ADVERTHOLOGY

Thursday, February 19, 2015

tips/panduan saya membeli apartment/condo



Saya berpendapat adalah tidak rugi jika kita merancang untuk memiliki sebuah rumah untuk dijadikan pelaburan masa hadapan samada untuk disewa mahupun dijual ketika harganya meningkat kelak. Pelaburan hartanah seperti ini merupakan cara baru menjana pendapatan dan telah dipraktikkan oleh sesetengah individu sejak sekian lama. Dan pelaburan di dalam bidang ini selalunya menguntungkan.

Nak mula memang perit sikit dengan masalah kewangan yang sentiasa di 'paras hidung'. Tetapi apabila dah lepas satu rumah, InsyaAllah yang seterusnya akan jadi lebih mudah.

Dan dalam memulakan pelaburan hartanah ini saya lebih cenderung untuk membeli rumah jenis apartment berbanding 'landed'. Mungkin kerana ianya lebih mudah disewakan. Selalunya menjadi pilihan student dan keluarga kecil. Tiadanya ruang lebihan di luar (tanah), makanya tidak perlu risau dengan penjagaan rumput dan sampah di luar rumah.

Antara ciri ciri apartment yang menjadi pilihan ialah :

  • keluasan rumah melebihi 1000 sq
  • ada balkoni
  • swimming pool
  • gym facility

Selain mudah disewakan, apartment yang mempunyai ciri ciri dan kemudahan kemudahan di atas mempunyai nilai yang tinggi dan mampu menarik minat pembeli jika kita membuat keputusan untuk menjualnya.

Sememangnya harga apartment yang menawarkan facility tersebut agak mahal harganya pada masa kini tetapi apa yang ditawarkan apabila kita sudah memilikinya juga agak lumayan. 



15 comments:

DHAGI said...

Aku terfikir buat benda yg sama male..cuma gaji belum sampai target lg.

Chot said...

Bui tips sikit.haha..tp aprtmnt yg berswmming pool bagai tu hrga maintanance pun boleh tahan mahal jugak tuh... Agreed..muda2 meh la rancang beli rumah awl2.. Jgn hutang da penuh baru terkial2 nk cari rumah..belajar dr kesilapan org lain...trmasuk sy. Huhu

Nizam.Ariff said...

Harga apt skrg macam harga landed house 4 tahun lepas....hmmmm

Sofea said...

kalau ada gym and pool.. cost monthly maintenance kena ambil kira juga.kalau mampu, apa salahnya..

JR said...

Memang betul tu.. pelaburan hartanah memang tak pernah merugikan. Pengalaman saya sendiri pernah beli rumah di Ampang dan bila dijual 12 tahun kemudian harganya melambung 300%, pernah juga beli rumah di Kajang dalam beberapa bulan saja nilainya meningkat 50%. Tapi apa pun belian hartanah kena ikut kawasan juga, kalau di sekitar Lembah Kelang memang sangat menguntungkan, kalau di Alor Setar ini agak suram, keuntungan tak sebaik di Lembah Kelang...

iAmCekbolat said...

ada hitam dan putih jawapan . decide untuk jangka masa panjang :)

Unknown said...

pelaburan yg menguntungkan ...

Najib Ariyan Ali Basha said...

dah ada ker rumah nya... boss saya nak jual rumah dia di Bandar Permaisuri yang berpotensi tinggi... berminat? email saya

ewanthology said...

@najib ariyan : Alhamdulilah, dah ada satu di nilai :-)

ewanthology said...

@nana bam bam : untuk tarikan kepada penyewa.. klu nak jual pun harga lebih tinggi jika ada facility swimming pool.

MizzTina said...

bru lepas beli umah..alhamdulillah.. nk lega nafas dl bru cri umah lain..huhuhu.. insyaAllah klu ada rezeki..

ellynadyra said...

kalau untuk pelaburan dan disewakan, aku setuju

tapi kalau sendiri nak duduk
prefer landed property lagi

tapi
mmg ada baiknya melabur dlm hartanah
harga makin naik

berbanding kereta dan seumpamanya

Kira Sakura said...

dan kalau apartment atau flat jangan beli rumah bawah sekali. memang jenuh nanti balkoni kita penuh dengan sampah sarap orang atas kalau dapat jenis yang kurang sivik ni

drshikinzainal @ ekin said...

Amboii Najib dah macam broker tanah ni :)

drshikinzainal @ ekin said...

Saya ada property kat Nilai.
Sewakan pada USIM students.
Memang harga sewa sane rate tinggi2.