tempat lain...biasanya saya selalu terikut jalan yang saya dah biasa melaluinya. Hilang fokuslah tu!!

Anonymous said...

Hehehe..reply balik lar male..ckp boss..kalau hari2 mcmni sy yg el and mc..sy yg kritikal.

APAN said...

wow...macam tu pun boleh ye...kerja pe ko ni bro...ganti2 orang...

Anasyg said...

pergh mencabar

Anonymous said...

memang banyak masa abis atas jalan ni! bandar kinrara laluan aku pergi (balik ikut jalan lain) kerja. boleh la ngeteh!

bobiedanbad said...

Pernah juga alami keadaan, dah kemas2 nk balik tiba2 dpt surat pi meeting. Meeting plak lagi setengah jam nk mula :(

Shahrul Yusof said...

Last minute punya arahan ni memang mendatangkan kekeliruan pada diri kita yang terima arahan ni.

Kadang geram jugak dengan sesetengah orang-orang atasan ni, kita punya silap, kemain dia tak boleh tolerate. Dia punya perancangan berterabur, selamba je suruh kita cover balik. Contoh aje la, bukan semua bos perangai macam tu la kan. Hehe

caliph shuriken said...

mmg serabut laa klau last minute baru tau nk cover area mana.. bos yg bagus akan bgtau awal2 kn, huh...

Teacher Basariah said...

memang kes naya..klu sya taktaula mcmana?selamat menjalankan tugas!(^_^)

Sofea said...

ah jenuh la lau macam tu. kalau last minit memang berbulu. tapi disebabkan kerja.. kena fokus..

Unknown said...

tak faham. maksudnya, hari-hari berubah tempat kerja ke wan?

Azlan Strider said...

instruction ad hock macam tu sememangnya bleh mengganggu fokus nak bekerja...kena plak kalau kita jenis yang merancang kerja sebelum buat...

Regards,
-Strider-

ewanthology said...

@Ha Md : lebih kurang...

Time Traveller said...

Waaa.. boleh main suruh cover2 pulak.. tak apa lah dah itu kerja kita kan.. rezeki ada di situ.. bertahan jer la :D

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html

SalbiahM said...

dasyatnya keje awak ni...ni mesti dah terer bab jalan-jalan kat kl ni

Chot said...

tak suka kje last minute juga...tapi....kerna ku kuli
ohhhh..