ADVERTHOLOGY
Monday, June 23, 2014
sudah terbiasa
Kadang kala apa yang kita anggap biasa boleh jadi luar biasa pada tanggapan orang lain. Apa yang kita anggap 'sudah terbiasa' mungkin boleh menjadi kejutan budaya bagi yang lain.
Keterbiasaan membuatkan kita menjadi imun/kurang peka dengan keadaan sekeliling.
Contoh:
Kita memakai stokin yang sama selama 5 hari bekerja sehinggakan ada bau bau yang kurang menyenangkan wujud. Oleh kerana kita sudah terbiasa, maka kita imun dengan bau tersebut sehinggalah ada orang lain yang datang dekat dengan kita.
Kita membiarkan lantai tandas di rumah tanpa dicuci selama hampir sebulan. Kita tidak menyedari apa apa kerana sudah terbiasa menggunakan tandas yang sama setiap hari. Sehinggalah jika ada tetamu yang datang menziarah menyedari kekotoran yang ada ketika menumpang menggunakannya.
Workstation kita mungkin agak bersepah sedikit tetapi tidak mengapa bagi kita kerana sudah terbiasa dengan keadaan tersebut tetapi mungkin akan mengundang rasa kurang selesa di mata pelanggan yang datang berurusan di situ.
Kita sudah terbiasa mengharungi kesesakan jalan raya kerana sudah lama bekerja di KL tetapi bagi yang sudah lama bekerja di luar bandar pasti terkejut dengan kesesakan tersebut.
Kita sudah terbiasa memakai perfume yang banyak. Ok bagi kita kerana mungkin sudah imun dengan bau bauan tersebut. Tetapi bagi orang lain mungkin bau bauan tersebut menyakitkan hidung dan memeningkan kepala.
Samada sesuatu yang terbiasa itu menyenangkan atau tidak dipandangan orang lain, rasa empati perlu ada. Jika ada yang kurang menyenangkan pasti ada yang menegur. Dan teguran itu penting kerana masyarakat sekeliling ibarat cermin kepada diri kita. Mereka melihat diri kita.
Itupun jika kita boleh menerima teguran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
xramai blh terima teguran..
kalau kita dah terbiasa masak di dapur seorang diri, macamana nak belajar terima org datang membantu di dapur? Memang tak suka org menyibuk di dapur. Selain kedudukan barang berubah, mereka akan membuatkan resepi kita bertukar jadi lain dan juga, melambatkan kerja yang sepatutnya boleh siap dalam 1/2 jam..
susahnya.... T_T
hahahahha..kita tegur je..contohnya klu bau tahi kucing sblh umah..
Kalau dia seorang yang rapat dengan kita, takde masalah untuk tegur.. tapi kalau bukan, agak sukar sebab kita tak tahu sikap dia yang sebenar.. adakah boleh terima @ tidak?
ya..benda yang biasa membuat kita tak sedar kadang2 apa yang kita buat tu salah..sebab tu wujud peribahasa 'alah bisa tegal biasa'..selalu sgt tgk maksiat dan jenayah kadang2 sampai benda tu jadi lali..mungkin juga tanda hati sudah mati..astaghfirullahalazim..
yup betul tu...kebiasaan yang tak menyusahkan orang tak apa, tapi kalau buat orang tak selesa, perubahan itu perlu.
tak perasan... dgn teguranlah baru perasan...
Sebaik baik teguran itu mesejnya sampai dan si penerima tidak kecil..hehebe
Assalamualaikum
Kita sudah biasa dgn lahir saja di dunia melayu, automatik kita dilabelkan mazhab Syafi`e biar pun kita tak kenal salahsilah keturunan kita. Walhal bermazhab tu sesuatu yang perlu dipelajari dan dikaji bukan diwarisi!
tu la bahayanya kalau da terbiasa...kalau org lain blh terima mende tu xpe lg...tp tu la...org pun kdg2 bukan ada yang nk menegur. bnyk ckp belakang je...
kesian membe
marah betul tajnur ni nmpknya....
sama jugak dengan memakai seluar jean yg sama..bagi perempuan kata pengotor..bagi lelaki da terbiasa..haha
Ada yg dah terbiasa masuk jel, bila keluar jel dan bebas mulalah dia rimas dengan kebebasan itu. Dia akan cuba lakukan sesuatu agar dapat masuk jel semula....
hahaha, maaf, saya ketawa juga dengan komen tajnur ni.
Ada yang terbiasa biarkan sepah helaian rambut atas lantai, saya tak biasa dgn keadaan tu, taktau nak menegurnya mcmna.
Kalau dah terbiasa dimata kita nampak biasa jer....
Tapi dimata orang lain mungkin luar biasa...
tak ramai org boleh terima teguran
yang boleh terima teguran tu thumbs up!
sebenarnya orang tak faham yang sebenarnya teguran itu bermakna masih ada orang yang masih mengambil berat pasal diri mereka...
Regards,
-Strider-
Post a Comment