Sejujurnya, masyarakat kita masih kuat complain. Sikit sikit nak complain. Sikit sikit nak viral. Tak boleh silap sikit, terus complain. Apatah lagi sekarang ni zaman internet. Smartphone sentiasa di tangan. Ada isu, terus nak update status.
Macam dia tak pernah buat silap. Macam dia je la yang pandai/betul.
Bahayanya kerana cerita yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Tidak diketahui situasi sebenarnya. Boleh jadi fitnah.
Dan apabila fitnah diviralkan. Maka makin ramailah yang berkongsi 'saham akhirat' yang x sepatutnya.
Yang tukang hentam kat ruangan komen dapat 'saham', yang tukang share cerita pun dapat 'saham'.
Mudahnya mengumpul pahala, semudah itu juga mengumpul dosa.
Jangan tersilap langkah.
Hati hati.
7 comments:
Trend mengumpat di zaman berteknologi. Nampaknya kita kena belajar untuk diam.
Betul lah. Kena hati2.
Bila baca sekerat sekerat...
Bila jari tangan gatal tidak bertempat...
Bila hati berkarat...
-
-
-
Bila rasa diri selamat...
Silap orang nampak cepat...
Silap sendiri tutup rapat...
Allaahu.
Tu belum tengok pada komen-komen yang ada. Penggunaan bahasa yang mereka gunakan pun boleh tahan teruk. :(
Cubalaa fikir kalau yang kita nak viralkan tu adalah dari ahli keluarga kita sendiri. Agak2 masih nak viralkan ke? Hmmmm..
Pesen baca sekerat sekerat tak habis tapi tangan gatal nak komen pun dah jadi macam trend skang ni.
Agaknya bangsa kita ni, malas membaca, rajin mengomen.
kesalahan lebih mudah terlihat kan....
betul. zaman paling bahaya sekarang ni. walau orang kata mudah dihujung jari tapi macam admin kata lah. semudah itu jugak mengumpul dosanya
Post a Comment