Setakat hari kedua ni saya masih mampu mengelak daripada dikenakan GST. Saja nak tengok berapa lama boleh mengelak, hehehehe. Tapi hakikatnya bahana kenaikan harga makanan dah terkena dah. Petang tadi beli oblong ayam special kat kedai burger tepi jalan yang selalu saya beli sebelum ni. Kalau sebelum ni harganya RM5.30 tapi petang tadi dah ada harga baru iaitu RM6.00. Walaupun kedai macam ni tak boleh kenakan GST tapi harga tetap naik sebab harga barang mentah yang diorang beli telah di'GST'kan. Haaaaa...tu dia, secara tanpa sedar, mengelak GST boleh, mengelak daripada kenaikan harga makanan memang tak boleh... sama jeee :-) Tetap kena bayar lebih.
Sabar je lah. Sampai bila nak sabar? Haaaaa, yang tu kita kena tunggu dan lihat.
8 comments:
Tu la....pembeli juga yg bayar..
tak dapat escape ni.. ;P
Bersedia atau tidak.. tetap kena hadap.. kita tunggu dan lihat jelah.. dari sekarang berjimat selagi boleh. Beli ketika memerlukan je..
Nak tak nak ia tetap berlaku...kita hadapinya dengan bijaksana..
Tadi saya tergelak besar bila ada yg kata nasi lemak biasa ikan bilis campur telur pun kena GST sedangkan tiada barang asas dalam nasi lemak biasa yg dikenakan GST!
Susah nak elak dari GST ni. Pusing kot celah mana pun, terkena jugak. Lagipun, faktor harga barang naik ni berkait rapat dengan nilai mata wang ringgit yang lemah sekarang ni.
Hahhaaaa... memang tak dapat elaknya Bro..
hahahhahah
apakan daya mereka
kos mereka juga terkesan
Post a Comment