ADVERTHOLOGY

Saturday, September 13, 2014

mengenai bandar baru bangi



Saya menetap hampir 10 tahun di bandar baru bangi. Sehinggalah saya berkahwin di mana saya berhijrah sementara ke Keramat dan kemudiannya apabila rumah yang dibeli sudah siap, saya menjadi pemastautin bandar enstek.

10 tahun di bandar baru bangi sememangnya memberi banyak kenangan dan kesan jangka panjang dalam kehidupan saya. Dalam banyak perkara, saya masih selesa untuk ke bandar baru bangi. Mungkin kerana saya sudah arif dengan apa yang ada di sini. Atau mungkin juga saya lebih selesa untuk melakukan apa apa urusan di sini.

Nak gunting rambut, saya ada kedai gunting rambut kegemaran di seksyen 16 . Mereka tahu potongan yang macam mana saya mahukan. Sampai masa untuk servis kereta, saya akan ke sebuah bengkel kereta di fasa 2. Mekanik di sana tahu keadaan kereta saya. Luar dan dalam. Teringin makan ikan dan sotong bakar yang sedap saya akan ke seksyen 8, Restoren D'limau nipis. Nak makan western, sup gearbox atau tomyam, ada tempatnya. Nak tukar tali jam pun kedai jam kat warta jugak perginya. Kadang kadang tu boleh selisih plak dengan kenalan lama.

Kadang kadang kalau cuti saya singgah solat di masjid hasanah, seksyen 8. Sekadar nak rasa semula suasana kat sini. Meriah. Bukannya kat enstek takde masjid. Suasananya yang lain.

Pernah gak terfikir nak beli rumah kat bangi tapi harga hartanahnya mahal sangat. Memang tak jumpalah rumah yang harganya bawah RM200k kat sini.

Tapi takpelah, rumah kat enstek pun tak jauh sangat dari bangi. Kira kira 40 minit perjalanan menaiki kereta. So takde masalah sangatlah kalau nak buat urusan di bangi.

Nak buat macam mana kan. Bangi masih dekat di hati.




16 comments:

MizzTina said...

setuju 200% utk semua tu.. semua senang.. sy xla smpi 10thn duk bangi, 5tahun pun dh cukup buat sy sgt biasa dgn bangi.. warta adalah pilihan utama.. nsb baik keje kt bangi, jd blik keje msh blh menyinggah mana² kedai best yg jd pilihan.. dan diakui, bangi sgt byk kedai mkn sedap.. mcm awk ckp enstek xjauh dr bangi, sy pun nk ckp, dengkil pun bknnya jauh dgt dr bangi.. kekeke.. ehh, enstek n dengkil pun xjauh kan.. *tetibe*

Unknown said...

seperti saya merindui Beserah. Tapi, kena juga berada di realiti. sekarang di KL. ada masa, saya singgah juga Kuantan.. hanya untuk sedikit kenangan yang tersimpan di sana.

Anonymous said...

ya, bandar baru bangi... antara kawasan penempatan kegemaran aku jugak. nak apa2, semua ada.

pekena cendol kat depan denso pun ok jugak ni...

Unknown said...

bila dah biasa
TH pun camtu jugak..especeli bila bab2 jalan.lau dh biasa laju je.lau xbiasa mau mengamuk org belakang.ehehe

||aLeaSaRa|| said...

assalamualaikum lama kak lea x sggh sini,slm merdeka. kak lea ddk kota wrsn,enstek rmh cousin.mmg x dinafikn best btl bangi.x pernah dfk sn tp bila tgk mak,ayah skt2 gi mkn kt bangi,kak lea pun terikut2.skrg lagilah dgn btambahnya butik online spt sbu,benang hijau,zawara dan bykkkk lagi,bangi gateway dh buka.mmg rajinlah trn sana.plhn restoran mnimbun.tepuk poket je he.... kt bangi skrg ni terasa mcm kt shah alam zaman 90-an .skrg shh alm x best dh hurmmm

JR said...

Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan lagi tempat membujang yg menyimpan banyak kenangan, nostalgia dan rahsia, tentu susah dilupa...

aizamia3 said...

Sama jugak dengan saya.. walaupun dah 5 tahun pindah ke tempat tinggal sekarang ni tapi masih ada beberapa perkara dibuat ditempat tinggal lama sebab rasa selesa..

Dr K said...

aku pun suka Bangi, walaupun aku tak pernah tinggal di situ. Segala galanya ada...ye lah, bandar yg dah lama established...By the time kau tinggal kat Enstek dah masuk tahun ke 20, Insya Allah..feeling " bangi dekat dihati" itu akan ada utk Enstek tu...hahaha

uncle gedek said...

BB Bangi... syurga kedai makan...!

Anonymous said...

Hehehe..aku masih prefer kampung..walaupun byk yg kurang..tp entah la..depends on orang?

Chot said...

Sepanjang 5tahun kerja, 5tempat jugak sy pernh tggl.puchong-enstek-sek8 bbb, putrjya dan kmbali ke puchong akhirnya. Memang btl. Bbb mmg win...tak terbnding. Cuma dah jrg turun sana sbb dah xde membe2...

dilabangiWORLD said...

bangganya saya ada thread bangi ni
memang ya lah One aku duk bangi pun since 1990 sampailah sekarang. Mcm one jugak nak gunting rambut pstinya sebelah kedai KIT SIONG tu nyonya manis. nak sarapan makan sup ceker pastinya kat pasor sayur tu gi lah gerai kak kiah meesupnya meletop!!!

Pondok Usang said...

nak layan bola sect 15 laaa... hihi..

Bunda_nora said...

Orang kata Bangi juga kurang jem....ye ker?

Kakzakie Purvit said...

Kiranya hati dah sayang dgn Bangi sehingga apa pun kegiatan sudah masak dan arif itu yg nak tinggalkan terus pun makan masa... ibarat dah macam kampung sendiri.

.. yg baru pasti tak sama dgn yg lama.

ellynadyra said...

lama gak ko kat bangi kan
aku opis kt bangi
hahahahha
i tell u, bangi jem tau time balik kerja
pembangunan pesat, hartanah mahal
kalau time lunch
makan mahal ok!
payah la nak dpt nasi campur murah2