Setelah lebih setahun menggunakan data plan internet celcom, akhirnya semalam saya ke Alamanda Putrajaya untuk bertukar kepada DIGI. Alasannya lebih kepada mengurangkan kos.
Data plan celcom berharga RM68 sebulan. Berapa GB saya tak ingat sebab dah lama sangat subscribe. Untuk DIGI pula saya hanya perlu membayar RM45 sebulan untuk 2GB data internet. So, dapatlah jimat sebanyak RM23 sebulan.
Saya tak perlu banyak, 2GB tu cukup untuk saya berblog dan berInstagram. Tapi kalau rakan rakan tahu data plan internet lain yang menawarkan lebih GB dan lebih kurang yuran bulanannya bolehlah berkongsi diruangan komen ya.
Anyway, senang betul nak cari parking kat Alamanda sekarang ni ye. Selalunya kalau datang waktu tengah hari di hari cuti ni memang hampir penuh jugak la parking nya tapi semalam banyak betul tempat parking yang masih kosong. Adakah kerana cuti sekolah ni ramai yang balik kampung ataupun pembukaan IOI City Mall mulai memberi kesan kepada Alamanda? Entah lah... tetapi sebagai pengguna, saya suka keadaan ni. Parking senang dan keadaan Mall tak terlalu sesak.
25 comments:
Dua minggu lalu aku ada beli pakej hp di koperasi kilang....org beratur beli bkn sbb hp..hp nya cikai je...RM250 tapi celcom simcard percuma dgn dataplan 1.5 Gb sebulan percuma selama 16 bulan! Just too good to be true..tp so far aku guna ok je...tgklah hujung bulan nnt klu tetiba tak bleh on line pula..
hahah. sbb ioi city rasanya.. sesak nk mamp dkt ioi city tu.nyesal pegi(cheaaa..konon)
tu plan digi yg bru tu ek.. tga berkira nk tukar jgk...skrg pakai clixster. dlu pakai infra digi dia ok. skrg ni guna infra u-mobile..mmg mengarut btl!
Saya baru daftar dengan tune talk.. eemm.. masih terkial2 nak menggunakannya..
sbb ioi mall . kat situ ada ais sketting ... biasalah mall baru . amai org lbh teruja nak tahu apa kelebihan kat c2 .
Monthly topout memang rm100. Aku guna Digi yang data plannya 6 Gig dengan harga RM88. Selalu pakai dalam 4 hingga ke 5 Gig. Selalunya bai akan aku habiskan untuk download movie. Hee
Di rumah pakai streamyx, data plan share Digi anak...
saya dah lama guna celcom
rm50 sebulan
cukup la buat berblog
Saya guna celcom saja.. tp kat rumah ada jiran baik hati bagi paswed wifi.. syukur sgt.. hehe..
My Blog :
http://segalaceritera.com/atik/
Streamyx dirumah rm67/month tanpa had..kt luar maxis free internet je.
hehehe.... xpakai pelan data... guna streamyx...akkk yg bayoorrr... save duit zaza haha... ;p
akak guna maxis rm88 5G
malas nak tukar dah rasanya
tak sempat nak pikir haha
sy pakai celcom..amik 1gb rm38, cepat nau hbs.. dh la servis teruk.. husband pakai umobile, mcm best..
parking kosong sbb semua berkerumun kt ioi..
tak try altel? klu kata nak jimatkan kos, pakej data altel sampai 90 hari, klu orang jenis pakai susah nak habis data, elok sangatlah pakai yang tu, rm48 rasanya untuk 90 hari
guna maxis rm 10 seminggu. boleh la guna ig/berblog. tp lagi jimat kalau berinternet waktu pejabat guna wifi haha
aku pun pakai digi
hahahhaa
best kan ke alamanda skang
semua dah beralih ke ioi city mall
saya pun tgh survey plannya yg internet berbaloi. skng pakai celcom exect 50 dan 1G. lagu gila habis. tapi bayar 88 jugalah. setiapbulan terpaksa tambah vol broadband 5G= rm50. terasa membazir di situ.
masih guna strimik... sebab line2 lain tak berapa power kat KK ni
aku guna maxis one plan.rm128 sebulan. 2Gb data,limitless panggilan percuma semua rangkaian,limitless mesej.
Dulu pernah guna U Mobile prepaid just untuk data plan je. Rate dia RM40 untuk 2GB selama 30 hari.
2GB ni, kalau pakai untuk blogging, memang cukup-cukup je.
Kan? Sejak ada ioi city mall ni, alamanda dah tak sesak sgt...suka! Yg merana mungkin peniaga lah, sian jugak.
Saya skrg guna Maxis, rm58 utk 4GB. Tu pun slalu abis kuota, sbb selain utk blogging saya guna utk biz online.
Celcom...coz kat kg Mrs. A lain-lain telco line tak bagus.
saya pakai digi. 1GB RM30. itu je yg pling mampu buat masa ni. kalau bayar lebih tapi nanti line tak memuaskan hati mula rasa nak marah je hihihii
Kalo yg celcom rm68 tu tuk 5gb. Kalo kita da langgan lama keudian nak terminate,dorang ofer rm58 tuk 5gb. Dkna dulu pengguna celcom gak hehehehe
Kakak guna celcom dari dulu tak tukar-tukar.
Saya pakai wifi rumah jer :D
Post a Comment