Jika anda makan di fast food restaurant adakah anda akan membersihkan sisa makanan anda dan mengemas meja makan tersebut sebelum beredar?
Pernah suatu ketika saya menjamu selera di McD The Curve dan ketika itu seorang wanita inggeris bersama anak lelakinya berusia lebih kurang 5 hingga 7 tahun makan bersamanya di meja berhadapan saya. Selesai makan mereka berdua bersama sama mengemas sisa makanan mereka. Kotak burger, bekas sos, bekas air dan tisu dikumpulkan di dalam dulang dan dibuang di tempat mengumpul sampah yang disediakan. Dalam erti kata lain, apabila mereka selesai makan dan bangun untuk beredar, meja yang mereka gunakan sudah pun bersih dan pelanggan yang lain boleh terus menggunakan meja tersebut tanpa perlu pekerja restaurant mengemasnya.
Polisi ini sudah lama diguna pakai di barat terutamanya di restaurant restaurant fast food. Apa namanya saya tidak tahu tetapi polisi ini lebih kurang menggalakkan pelanggan mengemas sendiri sisa makanan mereka di atas meja sebelum bertindak untuk beredar. Polisi ini tidak 100% berjaya di sana tetapi peratusan yang membudayakan polisi ini agak tinggi juga. Bukan masalah berjaya atau tidak yang menjadi ukuran tetapi motif perlaksanaannya yang memupuk sifat murni dan nilai tambah dalam diri masyarakat tersebut yang harus diberi perhatian dan sokongan.
Di Malaysia, saya ada nampak yang budaya ini menjadi ikutan. Tetapi agak sedikit. Mungkin kerana tiadanya kempen besar besaran yang diadakan. Kalau tak silap saya, restaurant makanan sweden di IKEA ada menulis notis seperti polisi ini di dinding restaurant mereka. Tetapi berapa kerat yang membacanya apabila 'meat ball' sudah terhidang di depan mata dan berapa kerat pula yang mempraktikkannya. Ada, cuma tak ramai. Dan ianya bukanlah satu kesalahan pun. Sekadar satu nilai tambah dalam diri yang tidak semua orang memilikinya.
Dan sekali lagi, jika anda makan di fast food restaurant adakah anda akan membersihkan sisa makanan anda dan mengemas meja makan tersebut sebelum beredar?
|repost|
10 comments:
macam aku dulu masa tinggal dengan mak/akak. lepas makan terus tinggal pinggan kat sinki sebab dah tau, lepas tu mesti ada yang setelkan.
macam kita kat restoran/kedai makan jugak. nak start boleh, tapi payah sikit la. lebih kurang macam nak disiplinkan pemandu atas jalan raya.
Dulu ye.. saya akan kemas dan buang di mana meja yang saya gunakan bersih untuk pelanggan seterusnya (sebab dulu saya pernah bekerja di salah sebuah restoran makanan segera)
Sekarang.. saya cuma sekadar kemas dan bersih serta letak setempat/dalam tray untuk dikemaskan..
Nak kena praktiskan baliklah macam yang pernah saya buat dulu.
saya biasa lap meja dan kemas pinggan dan sudunya letak dalam tray je..
dan yang jarang orang buat
tolak kerusi ke bawah meja sebelum beredar..
nice entry
SMbotak...disiplinkan pemandu???
No way lah....haha
Aku kemas meja je, pastu leave je tray Kat meja. Hehehe
Sebagai mak2 ni selalunya begitulah....tak payah disuruh pun...tak jadi tabiat.
Bukan saja di restoren makanan segera.. gerai nasi campur pun...tapi taklah bersih lincap...sekadar susun sudu2...pinggan2...dan satukan tulang2 lauk bersisa dalam satu bekas...
nice sharing ^^
slalu sy stakat kemas letak setempat jaa...
sy just kemas n msukkn kt tray supaya senang diorg angkat.. tp dh dikira membanggakan dan org pelik tgk.. pelikkk
Polisi orang kita dalam semua benda..kalau kita bayar..kita boss..orang tu kena buat semua.
kita tak terbiasa dengan budaya tu, terutamanya kat kedai fast food.. sbb mentaliti dah set, lepas ni mesti ada pekerja yg mai angkat. tak pun, kita fikir "kalau kita angkat tray, habis tu nnti waiter tu x ada kerja la.." hehehe
nice info.. kna "betulkan yg biasa dan biasakan yg betul"
Post a Comment