Saya teringat tazkirah seorang ustaz di sebuah masjid baru baru ini. Kata ustaz tersebut lebih kurang begini :
" Kita sering berdoa supaya dipertemukan dengan bulan Ramadhan. Setiap tahun selepas tamatnya Ramadhan kita akan berdoa supaya dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang seterusnya.
Nah !! Allah sudah makbulkan permintaan kita. Dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Dan adakah dipergunakan sebaik baiknya nikmat ini? Adakah dipenuhi segala kelebihan bulan ini sebaik baiknya? Dimana kita disepanjang malam Ramadhan kali ini?? Terbaik kah amalan kita tahun ini jika dibandingkan dengan yang lepas lepas? "
Ujar ustaz lagi :
" Di malam 10 terakhir Ramadhan, Rasulullah melipat gandakan ibadat baginda. Untuk apa?
Untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. MasyaAllah, Rasulullah yang sudah dijamin syurga juga bersungguh sungguh beribadat demi malam Lailatul Qadar.
Bagaimana pula kita?? "
Ps : untuk ingatan bersama, terutamanya saya yang tukang tulis ni, asyik tido je kerjanya... ehhh
5 comments:
Salam ramadan fasa ketiga :terbebas dari api neraka...
In Sha Allah semoga dipertemukan malam Lailatul Qadar itu.
terus tengok balik kepada diri sendiri.. pasti ada silap di mana-mana sebab asyik disibukkan dengan dunia aje ni..
thanks for this entry...
Mari tingkatkan amalan jangan dok tidoq ja..
thanks atas peringatan..:)
Post a Comment