Pada mulanya terlepas pandang tetapi akhirnya tersedar apabila melihat cermin tingkap tandas yang terlalu 'transparent' hingga boleh dilihat dengan agak jelas keadaan didalamnya.
Saya pun tidak faham kenapa pihak developer apartment ni tak buat tinted window terus. Sebab bilik air adalah tempat yang sensitif. Diaorang sepatutnya lebih tahu. Tak pasal pasal pembeli yang dah beli apartment diaorang terpaksa keluar kos sendiri untuk menambah baik hasil kerja developer tersebut.
Apapun, setelah seminggu penyewa masuk rumah, baru hari saya sempat
datang untuk tampal 'glass wallpaper' untuk bilik air apartment tu. Dalam masa seminggu tu diaorang tutup pakai plastic sampah yang warna hitam tu je. Sorry lah, memang sabtu ahad sahaja waktu free nya. Mujur penyewa tak kisah.
So, kalau ada yang beli atau menyewa apartment, pastikan bahagian ni dititikberatkan. Sebab mungkin ada yang tak perasaan pasal ni. Silap silap boleh jadi mangsa skodeng nanti... ooppssss :-)))
11 comments:
tampal muka ahmad maslan kat situ je xde sapa nak skodeng dah
nice. cntik tu....
Mujur ada idea Kreatif utk DIY. Syabas!
Kena lebih alert dalam hal ini..
Cantik pulak bila dilaminate gitu kan:)
berangan gak nk tinted sliding door n cermin tingkap tu.. tp asal cri je, xde yg berkenan di hati..
Apa motifnya developer buat bilik air begitu?? Tak paham saya di mana kebaikannya...
Resam developer,selagi boleh cut cost, mereka akan cut.
design failure nye kategori ni
mesti ewanthology ada banyak apartmen ni...
developer nak save cost la tu...
bagusnya owner
mai tampalkan
rumah saya pun ada
konsep ala2 bleh mandi hujan konon bilik airnya
tapi dari balcony tingkat atas, bleh nampak org mandi kahkahkah
Post a Comment