Semalam bertugas di putrajaya. Lunch di medan selera kementerian kesihatan malaysia. Apa yang menariknya di sini ialah setiap meja makan diletakkan pelekat yang lengkap dengan jadual waktu bekerja bagi penjawat awam.
Lebih kurang sebagai 'silent/soft reminder' kepada penjawat awam supaya tidak 'mengular' di kafeteria pada waktu yang tidak sepatutnya dan tidak rehat melebihi masa yang ditetapkan.
Langkah yang bijak walaupun tahap keberkesanannya mungkin tidak 100% kerana selepas pukul 2 saya lihat masih ada yang duduk berborak di kafeteria.
Baiklah, bersangka baik. Mungkin mereka juga orang luar seperti saya, bukan penjawat awam. Sekadar ada urusan/tugasan di kawasan berhampiran.
22 comments:
memang betoi pun penjawat awam mana ada waktu breakfast dan tea time. sebab ada segelintir yang ambik kesempatan ambik waktu yang banyak dekat situ. sedangkan tugas hakiki tak disiapkan ikut punch line. kerana saya jugak seorang penjawat awam tapi mujurlah tugasnya di receptionist jadinya waktu mengular tu agak terhad kalau tidak mungkin jugak iman saya tidak setebal sekarang ini. alhamdulilah.
Effort yang bagus tu..sekurang kurangnya dah di beri peringatan..
Cuma kalau nak " makan dalam" lagi, kena tulis sekali hukum syubhah/ gaji tak berkat....hihihih
yang penting hati.. tapi betullah.. kaedah ini sedikit sebanyak berkesan walau tidak 100%
Sepatutnya tiada istilah/budaya makan pagi dan minum petang..
Cukup sarapan pagi.. makan tengahari dan balik rumah makan dengan family.. ;)
Ada yang dah kena tindakan tatatertib bila kantoi dengan pemantau. Putrajaya memang strict rules dia terhadap penjawat awam compare tempat-tempat lain. Mungkin, kalau ada improvement, boleh la kat tempat lain implement kan langkah yang sama.
Kalau tak reti2 jugak tak tau lah...
sy pnjawat awam tp xde waktu nk rehat apatah lg nak ke tandas.hah acane??
btw,komen kt blog aritu buat den trasa kakaka..pasal org yg pergi bank pandai2 tp isi borg failed...lol true story.
@alexayussida : alamak, sorry doc :-)...... no offence
Silent reminder macam ni patut juga ada di tempat lain. Pernah tengok penjawat awam (kebetulan dikenali)di Alor Setar yang pergi beli barang di Pasar Tani waktu pejabat...keh..keh..keh...
Makin cerdik seorang manusia, kadangkala makin sukar hendak dididik...
oh ni kalu tak terasa lagi tak tahu la. biasanya yg suka mengular ni sebab ada geng. haha
kena tmbh nota kecik, *mohon terasa*.. hahaha..
peringatan bersama..kdg² yg keje swasta pun sm..cthnya ada kt opis sy.. tea break 15minit, depa balun jd sejam.. lunch hour setgh jam, jadi sejam setgh.. dh ujung waktu nak balik, acah² bz..pastu ot kata keje banyak xsiap lg.. demmm
saya pon perasan masa ke kpm tempoh hari..syukurlah di sekolah kami tak ditetapkan waktu macam tu..kalau tak, cikgu semua pasti tak sempat nak makan..huhu
kt luar tu bersepah ar makan pagi kul 9/10 pg
tapi bersangka baik ajelah selalunya
ada jua kementerian yang wujudkan 'skuad pemantau' harapnya usaha sebegitu dapat menyedarkan mereka masa tersebut di mana sepatutnya mereka berada..
eh ye ke.. mungkin sekdar peringatan risau jika terlupa. mungkin yang masih disitu terlepas pandang time table tu hehe
kena ada kat semua tempat. tapi nasiblah jadi cikgu, suka-suka hati nak pergi kantin bila. :)
asalam bagus juga kan..kita tak akan leka bercerita, sebab ada yang sedang perhatikan..
asalam bagus juga kan..kita tak akan leka bercerita, sebab ada yang sedang perhatikan..
asalam bagus juga kan..kita tak akan leka bercerita, sebab ada yang sedang perhatikan..
soft reminder. :) ada yg kepala batu
Fikir baik male..fikir baik..aku jht..hahaha.
Post a Comment