Finally, secara rasminya saya membayar GST. GST tak rasminya dah lama dah bayar setiap kali lepas makan sebab kebanyakkan kedai makan waima warung tepi jalan pun dah mula naikkan harga makanan beralaskan alasan kesan kesan pelaksanaan GST.
Good news nya ialah susu formula yang aina duk minum sekarang ni tidak dikenakan GST, tidak seperti apa yang disebarkan sebelum ni yang mengatakan susu baby pun akan dikenakan GST. Harganya masih sama seperti bulan bulan sebelum ni iaitu RM59.90.
Kalau semasa aina minum susu NAN 1 dulu saya gemar beli susu tu kat kedai ubat tradisional cina sebab harganya lebih murah tapi bila dah tukar NAN 2 setakat ni pasaraya Zemart jual paling murah.
Kalau tengok kat slip invoice tu, SR maksudnya barangan yang dikenakan GST manakala ZRL (local zero rated) pulak menunjukkan barangan yang dikecualikan GST. Saja je nak bagitau, kalau kalau ada yang belum tahu..hehehe.
13 comments:
serius, aku pun tak tau apa tu ZRL. eh, ini maknanya kempen penerangan selama ni dikira gagal ke.
Eh...roti gardenia pun zero rated eh...
dalam 313 org yang membeli susu utk anak mereka hanya 13 org yang gunakan susu formula (susu mahal).. jumlah itu amat mengecewakan... apatah lagi nak samakan dengan 313 org yg beli susu dgn 313 org yg berperang semasa perang Badar...
Beli pun sekadar ikut keperluan.. memang takde nak beria bagai..
ehhh, sy beli susu anmum langkah 3, kena gst.. cane tu ye.. sbb pas beli baru bc brgn yg xkena gst, susu 0-36bulan.. langkah 3 tu baru setahun kot, 12bulan.. blh buat aduan x?
Senarai barang yg kena GST dan tak kena GST dah lama keluar (saya sendiri pernah buat posting mengenainya), tapi masih ramai yg kurang ambil peduli dengan senarai itu...
Bagus! Mari kita menyumbang kpd ekonomi negara, ke arah negara maju! Haha
mcm nie bru btul...rata rata kedai yang rietta jumpa...xde benda alah zero tu...semua men total up..pastu semua pown GST calculate sekali la...
Mahal jugak ye harga susu formula setin..sy tak pernah tau sblm ni..Alhamdulillah anak sy masih ada rezeki susu 'free'
bagus ada ilmu gst
pastikan jadi pengguna yang bijak
ok lah tuh...
Oooo..baru tau.
Salam.... selamat pagi...
lama nya tak menyinggah sini....
dah GST baru sempat singgah... hehehee
siyes... baru tau dorang kira satu2 rupa nya barang2 GST... ingat.. punch semua baru GST... maklum lah... membaca malas.. pegi course pon malas... hehehe....
TQ for info.... amat berguna orang yang malas macam saya dan tak nak amek tau ni...
(sebab nya.. serapan kat opis pon kena GST.. tu yg macam dah tak ambil pusing sangat...)..
Post a Comment