Ehhhh, dah 10 hari puasa rupanya.
Selamat berpuasa kepada semua.
Puasa yang sebenar benarnya berpuasa.
Buatlah apa apa azam sempena Ramadhan tahun ni supaya lebih bersemangat untuk diharungi. Jangan buat azam nak puasa penuh plak, dah yang tu memang wajib penuh ! hahaha.
Misalnya :
1) Tak nak miss terawikh berjemaah kat masjid (walaupun benda sunat, tapi pahala sunat dah macam pahala wajib kan, so boleh try)
2) Jangan membazir terutamanya ketika di bazar ramadhan (beli mcm2, last2 masuk tong sampah) dan buffet ramadhan (bukan tak boleh merasa berbuka style buffet kat hotel cuma kurangkan kekerapannya, errr tapi kalau yang memang jenis banyak duit, suka hati korang lahh)
3) Khatam AlQuran ( kalau tak mampu, dapat baca sikit sikit pun ok asalkan berterusan )
4) Banyakkan bersedekah. ( sehari sehinggit pun boleh, asalkan ikhlas)
Itu misalnya.... kalau ada lagi boleh tambah.
Apa apapun, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih bermakna dari Ramadhan tahun tahun yang sudah.
Dan juga semoga semua amalan amalan baik yang cuba dipraktikkan sepanjang bulan Ramadhan ini dapat diteruskan ke bulan bulan yang lain.
Istiqomah. InsyaAllah.
4 comments:
tahun ni berazam nak rajin terawih. Alhamdulillah on track
Nak azam tak nak g bazaar ramadan...bolrh gitu?
selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. tahun ni dah kurangkan aktiviti pergi bazaar. selain boleh elakkan pembaziran, dapat juga berjimat.
salam ramadhan. pejam celik dah 2 minggu kita berpuasa :)
Post a Comment