ADVERTHOLOGY

Friday, August 8, 2014

boikot pilih pilih?



Salah seorang pelanggan saya hari ini adalah pekerja di Nestle Malaysia. Pegawai saya mengambil kesempatan mengenai isu boikot memboikot yang sedang rancak dibualkan sekarang ini.

Pekerja tersebut menafikan sumbangan syarikatnya kepada Israel. Sama juga dengan notis yang dikeluarkan oleh McD Malaysia yang boleh dilihat di FB sekarang ini mengenai isu ini.

Bab tu saya tak nak komen betul atau tidak. 

Dan jangan salah faham. Pada dasarnya saya menyokong aktiviti memboikot ini tetapi biarlah dilakukan secara berilmiah, berhemah dan menyeluruh.

Saya agak hairan dengan isu boikot ini yang kelihatan agak tidak menyeluruh. Kelantangan hanya pada McD sahaja. Mungkin kerana mereka tiada kepentingan dengan McD. Mungkin kerana mereka bukan penggemar burger. Mungkin mereka tiada rakan rakan atau saudara mara yang bekerja di sana.

Bagaimana dengan barangan keperluan harian lain yang turut dikatakan  menyumbang dana kepada Israel? Bagaimana dengan huggies? Berapa ramai yang stop beli lampin anak jenama ini? Berapa kerat yang boikot coklat kit kat? (saya tertanya tanya jugak apa reaksi zizan yang juga duta kit kat terhadap isu ini). Berapa ramai sanggup berhimpun depan tesco dan carrefour yang dikatakan menjual produk dari Israel. Berapa ramai antara kita yang masih guna pewangi Ambi Pur. Premis starbuck tak nak pergi gegar?? Masih adakah lagi produk Garnier di bilik mandi anda? Sekadar menyebut beberapa jenama.

Hakikatnya boikot yang dibuat hanyalah bersifat terpilih. Memilih yang kurang kepentingannya kepada si pemboikot. Jika barangan yang sering menjadi keperluan mereka. Mereka diamkan sahaja.

Dan jika berkata soal teknologi. Bagaimana dengan smartphone Iphone? IBM? Facebook? Intel? Kenapa tak nak boikot?




ps : Benar benar mahu membantu Palestin? Cara ini lebih besar impaknya. Salurkan sedekah anda kepada Aman Palestin dan Aqsa Syariff melalui akaun bank islam 12029010047880 atau 12092010034904. 'damage is done' di sana. Apa yang diperlukan sekarang ialah dana anda semua untuk membina semula Palestin.

ps : Tak perlu nak ambil gambar buat benda pelik pelik depan McD pastu post kat FB. Itu 'attention seeker' namanya.

13 comments:

MizzTina said...

diorg cuma nmpk yg bsr je..

Hazmin Hamudin said...

Kalau nak boikot pilih2 ni aku tak kisah lagi. Ni sampai dah pergi menyerang tempat tu apasal. Tu bukan boikot namanya. Tu pengganas.

Unknown said...

baikot ..jom baikot ..selamatkan gaza, lemahkan zionis

Unknown said...

nak baikot usah ikut emo...permis tu usah dibaling batu..berpada2.di sabah rasanya belum ada yg kes besar tindakan membaikot melebih2. betul biar berakal..mata dunia melihat kita sebenarnya..

Anasyg said...

pandangan saudara wan terhadap pelaku boikot tegar yg makan nasi kerabu/nasi lemak di premis McD? *hulur mikrofon

ewanthology said...

@anasyg : attention seeker.

Pha Is said...

lagi 1, yg paling besar, rokok.. hehhe..

seelok-eloknya, boikotlah yg lain juga.. tapi kata orang, kalau x dapat tinggal semua, buat mana yg mampu dulu.. :)

Liyana Zahim said...

Lma xpg blog ni.. Aummmssss!

Faaeinz said...

Boikotlah yang mana kita mampu.

Sofea said...

Hmmm.. berat issue..

Unknown said...

isu baikot saya mengikuti mana yg baik saya ikut..inshaAllah kaum Muhammad akan terpelihara. Allah tahu apa nak buat..kota doa banyak2 ya...

Anonymous said...

Betul..apa kata fahrin ahmad juga sbg duta garnier

Azlan Strider said...

kan???dan yang paling penting setakat nie aku pernah jumpa apa2 bukti konkrit yang kata produk israel yang dikatakan ini menyumbang secara terus terhadap kempen yahudi...

Regards,
-Strider-