ADVERTHOLOGY
Wednesday, August 6, 2014
nak jadi baik kena bermula dengan diri sendiri
Semasa saya berkursus lebih kurang 2 bulan yang lepas, fasilitatornya ada bukak satu cerita. Mengenai sikap ibubapa yang tanpa sedar berjangkit kepada anak anak. Ceritanya lebih kurang macam ni,
Pada suatu hari, pengetua sebuah sekolah rendah memanggil ibubapa seorang pelajar yang telah ditangkap guru kelas kerana kesalahan mencuri pen milik rakan rakan sekelasnya. Setelah diberitahu akan hal tersebut, si bapa mengherdik anaknya dengan kata kata,
"Kenapa curi pen kawan kawan? Kalau dah nak pen, ayah boleh ambil pen kat office ayah. Office ayah banyak pen."
Nampak tak? situasi berbeza yang membawa maksud yang sama iaitu mengambil hak orang lain. Mungkin si bapa tidak sedar bahawa tindakannya juga adalah sama dengan tindakan anaknya. Mengambil sesuatu yang bukan haknya dan digunakan untuk kegunaan peribadi.
Bagaimana nak mengajar anak membuat perkara yang baik jika si bapa sendiri membawa sikap yang kurang elok? Tambahan pula anak sudah pasti selalu berada di samping ibu bapa. So, tanpa sedar sikap anak adalah 'copy paste' kepada sikap ibubapa.
Kesimpulannya, kalau nak anak jadi insan yang baik, ibubapa seharusnya menunjukkan contoh yang baik juga. Begitu juga dengan hubungan dengan rakan rakan, jika mahukan hubungan yang positif antara rakan rakan, kita juga seharusnya melakukan perkara yang sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
betul. anak ni imbasan cermin diri kita. kalau tengok perangai anak satu-satu sebenarnya banyak yang dia ambik dari diri kita sendiri.
sebab tu kita kena jadi role model yg baik
Lebih kurang 'like farther like son'......bagaimana acuan begitulah kuihnyer..
Anak-anak memang akan copy apa sahaja parent dia lakukan pada peringkat awal. Memang betul, kita sebagai parent perlu perbaiki diri dalam pada masa yang sama kita mendidik anak-anak.
Sgt betul, setiap kebaikan perlu bermula dgn diri sendiri dulu. Jangan nilai org lain, tapi nilai diri sendiri.
Setuju! Sebab tempat kakak ni ada staff (bukan Islam) yg suka photostat buku utk anaknya. Kalau kita anggap macam tak halal sebab kertas/carbon utk printing sykt yg digunakan olehnya..
Yg pasti cermin diri sendiri utk mendpt anak yg baik.
Selamat Hari Raya dari kakak
betul gak tu...bapak dia pun, kalau nak bagi contoh pun bagi laa contoh yang elok skit..sib baik tak kena penampar ngn cikgu tu..hehehe
Regards,
-Strider-
hahaha..si bapak kantoi depan pengetua!
nice story.. macam ketam mengajar anak jalan betul..
ni yang tak da anak pun nak kena tunjuk contoh yang baik buat anak2 buah.kdang2 percakapan yg paling kena jaga
baca cerita wan ni, teringat masa sy sekolah dulu, ada sorang kawan yg penselbox dia selalu penuh. dan dia suka cerita bapa dia bawa balik dari office berkotak. masa tu darjah 3 tak silap.
ok, dh kena n wajib train diri sendiri utk jd baik supaya anak nt baik.. melentur buluh biar dari rebungnya.. tkt sgt anak perangai x elok bila besar nt..
Haa a kan?
Baru terfikir.. sangat betul.
Bapak dia sakit hati punya pasal, habis terbongkar rahsia.. pencuri jugak tu.
anak senang ikut apa yg mak ayah buat depan mata dia, apa yg dorang cakap, senang je dorang tangkap. jadi ikutan, so kena beringat selalu. tengok anak2 macam refleks diri sendiri. :)
Kadang2 kita tidak sedar perilaku kita sebenarnya yg mencorak sikap dan tabiat anak2...Maka berhati2lah!
Mirror..
Sikap anak2 juga mencerminkan peribadi ibu bapanya..
Tapi tidak juga, zaman sekarang pengaruh luar sama power.
Betul2
Post a Comment