Ada orang cakap membeli juadah berbuka puasa biarlah ala kadar sahaja. Tapi kat tangan ada 5,6 beg plastik hasil belian kat pasar ramadhan tadi.
Ada orang cakap nak buat majlis kawen biar ala kadar. Tapi pasang sampai 5,6 khemah. Tak tengok lagi duit dan dulang hantarannya.
Hakikatnya, tahap manakah 'ala kadar' itu dipanggil 'ala kadar'. Semestinya berbeza bagi setiap orang. Bergantung kepada faktor ekonomi dan taraf kehidupan. Lain orang lain bajet ala kadar nya.
Jangan memandai atau cepat sangat judge orang bawak 5,6 bungkus makanan untuk berbuka puasa. Mungkin anak dia ramai, dan mungkin dia beli stok untuk bersahur sekali. Kita nampak berlebihan padahal pada dia itu ngam ngam je untuk ahli keluarga kat umah yang nak dekat 8 orang (contoh).
Orang yang buat majlis kawen besar besaran padahal pada tuan punya majlis tu pun dia dah anggap 'ala kadar'. Yang ini mungkin faktor ekonomi, faktor sumber pendapatan. Kita nampak Bajet RM30k besar tapi bagi dia masih dalam lingkungan berkemampuan. So tak payah nak jeles sangat. Duit dia banyak. (contoh).
Ada orang tempah baju raya sampai 3 pasang. Biarlah dia. Mungkin itu dah kira ala kadar pada dia sebab tahun tahun sebelum ni sampai 7 pasang dia tempah.(contoh).
Dalam kehidupan ni tak perlu nak membanding bandingkan sangat diri sendiri dengan orang lain. Dah kalau mampu, buat je lah. Kalau mampu sikit, buat sikit. Kalau mampu banyak, buat banyak. Self-reward katanya. Janji puas hati.
13 comments:
'ala kadar' yg bergantung pada taraf ekonomi masing2 la kot.. err ntah.. hehew..
Ala kadar mengikut pandangan masing masing. Tapi masih tak dapat puas kan hati semua pihak. Aku rasa itu biasa bagi yang bergelar manusia,
ala kadar tu luas pemahamannya.. bila kita pandang dr sisi lain, org lain punya pandangan juga mungkin lain.. btl kata awk, beli smpi berbungkus² mungkin anak ramai atau mungkin nak bg kt jiran atau mungkin ada kengkawan mnta tlg belikan.. :)
argh totally agree. there's always two sides to everything right !
btol tu. "ala kadar" tu tak sama bagi setiap orang. kalau gaji 10k, bagi diorang, 1k tu dah ala kadar dah. tapi bagi yang bergaji 2k, 1k tu mungkin dah berlebihan2.
btol tu. "ala kadar" tu tak sama bagi setiap orang. kalau gaji 10k, bagi diorang, 1k tu dah ala kadar dah. tapi bagi yang bergaji 2k, 1k tu mungkin dah berlebihan2.
betol la ala kadar ikut kemampuan kita, bukan ikut selera naga kalo beli makanan kat PARAM... tapi mmg kite semakin dewasa..matang dalam membuat pilihan yg tepat dan bijak, tidak membazir dan jimat kan duit... jgn ikut org lain... 1 kuih 2 lauk 1 air utk berbuka Alhamdulillah........... jgn berlebih lebihan kan Ewan... heee~
ala kadar ialah ikut kemampuan masing-masing...
yg mampu jangan riak, yg tk mampu jangan dengki.
wallahualam.
ala kadar je aku komen kat sini rini. ;p
betoiii setuju sangat. umpama mengukur baju dibadan sendiri kan...
assalamualaikum,
setuju.
kakak ada 7 orang anak tengah membesar. Kalau beli piza kena 3 biji extra large, kalau tak memang bercekau tak cukup. bagi mereka...ala kadar sebab ngam-ngam cukup, tinggal sekeping mak dan bapak kongsi makan.
Saya setuju..
Itu hak dia.. terpulang bagaimana dia.. duit dia.. hak dia.. tak perlu nak memandai2 berkata itu ini terhadap dia..
just be ourself!
Post a Comment