ADVERTHOLOGY

Tuesday, April 14, 2015

bagaimana saya membeli rumah kedua?




Alhamdulillah, rumah kedua yang dibeli di South Bayu Nilai hampir siap. Jika tiada masalah serahan kunci akan dilakukan penghujung tahun 2015 atau awal tahun 2016. Mengikut jadual.

Jika rumah pertama dibeli dengan nama saya seorang. Rumah kedua ini dibeli atas dua nama iaitu nama isteri sekali. Dan tujuannya adalah untuk pelaburan semata mata. 

Bagaimana saya mampu membelinya? 

Pertama haruslah ada keinginan yang kuat untuk melakukannya. Kedua, stay focus kepada keinginan tersebut. Dan ketiga, disiplin. Disiplin maksudnya mengumpul bajet kewangan terutama sekali untuk bayaran down payment nya. Memandangkan saya bukanlah bergaji besar atau mempunyai kerja sambilan lain yang mampu menjana keuntungan besar sehinggakan mampu membeli aset dalam masa hanya 5,6 bulan selepas mula bekerja, maka disiplin dalam mengurus kewangan harus ada. Sekurang kurangnya 10% dari gaji bersih harus disimpan setiap bulan. Lagi banyak lagi bagus, lebih cepat hajat membeli aset tersebut tertunai. Tak boleh sangat nak berbelanja sakan untuk percutian mahupun barang barang lain seperti sebelum ini. 

Pembelian rumah tidak boleh ditangguh terlalu lama kerana harga semakin lama semakin naik. Ada beza membeli rumah awal atau lewat. Adalah merugikan apabila seseorang itu membeli rumah yang sama tetapi harus membayar bayaran bulanan yang jauh berbeza kerana jurang pembelian pada tahun yang berlainan kerana harga yang semakin meningkat saban tahun.

So, sesiapa yang nak beli rumah area Nilai, bolehlah cari saya tahun depan. Bukan senang nak cari apartment yang ber square feet melebihi  1000 sq pada harga bawah 400k sekarang ni. Anyway, serious buyer only :-)



11 comments:

Kira Sakura said...

wahhh tahniah untuk korang sekeluarga. sungguh bukan senang nak beli rumah sekarang ni. salute lah!!

MizzTina said...

ok, blh difikirkn nk beli umah dgn awk nt.. tggu umah skang umur matang sbb baruuuuuu sgt membelinya

ma ❥ said...

hari tu berkira-kira juga nak beli rumah ke2. tp tuh la risau tk cukup.

Nizam.Ariff said...

Ada gst tak?

ewanthology said...

@nizam ariff : ni beli sebelum GST diimplement...so, takde lah.... skrg tak tau la pulak.

JR said...

Tak rugi beli rumah kedua, ketiga dan keempat. Saya sendiri ada 3 rumah, memang masa mula rasa perit nak bayar pinjaman, tapi sekarang rasa sangat-sangat berbaloi. Sekurang-kurangnya sewa rumah yg dikutip setiap bulan dapat ringankan sikit kos sara hidup yg semakin mencanak ini...

Chot said...

Thniah. Syg msih yg pertama... Yg kedua xtau bila..haha..kne brkorban byk nih.

ellynadyra said...

Bersusah2 dahulu
Bersenang2 kemudian
InsyaAllah

caliph shuriken said...

congratz, bro ^^

smoga dipermudahkan sgala urusan...

Pha Is said...

saya pun bercita-cita nak buat macam tu jugak.. skrg baru tak sampai sebulan mula bekerja. gaji 1st pun tak merasa lagi.. smoga hajat saya tu nnti tercapai.. amiin...

anyway, kalau nnti dapat posting n9, boleh saya cari ewanthology.. mintak nasihat dan share pengalaman.. hehehe..

Unknown said...

harga rumah sekarang , mak aiii ... lebih baik beli tanah dan bina rumah ... kumpul dana dulu .