Bila buat amal ni kalau boleh jangan menunjuk nunjuk sangat. Tak perlu secara berlebihan sangat canang kat FB, Instagram, twitter, radio dan tv.
Yang berlebih lebihan je la.
Bukannya apa, sebagai manusia biasa yang lemah imannya, takut takut jatuh riak. Apa pun tak dapat.
Tapi bukan semua, segelintir sahaja. Sebahagian kecil sahaja.
Tak payah lah nak tunjuk sangat. Yang bagi pahala ialah Allah, bukan manusia.
18 comments:
Salam....
Dulu daya diajar oleh guru saya... perbuatan baik pun boleh menimbulkan riak tapi kalau diteruskan (istiqamah) lama kelamaan akan menjadi ikhlas... hanya Allah yg dapat mengetahui keikhlasan hati manusia tu
setuju.
Tepat sekali...bro jom tukar2 link...
Setuju 500%, tak perlu menunjuk berlebih-lebihan, nanti org muak. Cuma kalau tak menunjuk langsung orang kata tak buat kerja pula. Tengoklah ada grup bantuan yg kerja secara ikhla tapi berita mereka tak masuk TV dan akhbar, lalu ada yg berkata di mana mereka di masa banjir? Pada hal mereka ada di situ, hanya mangsa banjir yang tahu pengorbanan mereka yang tak didendang di TV...
Salam...
Singgah jap nk ucap Selamat Tahun Baharu 2015...
pernah juge FM terfikir apa pula cerita tentang org2 yang melihat..
si perlaku tu dia jer yg tahu ikhlas atau riak..tetapi org yg melihat tidak tahu..
happy new year~
semoga mereka yang hulurkan bantuan berhati ikhlas ...
exactly
betul tu ..saya setuju...
yang penting niat kita tu .. ikhlas nak membantu...
Setuju sangat. Biasa manusia ni lebih pentingkan pujian dari manusia lagi berbanding ganjaran pahala.
ada jugak yg menangguk di air keruh. mempergunakan semangat dan keikhlasan orang lain dalam usaha nak membantu mangsa banjir
:(
Pada saya, walaupun sekelumit kebaikan yang kita buat biarlah kita dan Maha Pencipta sahaja yang tahu...
Harap amal kita tak jatuh pada riak.
Kadangkala hati ni suka berfikir tak tentu arah walau niat asal tu baik.
Kita kena positif..ya tak perlu perbesarkan. kita tak boleh buruk sangka..apapun mengingatkan itu betul..serahkan kepadaNya lebih baik..kita WAJIB bersyukur ada yang membantu dengan nyata dan nilai yang besar..pada Etuza Alhamdulillah
Aku setuju!
Aku juga setuju..kadang perasaan riak dan mahu orang lain tahu itu databg tiba tiba dalam diri..nauzubillah moga Allah mengampuni dosa dosa aku..
Betul tu menderma biarlah ikhlas. Tangan kanan memberi, tangan kiri biarlah tak tahu.
well said
Post a Comment