Alhamdulillah dah selesai buat pertukaran kad baru Bank Islam, CIMB dan BSN. Walaupun kad yang lama masih boleh digunakan sehingga hujung tahun ini tetapi saya mengambil pendekatan untuk mengelak daripada melakukannya di saat akhir kerana dikhuatiri akan berlaku kesesakan di kaunter di bank nanti jika ramai yang memilih untuk menukarnya di saat akhir.
Lagipun bank bank yang ada pun nampaknya sekarang menyediakan inisiatif masing masing bagi memudahkan pelanggan menguruskan proses pertukaran kad terutamanya diluar waktu bekerja.
Maybank memperkenalkan platform pertukaran secara online. Bank Islam melanjutkan waktu perbankan dari pukul 4:30 petang hingga 7:00 petang (isnin - jumaat) , 9:30 pagi hingga 1:00 petang (sabtu) untuk urusan pertukaran kad ini sahaja. BSN pun ada buka kaunter khas untuk tukar kad pada hari sabtu (9:30 pagi hingga 3:00) mengikut tarikh yang akan ditentukan oleh pihak BSN dari masa ke semasa.
Dan tiada caj dikenakan.
3 comments:
Alhamdulillah. Dah tukar juga.
Adoi! Mrs. A belum tukar lagi yang CIMB punya.
Maybank boleh tukar online jer..
tukar online utk kad maybank...
Post a Comment