ADVERTHOLOGY
Monday, August 25, 2014
'bumi bertuah hasil melimpah, siapa rajin hidup mewah'
Tajuk entry diambil dari lirik lagu 'Saya Anak Malaysia' yang saya dengar melalui radio ketika dalam perjalanan ke tempat kerja semalam. Saya rasa hampir semua orang hafal lirik lagu ini cuma kadang kadang kita tak berapa nak menghayati lirik yang kita lafazkan tu.
Oleh kerana saya kebosanan mengadap jem area stadium bukit jalil masa tu, maka saya memang betul betul menghayatilah lirik lirik lagu ni. Sampai ke part lirik yang dijadikan tajuk entry ni saya terfikir ada betulnya jugak apa yang dikatakan.
Kat Malaysia ni ada macam macam cara nak cari rezeki halal. Nak cari duit tambahan yang berkat. Tengok sekeliling ada je caranya. Berapa ramai yang dah kaya raya dengan jual insuran? jadi ejen hartanah? Jual burger? Jual goreng pisang? Jadi blogger pun ada yang dah boleh buat sumber pendapatan. Ada yang mula dengan bajet kecik bukak car wash tapi sekarang dah ada 3,4 car wash atas nama dia. Ramai juga yang mengharungi kehidupan 'American Dream' dengan melakukan 2,3 kerja dalam satu masa demi cita cita menikmati kehidupan yang selesa.
Jawapannya ramai.
Dan kita pun boleh sebenarnya.
Samada rajin atau tidak je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Malaysia ramai jutawan hutang..!
Mendalam lirik lagu tu. Yg malas dok diam2 jgn asik merungut je. Hoho. moh kita..
Setuju! Sebab itulah lambakan warga asing menjadi-jadi kerana pada mereka Malaysia bagaikan ada lombong emas utk mencari sara hidup. Kerja di sini duit hantar balik utk keluarga...
ramai yg malas..
Indon, Bangla, Nepal, Myanmar dah lama nampak potensi itu, dan gunakan ia sebaiknya..kita yg masih buta.
Sejak kecil cikgu selalu kata: 'rajin dan usaha tangga kejayaan'. Tapi zaman ini ramai juga yg kaya tanpa rajin dan usaha, tapi kerana hasil kepandaian membodek orang atasan dan keuntungan menjadi orang tengah..
inshaallah setiap yg usaha ada hasilnya ;-)
Selagi tak berusaha selagi itulah berada di takuk lama.
betul..rugi duduk di Malaysia yang aman tapi tak boleh jadi kaya (^_^)
orang kaya yang beriman adalah jauh lebih baik drp miskin yng boleh membawa kepada kufur..
Ya. saya setuju
So true!
Segala pilihan semuanya atas sendiri. Entri ni terkena sungguh dengan saya ni. =__=
betul apa ko share ni
Setengah tu sanggup buat dua kerja dalam satu hari demi menaikkan ekonomi kerja...
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...cuma mereka yang tak ada kemahuan sahaja yang cuma bagi alasan...
hehe..yg rajin penuh la poketnya..yg malas mcm2 alasan.
Setuju ... tepuk dada tanya selera :)
Kat Malaysia ni boleh je berjaya, cuma kena banyakkan bersabar aje la. Kalau tak sabar, buat loan untuk nampak mewah, memang biar pape asal bergaye la jadinya nanti.
yup, via online pun bole run mcm2 bisnes ^^
Betul..yg pentig usaha..
Post a Comment